Rabu, 4 Julai 2012

Hilang....


Rupanya sy tidak sekuat mana. Memang tak kuat langsung malah sy dilanda kesedihan hingga berhari-hari. Betullah…..kita tak boleh kata kita kuat jika kita belum diuji. Dan kita tidak boleh mengaku kita beriman, jika Allah tidak menguji hambaNya dengan sebarang ujian.
Hari ini, sudah sudah seminggu, kak Biah pergi mengadap Ilahi. Meninggalkan ibu tecinta, suami yang setia,  4 orang anak yg manja, hubungan adik beradik yg sangat akrab dan meninggalkan ‘saya’. Sy benar2 kehilangan seorang sahabat dan adakalanya seperti kakak sendiri buat selama-lamanya. Dan hingga ke hari ini, sy rasa hidup ini kosong dan tidak ceria. Mungkin kerana terlalu byk kenangan bersama kak Biah, menjadi sebab sy bersedih hingga ke hari ini. Dan dengan penuh yakin, sy tidak pernah berkecil hati dengannya sepanjang hubungan persahabatan kami terjalin.

Sy tahu bahawa kedatangan ‘mati; itu tidak boleh ditahan2 walaupun berbakul-bakul doa sy panjatkan kehadrat Allah SWT agar jangan ambil dia terlalu awal. Tp apakan daya, sebanyak mana doa sekalipun, kematian pasti datang, tidak cepat dan lambat walaupun seminit. Mengapa mesti tidak menerimanya, walhal semua orang tahu yg kita ini adalah hak Dia. Dan Dia berhak mengambil kita bila-bila masa yang Dia suka.
Sy tahu semua itu. Tapi sy tetap dilanda kesedihan sehingga hari ini, Segala rutin harian sy tidak menjadi.  Sukarnya menerima kenyataan ini.

Hampir 2 bulan kak Biah menderita kanser hati walaupun ketika itu dia sudah pun melalui proses membuang hati tersebut. Hatinya tidak berkembang dan berfungsi. Kuningnya menjadi-jadi hinggalah ke saat2 akhirnya juga, keadannya tidak berubah langsung walaupun berhari-hari tinggal di hospital.

Banyak yang kami bualkan bersama tatkala sy berkesempatan menjaganya di hospital. Dan, alhamdulillah semua ini akan terpahat di hati sy dan menjadi kenangan yg abadi. Sepanjang bersama kak Biah, kami banyak mengulas erti kehidupan, erti persahabatan dan betapa berharganya waktu sihat. Dan sepanjang bersamanya juga, sy tidak pernah mendengar keluhan terhadap apa yg dialaminya.

Kak Biah  sentiasa menjaga solat dan auratnya walaupun ada ketika keadaannya agak kritikal. Sy menyaksikan betapa kuatnya dia melawan penyakit dan betapa gigihnya juga dia menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah. Sy kagum dengan semua ini dan sy yakin, inilah yang Allah berikan kepada sy agar sy belajar sesuatu dari apa yg sy lihat pd diri kak Biah.

Hari ini, sudah  genap seminggu dia meninggalkan semua yang ada di muka bumi ini. Walau sesedih mana pun sy, kak Biah kini berada  didunianya yg tersendiri. Dia tak mungkin hadir lagi di dunia ini. Masanya telah sampai dan semua orang harus meredhakannya. Dalam keadaan yg masih bersedih, sy diingatkan oleh anak sulung sy. Katanya : “Mama, sesedih mana sekalipun kita, cik Biah tak kan kembali pun. Tidak siapa pun yg boleh menolak kehadiran ajal. Jadi, lebih baik mama pujuk hati supaya terima semua ini sebagai ketentuanNya. Setiap kali mama teringat cik Biah, sedekahkah fatehah dan bacalah Yasin untuknya”.

Sy terima takdir ini walaupun masih sukar. Ya…sy kena terima……
Terima kasih kak Mun kerana byk memberi semangat pada sy. Betul kata kak Mun, sy beruntung walaupun tak ramai kawan tapi sy dianugerahkan olehNya 2,3 orang sahabat yg sgt ikhlas dalam menjalinkan persahabatan. Kak Mun kata, sy patutnya bersyukur, walaupun tidak lama tapi sekurang-kurangnya sy pernah disayangi oleh orang lain yg tidak ada pertalian darah pun dengan sy melainkan hubungan sesama Islam semata. Sy juga berterima kasih kepadaNya kerana selain daripada kak Biah, sy juga ada kak Mun yg sentiasa ada bersama tatkala jiwa sy kosong.

 Daripada kak Mun dan kak Biah lah, Allah menyalurkan bantuanNya untuk sy terus mendalami agama dan cuba menghayatinya. Sama ada orang lain percaya atau tidak, di sini sy ingin menyatakan sesuatu:
'Kadang2, kita tidak dapat apa yg patut kita dapat daripada keluarga sendiri. Dan percayalah, jika kita redha dengan keadaan tersebut, Allah akan gantikan sesuatu di tempat yg kosong itu agar kita turut merasai apa yang orang lain rasa"
.......Terima Kasih, Tuhan kerana meminjamkan Kak Biah walaupun seketika cuma.........




1 ulasan:

  1. cik nora..
    terima kasih sebab sudi menjadikan emak kami sebahagian dari keluarga.
    terima kasih jugak sebab jaga mak dekat hospital hari tu.
    terima kasih atas sgala doa dan kekuatan yang cik nora dah salurkan kepada emak kami.
    mak menyayangi cik nora macam mana cik nora menyangi mak:')

    BalasPadam