Jumaat, 11 Mei 2012

Semoga Cepat Sembuh,Kak Biah (2)

Semalam, hampir 40 minit sy jenguk Kak Biah, tapi sy tak dapat berbicara dengannya kerana dia begitu lena dibuai mimpi. Walau bagaimana pun, jelas terzahir di wajahnya bahawa kondisinya sgt tidak selesa. Tapi apakan daya, tidak siapa dapat membantu di saat2 itu melainkan Allah swt. Di sebabkan kak Biah terlalu lena, sy beransur pulang.Namun, mata sy sempat mencuri pandang ketika sy menyelimutkannya. Dada kak Biah sgt kuning walaupun tangan dan wajahnya beransur ok. Detik hati sy, kesan dari pembedahan hati, tentu kuning ditubuhnya masih belum hilang sepenuhnya.Apa pun, sy tak putus berdoa agar semuanya bertambah baik.

Jam 5.30 ptg, sy menelefon suami kak Biah. Nasib sy baik krn dpt bercakap dgn kak Biah melalui telefon. Suaranya kurang jelas tp sy boleh faham. Sy tanya apa yg ingin dia makan. Sperti yg sy jangka, kak Biah minta sy masakkan bubur sama seperti yg pernah sy bawa sebelum ini.

Hari ini, sy masakkan bubur untuk kak Biah. Sy bercadang akan mengirimkannya saja kpd suaminya yg akan melawatnya pukul 4.30 nanti. Pukul 3.00 ptg, suami kak Biah menelefon sy. Dari getaran suaranya, sy dpt mengesan dia menangis memberitahu sy, Kak Biah menghidap kanser hati. Kenyataan ini menyebabkan dada sy berdegup kencang. "Ya Allah...." Itu ayat pertama yg keluar drp mulut sy. Akhirnya sy ambil keputusan untuk pergi sendiri melihat keadaan kak Biah di hospital.

Tepat pukul 5.00 sy sampai di wad HDW. Dari jauh sy lihat kak Biah duduk di atas katil. Kedatangan sy disambut dgn senyuman. Setelah mencium kedua2 belah pipinya, sy terus bertanya adakah kak Biah hendak makan bubur yg sy bawa bersama. Kak Biah hanya menganggukkan kepala. Hati sy berbunga, lalu menyuapkannya bubur tersebut. Alhamdulillah, adat org sakit, byk jugalah kak Biah makan.

Satu jam sy dpt bersama kak Biah kerana pd masa itu, ahli keluarganya belum sampai lagi. Selama sejam itulah, sy mengambil peluang untuk menyakinkan kak Biah bahawa dia akan sembuh. Dan sepanjang perbualan itu, sy tahu kak Biah tidak tahu bahawa dia menghidap kanser hati. Kesian kak Biah.Apa lagilah yg boleh sy katakan selain dari pktaan itu walaupun sy akur, segala2nya dalam ketentuan Allah. Allah yg maha besar, maha pengasih lagi maha penyanyang.

" Ya Allah, semoga Engkau permudahkan segala2nya kerana Engkau maha mengetahui apa yg Engkau takdirkan kepada hambaMu".

Buat Kak Biah, walau apapun, doa sy sentiasa bersama kak Biah setiap kali sy menunaikan kewajipan sy kpd Allah swt. Sy tidak tahu sejauh mana penyakit kak Biah, namun sy mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. Maaf kak Biah, kerana sy memaparkan kesedihan ini dlm blog peribadi sy kerana sy lebih telus dlm meluahkan apa saja yg ada di dalam hati sy dgn cara ini. Kalau kak Biah sihat nanti, dan terbaca entri ini, kak Biah akan tahu, inilah bentuk hubungan persahabatan yg kita bina bersama. Kak Biah pun tahu, sy tidak ada saudara mara melainkan sebilangan yg sgt kecil sahabat yg ada termasuk kak Biah. Dan, kak Biah juga tahu, sy sangat sayang dengan sahabat2 sy yg sedikit itu.

Cepat sembuh, kak Biah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan