Jumaat, 4 Mei 2012

Cuba Redha

Rupanya tak semudah itu kita nak aplikasikan konsep redha dalam diri biar pun lidah berulang kali boleh menyebut perkataan tersebut. Kita boleh kata kita redha hanya di bibir tapi bukan dalam hati. Buktinya, kalau kita redha, kita tak kan menyesali apa saja musibah yg melanda diri. Kita tak kan merungut dengan bala yg menimpa. Kita tak kan mengeluh dengan sakit yg dihidapi. Kita tak kan kecewa mendengar berita sedih. 

Siapalah antara kita yang berani mengatakan dia boleh mencapai tahap makam redha yg hakiki? Bukan tak ada, tapi tidak ramai antara kita yg benar2 redha dengan segala bentuk ujian yg Allah beri. Kalau nak ditanya soalan ini kepada sy, sy hanya mampu menjawab : Sy dalam proses mencuba tp tak tahulah dapat mencapainya atau tidak.Sy sentiasa berdoa, agar sy boleh menjadi manusia yg 'cool' setiap kali menerima pelbagai dugaan hidup. Ya, sy akan cuba. Dan,untuk peringkat awal ini, sy belajar untuk  tidak melenting atau melatah setiap kali sy mendengar kawan2 menyampaikan cerita si Kiah, si Joyah atau siapa saja mengata dan mengumpat sy. Sy akan ambil pendekatan 'ada aku kisah' walaupun hati sy meronta2 untuk membela diri jika fakta yg mereka lemparkan tidak benar mengenai sy. 
Sebenarnya, memang tidak rugi pun jika orang-orang di sekeliling memandang kita tidak sempurna. Mengapa kita mesti berusaha untuk mendapat pujian drp orang lain  tatkala kita melakukan kebaikan? Bukankah penilaian manusia itu tidak penting? Memang ramailah manusia yg suka melempar pelbagai tanggapan walaupun mereka tahu adakalanya tanggapan itu boleh menjadi fitnah jika ia tidak benar. 

Jika hendak difikirkan 2,3 kali, seronok juga jika ada org2 seperti ini. Barulah hidup berwarna-warni.Jika tidak ada cik Kiah dan cik Joyah, maka hidup ini statik dan tidak ada klimaks. Mesti boring juga.Manusia tidak berperang dalam diri. Ujian tidak dapat dinikmati kerana semua manusia hidup dalam alam yg harmoni.

Teringat juga dengan berita yg disampaikan oleh cik Timah pagi tadi. Oh tidak....memang dusta sama sekali. Tapi disebabkan nak belajar  menge'cool'kan diri, maka sy tidaklah berusaha nak membela diri. Sy memang dh tahu siapa cik Kiah dan cik Joyah. Memang suka mengumpat .Bukan sy sahaja, malah org2 yg pernah dimusuhinya akan turut menjadi mangsa. Cik Kiah memang sgt berkemahiran menarik audien utk bersimpati mendengar ceritanya dan sekaligus terpaksa memanipulasikan org lain sbg penguat faktanya.  Bukankah seronok apabila ada orang2 seperti ini agar tidaklah manusia di muka bumi ini seacuan sahaja. 

Mengapa Allah menjadikan manusia ini pelbagai sikap dan perangai? Jawapannya, Allah ingin kita sentiasa menganalis situasi dan diri. Otak harus berfungsi untuk mencari siapa kawan, dan siapa lawan. Samalah seperti para saintis yg harus mengkaji apa saja  yg ada di sekeliling mereka kerana tanpa ada kajian  mereka tidak tahu rupa-rupanya ada benda2 di sekeliling ini boleh dijadikan penawar sesuatu penyakit. So, hidup kena sentiasa menganalis dan adakala kita pula dianalisis.

Kesimpulannya: Belajarnya redha  apabila mendengar sesuatu yg tidak benar mengenai kita walaupun sukar , namun apabila berjaya mencapainya, kita akan menjadi tenang. Belajar juga memaafkan orang2 yg suka berburuk sangka dengan kita, kerana apabila  kita berjaya mencapainya, kita  akan berada dalam situasi yg damai. Dan, yang paling penting kita mampu mengeluarkan perkataan 'maaf' andainya kita rasa,kita dah pun melukakan hati seseorang walaupun tanpa niat.

p/s : Mudahnya memaafkan orang lain jika kita redha dengan segala ketentuanNya
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan