Sabtu, 13 Mac 2010

Jangan Rasa Rendah Diri

"Ireng".....
Itulah perkataan jawa yang terawal sy tahu. Kenapa????Kerana itulah perkataan yang sering sy dengar drp mulut orang-orang kampung ketika sy masih kecil. Orang kampung akan mngenali sy kerana warna kulit sy yang agak gelap berbanding dengan yg lain.  Sejak itulah sy mula merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri. Sy memang berbeza dgn adik beradik yg lain.Semua yang negatif itu, ada pd saya. Dah lah 'ireng',buruk pulak tu.

Maaf.
Sy bukan tidak bersyukur dgn kurniaan tuhan. Sy cuma mnyatakan apa yg benar dan apa yg terkandung di sebaliknya untuk di kongsi  bersama. Kadang-kala, apa yang mjadi kekurangan kita, akan mjadi bahan ketawa atau bahan ejekan rakan-rakan mahu pun adik beradik sendiri. Pada awalnya, sy akan menangis setiap kali diejek oleh mereka. Rasanya, mahu bermangkuk-mangkuk air mata sy. Sy jadi pemalu dan selalu mnyesali diri. Dan...bnyaklah pertanyaan 'kenapa','mengapa' dalam benak sy. 'Kenapa sy macam tu, mengapa sy macam ni?' Lagu 'burung pungguk' nyanyian Biduanita Saloma menjadi lagu kegemaran sy pada masa dahulu  kerana kekurangan yg ada pada diri samalah seperti malangnya si burung pungguk dalam lagu itu.
 
Pada masa itu, sy tidak nampak potensi diri kerana membenarkan kata-kata negatif drp org lain mnguasai diri.Semasa sy tingkatan 5, sy agak rapat dgn seorang guru lelaki. Drp guru itulah, sy dapat melihat bahawa diri  sy juga mpunyai kelebihan yang orang lain tidak ada kelebihan itu. Sy baru tahu sy berbakat dalam bidang itu dan ini.(Tak perlulah sy nyatakan di sini kelebihan yang Allah berikan pd saya kerana sy takut secara tidak sengaja 'riak' akan menguasai diri) . 

Apa yg ingin sy kongsikan di sini, ketika sy berada dlm situasi rendah diri, sy mencari juga klebihan diri. Kl tak jumpa kelebihan sekalipun, sy akan cipta sesuatu yg positif yang menyebabkan orang lain akan lupa pd kelemahan yg ada pd sy. Sbagai contoh, sy cuba belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi orang berjaya pd suatu hari nanti. Sy jaga perangai dan sikap sy agar orang lain nampak juga 'kecantikan' sahsiah sy.

Sy berharap sangat, agar sesiapa sj yang senasib dgn sy, lakukanlah sperti apa yg sy lakukan. Allah tidak kejam. Dia meletakkan sesuatu itu, memang kena pd tempatnya. Smuanya ada rahsia yg tidak terjangkau oleh akal kita. Janganlah bersedih....Percaya pd diri, yakin pd kekuasaanNya. Insyaallah...

Di sini, sy ambil sedikit pesanan daripada pakar motivasi iaitu Haji Muhammad Zakaria:

Apakah anda sering rasa rendah diri, marah atau melenting apabila dikecil-kecilkan orang atau kawan anda sendiri? JANGAN SEKALI-KALI!

Orang merendahkan anda kerana beberapa sebab:
1. Untuk menyembunyikan kelemahannya.
2. Untuk merangsang anda supaya melawan.
3. Untuk membenarkan pendapatnya.
4. Cemburu dengan kejayaan atau pencapaian anda.


Sebab itu apabila ada orang memperkecilkan atau memperlecehkan usaha anda ini bermakna:
1. Anda ada kualiti.
2. Anda dalam proses menempa kejayaan.
3. Kehadiran anda mula dirasai orang.


Bagaimana anda menanganinya?
1. Jangan marah
2. Jangan melenting.
3. Ambil perhatian apa yang diutarakan.
4. Balikkan saranannya. Contoh: Jika orangberkata,"Kamu lembap!" Maka hendaklah anda lebih cergas dan proaktif.


Anda adalah diri anda. Orang lain tidak mampu menjatuhkan anda. Orang mengkeji anda tak ubah seperi anjing menyalak bukit. Ambil perhatian apa yang diperkatakan. Ambil point itu untuk membaiki diri anda. Hanya usaha anda sendiri yang akan mengubah hidup anda.





2 ulasan:

  1. sgt menarik entry anda.
    rase terpaggil untuk berkongsi..saya ada perasaan yang sama dengan anda.sejak kecil sy dihantui rasa rendah diri yg teramat2..dan sekarang..umur saya sudah 23 tahun..is masih menghantui..kata anda buat sy sedar..tiap manusia ada keistimewaan.sy juga suda saya juga ada kelebihan.cuma kerana masa silam membuatkan sy takot untuk menunjukkan diri saya.kata2 anda buat saya menitiskan air mata.terima kasih

    BalasPadam
  2. BOLEH KEW..NK SHARE DENGAN ANDA MELALUI EMAIL..suki.tijarah@gmail.com

    BalasPadam