Jumaat, 8 Julai 2011

Oh Masa!!!!

Bayangkan kehidupan Perdana Menteri atau orang2 berjawatan besar dan sewaktu dengannya. Hari2 terpaksa mengejar masa ,mencari masa dan mencuri masa untuk melaksanakan visi dan misi kehidupan. Sy yang bukan terdiri drp orang2 besar pun adakalanya terkejar2 masa sehingga lupa seketika tentang satu lagi kehidupan yang lain. Contohnya, pada hari Rabu baru2 ini....Sy terpaksa 'stay' di sekolah hingga pukul 4.00 ptg sebb membantu student menyiapkan folio SPM yang kian hampir tarikh penghantarannya. Sembahyang zohor dah mencecah ke pukul 4.00 petang. Pulang ke rumah, lebih kurang  pukul 4.30 ptg. Terus mandi dan mengerjakan solat asar. Selesai sahaja solat Asar, bergegas ke Tangkak, Johor menghantar ibu mentua ke rumah adik ipar sy. Balik dah hampir pukul 3.00 pagi dan esoknya pergi kerja seperti biasa.  Balik dari sekolah lebih kurang pukul 4.00 petang, dpt pula panggilan telefon meminta sy hadir ke satu lokasi untuk menggubal soalan peringkat Negeri.  Dalam masa dua hari berturut2, sy tidak dapat rehat dengan sempurna kerana sibuk mengejar dan dikejar masa.

Alangkah baiknya jika semua manusia sentiasa mengejar masa dan mencuri masa untuk mengumpulkan sebanyak mana bekalan untuk ke 'sana'. Alangkah beruntungnya  jika sy ada sikap yg sama seperti situasi di atas dalam menghimpunkan sebanyak mungkin pahala untuk sy berlindung dari  azab api neraka. Hakikatnya, untuk menuju visi dan misi ke sana, kita semua harus ada bekalan yg secukupnya tapi malangnya kita semua tidak nampak matlamat kehidupan ini kerana kita semua leka dengan nikmat duniawi.

Ah....terasa begitu rugi. Bukan tidak mahu mengejar jannah Allah, tapi godaan nafsu dunia terlalu kuat hingga dapat mengatasi rasa takut pada Allah. Kita semua mengaku takut padaNya tetapi dalam masa yg sama, kita berani melakukan perkara2 yg jelas ditegah olehNya. Mengapa kita selalu 'double standart' dalam hal2 yg berkaitan dengan agama? Kita tahu hukum, tapi kita masih langgar juga. Kita takut neraka Allah, tapi kita masih gemar melakukan perkara2 yg mendorong kita ke sana. Kita cintakan Allah, tapi kita tetap melebihkan manusia. Kita sembahyang tetapi gagal menjadikan solat sebagai perisai membentengkan diri dari terjerumus ke kancah maksiat dan dosa. Ya Allah!!!!!!

Apa yg sy rasa, sy juga tergolong dalam orang-orang yg rugi itu. Bilakah agaknya sy boleh memantapkan diri untuk menjadi muslimah sejati? Dalam masa yg sama, sy juga tahu bahawa hidayah bukan dinanti tapi harus dicari untuk mendapatkannya.Semoga, sy menjadi insan terpilih untuk mendapat hidayah daripadaNya.  Sesungguhnya, Allah maha mengetahui segala-galannya.


Akhir kata, banyakkanlah berdoa, tingkatkan amalan, buang jahiliyyah. Sama-sama kita berusaha untuk berubah ke arah yg lebih baik.......insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan