Sabtu, 16 Julai 2011

Siapa Yang Harus Membela???

Memang benar wanita kat muka bumi ni, sukar mendapat pembelaan. 
Kadang2, sampai merintih, menagih, merayu dan apa saja mereka kena dan sanggup buat untuk mendapatkan pembelaan. Walaupun dalam Islam memang jelas ada hak perlindungan wanita, namun manusia tetap rakus dengan egonya terutama lelaki. yg bgelar suami. Sy dikelilingi dengan manusia2 bergelar isteri yang memerlukan pembelaan, namun suara mereka tidak didengari oleh sesiapa. Bukan mereka tidak berusaha,tidak merayu,tidak merintih dan tidak menagih malah sudah berkali2 naik turun pejabat agama mengadu nasib. Adakalanya sy merasakan, kaum lelaki yg ada di pejabat agama, memang suka meremah2kan aduan para isteri terhadap suami mereka lebih2 lg jika si suami adalah terdiri daripada kawan2 mereka. Maaf, memang agak lantang sy bersuara tetapi percayalah, tak sungguh tak melata....tak sungguh sy tidak kata. Kita semua tahu, orang2 yang ada di pejabat agama, rata2nya kaum adam maka dengan mudahnya mereka memberi nasihat tanpa memperhalusi masalah yg dihadapi oleh kaum isteri. Di sini, sy beri contoh apa yg berlaku di sekeliling sy yg melibatkan pasangan suami isteri.

Contoh 1
Isteri : Tuan, sy dah tak sanggup tinggal bersama suami sy. Dah 14 tahun sy kahwin, suami sy sentiasa menjadikan sy mangsa jika dia marah. Adakalanya, sy sentiasa hidup dalam ketakutan krn suami sy barannya tidak menentu. Sy biasa disepak terajang tak kira masa. Sekarang sy duduk bersama ibu sendiri dan sy bawa 2 orang anak sy sekali. 

 Jawapan yg diberi: Puan boleh digelar nusyuz.



Contoh 2
Isteri: Suami sy dh kawin satu lagi, tuan. Katanya, dia dah tidak selera nak 'bersama' dgn sy.Sy sgt kecewa dgn kata2 suami sy. Untuk pengetahuan tuan, anak sy ada 6 org. Yang kecil, baru 4 bulan dan yg sulung 7 tahun. Sy isteri yg bekerja. Balik dari kerja, sy terpaksa menguruskan smua anak2 memandangkan sy tidak ada orang gaji. Suami sy tidak suka makan di luar dan setiap hari sy kena masak. Bayangkan tuan, mana sy ada masa berdandan untuk suami? Bila semua anak2 tidur, sy juga akan tertidur kerana keletihan di siang hari.

Jawapan yg diberi: Puan, tanggung jawab puan, memang melayan suami. Sekiranya puan tidak mampu melayan suami, suami  puan berhak kahwin lagi.

Apakah begini jawapan yg wajar diberi oleh 'Tuan-tuan' yang menjadi tempat  luahan isteri2 malang kat dunia ni? Beginikah jawapan yg datangnya drp orang2 yg paling arif tentang hukum agama? Di mana pembelaan bagi kaum wanita yg teraniaya dan dianiaya oleh suami sendiri?

Bagi sy, untuk memberi ulasan bagi situasi pertama, tidak sewajarnya 'tuan' yg bijaksana memberi jawapan sedemikian. Nusyuz kah isteri2 yg lari ke rumah ibu bapa mereka hanya untuk mencari perlindungan sementara daripada dikasari, disakiti dan disepak oleh suami yg tidak tahu di mana sepatutnya mereka meletakkan darjat seorang isteri?

Untuk situasi kedua pula, bukankah wajib bagi seorang suami menyediakan segala kemudahan untuk isteri jika mereka mampu? Tugas isteri, hanya untuk melayan suami sebaik2nya. Jika suami tidak mampu, maka suamilah yang kena mengambil alih memasak, mengemas rumah,memberi nafkah dan sebagainya. 

Kalau begitulah jawapan yg diberi oleh pakar2 rujuk agama yg berkaitan dgn soal hubungan suami isteri, sudah pasti sampai bila2 pun nasib para isteri yg teraniya tidak akan terbela. Oleh itu, timbanglah seadil2nya wahai 'tuan2' yg bijaksana. Dalam Islam, setiap hukum yg terkandung dalam al-Quran dan pengajaran daripada hadis, tidak ada yang prejudis.

p/s: Sabarlah wahai para isteri yg teraniaya dan dianiya. Sesungguhnya, perkahwinan ini juga satu ujian. Jika mendapat suami yg menjadikan Al-Quran dan Hadis sbg panduan, maka beruntunglah para isteri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan