Khamis, 21 Julai 2011

Semoga Kiambang Bertaut Kembali

"Doa yg telah lama terhenti, kini sy menyambungnya kembali.
Sy kembali berdoa kehadrat Ilahi, memohon agar doa sy yg satu ini dimakbulkanNya. Hati sy mula berbunga apabila salah satu doa dan harapan sy menjadi kenyataan. Sesungguhnya Allah itu maha kaya dan maha berkuasa di atas segalanya. Apabila DIA berkehendakkan sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia.

Rasanya sy ingin mendaki gunung yg paling tinggi lalu menjerit sekuat hati sebagai tanda bebanan yg sy tanggung selama ini, terlerai juga walaupun tidak sepenuhnya. Sy ingin memberitahu dunia bahawa sy gembira kerana impian sy kian terlaksana. Dan mulai hari ini, sy mula berdoa kembali agar impian itu menjadi kenyataan sepenuhnya. Bukan sy tamak, tetapi sy terlalu mengharapkannya."

Itu adalah kata2 yg lahir dari hati kawan sy yg telah lama dilanda kesedihan akibat dibuang oleh keluarga sendiri. Sy yg mengikuti cerita dari awal turut gembira apabila dia memberitahu sy ada tanda2 hubungan kekeluargaan itu beraut kembali. Sy dapat merasakan bagaimana hati kawan sy ini berbunga kembali. Bukan setahun dua dia dibuang keluarga tapi dah bertahun2 lamanya. 

Memang unik sebenarnya hidup ini. Penuh dengan permainan takdir yg bertujuan untuk menguji sejauh mana manusia itu beriman kepada Allah dan percaya kepada qada' dan qadar. Cuma kadang2 kita tidak sabar dengan ujian itu dan tidak tahu apa yg akan berlaku. Memang sedih apa yg dilalui oleh kawan sy. Kalau ada penulis skrip berbakat pun, belum tentu mereka boleh mengolah kisah yg dilalui olehnya  Dan, sy rasa tidak ada pengarah yg mampu menyelam jauh dilubuk hatinya. Hatinya sarat dengan rindu. Setiap kali tiba hari raya, pasti kawan sy ini memendam rasa. 

Sy tidak berdaya meredakan perasaannya setiap kali kesedihan itu diluahkan kepada sy. Namun, sy sgt memahami apa yg terkandung dilubuk hatinya. Apakan daya, kepetahan bicara sy hilang tiba2 stiap kali mendengar kesengsaraan yg ditanggung selama  15 tahun terpisah daripada keluarga sendiri. Sy selalu berdoa untuknya agar apa yg diimpikan bersama ibu, ayah serta adik beradik yg lain terlaksana.
Di bawah ini, sy serta kembali luahan hati kawan sy kepada sy suatu ketika dahulu



2 ulasan:

  1. Itulah sebabnya kenapa kita disuruh mendirikan solat 5 X sehari. Selepas solat kita berdoa. Kalau sehari berdoa 5 X. Seminggu... sebulan...setahun...... Takkan lah begitu banyak doa yang dipohan satu pun tak menjadi. Mustahilkan. Kita perlu bersabar. Kalau Tuhan tunaikan permintaan kita begitu cepat, cepat juga lah hambanya lupa akan tanggungjawabnya kepada DIA. Pekara anak dibuang dari keluarga banyak terjadi. Kita kena siasat latar belakang keluarga berkenaan sebelum membuat analisa sendiri. Mengapa ibu bapa dlm keluarga berkenaan bersikap begini. Juga kepada sianak yang menjadi mangsa yang dibuang tadi. Sianak perlu bersabar dan mengambil sikap positif keatas apa yang terjadi. Andaikata anak yang dibuang tadi berkeluarga didiklah anak-anak sebaik mungkin dan bina keluarga bahagia berlandaskan apa yang terjadi kepada diri sendiri. Kalau kita rasa sakit sedih bila diperlakukan oleh keluarga sebegitu, janganlah pula kita ulangi pekara yang sama keatas anak2 kita pula. Didiklah anak kita sebaik mungkin, lengkapkan ia dengan pengetahuan agama. Dan paling penting jangan salurkan perasaan DENDAM kita kepada keluarga melalui anak sendiri.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas komen yg diberi....

    BalasPadam