Selasa, 26 Julai 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Wah.... hari ini 295 para guru dan kaki tangan sekolah daerah Kuala Selangor menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Cerianya wajah2 yg diiktifraf cemerlang oleh pihak2 atasan. Ada penerima APC yang masih muda remaja, dan ada juga yg akan menamatkan perkhidmatan dalam tahun ini juga. Apa yang paling menyedihkan, ada muka2 yang 2,3 kali menerima APC walhal umur baru lingkungan 30an dan ada juga penerima APC buat pertama kali sedangkan tahun ini tahun guru tersebut akan bersara. Penilaian manusia, tentu ada kelemahan di mana2. So, perkara seperti yg sy nyatakan tadi, memang boleh berlaku. Pengetua atau guru besar serta barisan pentadbir yang menilai guru2 di bawahnya adalah manusia biasa. Mungkin mereka terlepas pandang, atau mungkin juga mereka memang tak mahu pandang atau apa saja jika mereka tidak berniat untuk memberi anugerah APC tersebut kepada guru2 walaupun guru tersebut layak menerima anugerah tersebut.

Begitu juga dgn guru-guru dan kaki tangan yang menerima APC. Ada di antara mereka yg menerima APC ini memang wajar dan selayaknya kerana kerajinan, keikhlasan dan komitmen yg diberikan. Ada juga yg pandai 'interframe' di hadapan pengetua/guru besar. Ada juga yg kaki bodek dan mempunyai hubungan baik dgn pihak atasan. Semua boleh berlaku untuk mendapat sesuatu pengiktirafan yg "berprestij" ini...(kononya la).
Apa2 pun, bagi sy mudah sahaja. Semua ini adalah rezeki, dan rezeki ini adalah  dariNya dan ditentukan oleh DIA juga. So, sy tidak banyak komen tentang hal ini. Seandainya sy tidak dpt anugerah ini, sy tidak kecewa kerana apa yg lebih sy harapkan adalah penilaian daripada  DIA. Memandangkan tahun ini, sy adalah antara penerima anugerah ini, maka dengan rasa rendah diri ,sy berterima kasih  kepadaNya, kerana DIA telah memilih sy untuk menjadi salah seorang penerimanya.

Sepanjang menanti ketibaan Tuan Perasmi, sy mendengar di hujung2 telinga betapa orang di kiri kanan sy mempertikaikan 'si polan ' yang tertentu menerima APC , dua kali dalam tempoh tak sampai 4 tahun. Ada juga yang tidak berpuas hati apabila 'cikgu A' yang baru mengajar 3 tahun di sekolah tersebut, boleh dapat APC. Ada juga yg rasa marah kerana 'cikgu B' yg mempunyai hubungan baik dengan pengetua menerima APC walaupun cikgu tersebut selalu tidak masuk ke kelas. 

Sy ingin mecelah kata2 mereka, namun di sebabkan bukan dengan sy mereka berbicara, maka niat hati untuk menyampuk komen2 mereka tidak kesampaian. Lebih baik sy mengambil pendekatan berdiam diri kerana silap haribulan sy pula dimarahi. Alangkah senangnya jika cikgu2 yg tidak berpuas hati itu mengambil pendekatan yg sama sperti sy iaitu : "Pertama, penilaian dari kaca mata manusia, tentu ada kelemahan di mana2 sebab hanya Allah saja penilai yg  paling sempurna. Kedua, anggap saja mereka yg dapat anugerah itu adalah rezeki dari Allah untuk mereka pada tahun ini." 

Apa pun, bagi cikgu2 yg tidak pernah menerima anugerah itu, janganlah bersedih dan merasakan diri tidak cemerlang. Anugerah itu, bukan penentu segalanya. Kita pasti tahu ,sama ada kita cemerlang atau  sebaliknya.  Seharusnya kita kejar anugerah yang akan Allah beri di 'sana' nanti. 

Mungkin kita tidak sedar, ada anugerah lain yg Allah berikan pada kita. Jika kita diberi kesihatan yg baik....itu adalah  anugerah. Jika kita peroleh anak2 yg solleh/sollehah......itu juga anugerah. Jika kita mendapat suami/isteri yg bertanggungjawab....itu  pun anugerah . Jadi, kesimpulannya hargailah apa yg kita peroleh seperti yg sy nyatakan itu sebagai sebahagian drp anugerah yg tidak ternilai daripadaNya.

1 ulasan:

  1. Biasalah kes-kes macamni mana2 tempat pun ada.
    Nasib baik majikan aku tak buta mata - celik sentiasa.

    BalasPadam