Sabtu, 2 Julai 2011

Suara Yang Dirindui..........

Tidak disangka-sangka, sy mendapat satu panggilan telefon daripada seseorang yg sangat sy sayangi. Sayangnya, pada awal panggilan itu, sy tidak dapat meneka dan mengecam suaranya. Bukan apa, hubungan yg terputus sekian lama, menyebabkan otak sy gagal menyampaikan maklumat tersebut hingga sy terpinga-pinga mencari siapa empunya  suara itu. Dan, syukur alhamdulillah, akhirnya sy dapat juga mengecam daripada siapakah suara itu.  Apa yg dapat sy katakan di sini, sy sgt merindui empunya suara itu. Dia adalah sebahagian drp hidup sy.

Adakalanya, kita tidak dapat menerima sebuah perpisahan dengan orang2 yg kita sayangi. Kerana sy manusia yg serba lemah,maka tahap redha agak sukar dicapai. Sy tahu seorang muslim wajib percaya kepada Qada' dan Qadar tapi apakan daya, adakalanya sy mengeluh juga dengan apa yg terjadi. 

Sy ingin berkongsi kegembiraan sy di sini. Tapi, jgn tanya pada sy siapa empunya suara itu. Biar sy saja yg tahu. Namun, untuk pengetahuan semua, sy sangat gembira kerana dapat berhubung kembali dengan empunya suara itu. Suatu ketika dahulu, sy sgt rapat dengannya. Kami pernah berkongsi cerita, berkongsi duka dan adakalanya bergaduh juga. Kami membesar bersama tapi semuanya itu tinggal kenangan kerana kami terpisah hampir 13 tahun. Masa dan keadaan memisahkan kami. Dan dalam tempoh itu jugalah sy meyimpan perasaan rindu terhadapnya sehinggalah perasaan itu terhambur tatkala dia menghubungi sy pada 30 Jun baru2 ini. Tiada ayat yg lebih baik untuk sy titipkan di sini melainkan rasa gembira yg teramat sangat menguasai diri. Kami byk mengimbau kenangan lalu, Semuanya segar dalam ingatan.

Ya Tuhan, adakah ini petanda bahawa kasih kami akan bertaut kembali? Adakah suatu hari nanti sy akan berada dalam lingkungan org2 yg sy sayangi? Sy akn terus mengharap walaupun sy tidak tahu adakah harapan ini akan menjadi kenyataan atau terus menjadi igauan. Apa pun, sy cuba belajar utk pasrah menerima ketentuan krn sy tidak ada byk pilihan. Semuanya sy serahkan kepadaNya kerana sy tahu, apa yg ditakdirkan adalah yg terbaik untuk sy. Mana mungkin Dia menganiaya makhlukNya.

Buat empunya suara itu, dengan rendah hati sy mengucapkan terima kasih kerana nama sy masih tersimpan dihati. Percayalah, sy tidak pernah lupa apa saja yg pernah kita lakarkan bersama walaupun lakaran itu hampir kabur dalam ingatan sy. Sy juga tidak pernah lupa pada semua walaupun diri sy jauh dibuang dalam lingkaran kalian.  Tempat kalian telah sy sediakan khas di suatu sudut yg istimewa dan tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa. Terima kasih wahai empunya suara kerana menghubungi sy. Setidak-tidaknya sy juga setanding dengan orang2 di luar sana yg mempunyai kenangan silamnya semasa kecil bersama lingkaran masing-masing.

"Wahai Tuhan.....sebagai hamba, aku terima semua ini sebagai satu ujian untukku"

P/S: Para ulama’ telah bersepakat berkata, bahawa menghubungkan silaturahim sesama kaum kerabat adalah wajib di mana perbuatan memutuskannya adalah haram, dan mereka yang memutuskannya dianggap telah berdosa.



2 ulasan:

  1. Nama kamu tak pernah luput dari ingatan. Aku sayang kamu. Sayang sangat-sangat.

    BalasPadam
  2. walaupun aku tidak faham dengan apa yg engkau tulis, tapi aku dapat merasakan bahawa engkau berada dalam keadaan sarat menanggung rindu pd seseorang. Aku tidak tahu siapa yg engkau rindu tapi aku hnya ingin menasihati sesuatu.
    Sebaiknya engkau menerima segala ketentuan ini dengan penuh rasa syukur kerana sesungguhnya rindu itu adalah milik DIA.

    BalasPadam