Khamis, 28 Julai 2011

Kebenaran Itu Adalah Hak

"Kebenaran itu adalah hak dan tidak perlu diperjuangkan.....lambat atau cepat, kebenaran itu akan terserlah juga". Itulah sebaris kata2 daripada sahabat saya tatkala sy menyesali tiada pembelaan dalam hidup ini. Menurut sahabat sy lagi, kata-kata itu adalah kata-kata yang lahir dari bicara Hamka ketika menghuraikan salah satu ayat yg terkandung dalam al-Quran.Biarpun ayat itu ringkas, tapi sahabat sy berjaya meredakan kesedihan yang sy rasai. Sy memahami hakikat hidup ini kerana setiap apa yg berlaku itu tidak ada yg diberi percuma oleh DIA.

Banyak perkara tidak mampu diluahkan dengan perkataan. Pendekatan berdiam diri,akhirnya memberi kesan yg sangat mendalam di dalam hati. Berapa ramai di dunia ini yang suka mendengar masalah? Kebanyakan daripada kita, hanya suka berkongsi cerita gembira. Terlalu sedikit yang boleh menjadi pendengar setia tentang cerita2 duka. Dan tidak ramai yg ingin terlibat dengan penyelesaian masalah orang lain. Dan di saat2 ini, pada siapa lagi kita bergantung harap kalau tidak kepadaNya?

Hari ini, sy didatangi oleh seorang pelajar. Seperti biasa, sy akan mendengar masalah yg dihadapi oleh mana2 pelajar yg ingin meluahkannya kepada sy. Walaupun masa tidak mengizinkan, namun sy mencari juga ruang untuk mendengar masalah pelajar ini kerana sy tidak mahu pelajar ini menjadi seperti saya yg tidak mampu menzahirkannya, malah menunjukkannya dengan riak wajah pun tak berjaya. Sy sentiasa dikenali dengan orang yg ceria walaupun hakikatnya sy sarat menanggung duka. Jadi, sy harus mendengar masalah yg dihadapi oleh pelajar ini agar sedikit sebanyak sy mampu meredakan sedikit apa yg ditanggungnya selama ini.

Benarlah kata orang. pengalaman banyak mengajar dan mematangkan kita. Disebabkan pengalaman sy hampir sama dgn masalah pelajar tersebut, maka mudahlah bagi sy memberi idea. Dan di antara kata2 yg sy berikan padanya, samalah seperti kata2 yg pernah sy terima  daripada sahabat sy dahulu berkaitan dengan
' kebenaran yang akan terserlah juga suatu hari nanti kerana kebenaran itu adalah hak'. 

Di bawah ini, sy sertakan doa bagi mereka yang ingin menegakkan kebenaran .

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

Maksdunya:
  "Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"
(Al-A'raaf : 89)
,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan