Selasa, 19 Oktober 2010

Berdosakah Aku?......Siapakah Yang Berdosa???



Pada hari Sabtu 16 Oktober yg lalu, slot cerekarama yg btajuk 'berdosakah aku' ditayangkan di kaca televisyen. Agak menarik kerana jarang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini. Dan,pada penghujung cerekarama itu, dinyatakan cerita itu adalah bdasarkan kisah benar. Tapi, sygnya ramai yg tidak akan pcaya seorang ibu tegar membuang anak sendiri. Dan sekiranya berlaku, si anak akan mjadi mangsa kerana mereka dianggap anak derhaka. Ramai yg lupa, dalam Islam juga ada ibu bapa yg derhaka.

Dalam kalangan pelajar sy juga, ada yg menerima nasib yg sama seperti dlm cerita 'Berdosakah Aku'. Tp, tidak ramai guru yg mahu menghulur tangan membantu pelajar seperti ini. Ramai guru juga tidak percaya jika ada anak yg merasakan mereka dibenci oleh ibu kandung sendiri. Bagi mereka, pelajar seperti ini hanya mcari publisiti.

Kadang kala, guru2 juga tidak boleh disalahkan krn, mereka tidak faham situasi ini. Apatah lagi mereka tidak ada pngalaman dlm hal2 spt ini.Bagaimana mereka ingin mbantu jika mereka sendiri tidak pernah mengalami atau tidak pernah mahu meneroka masalah anak2 yg mengalami kesedihan akibat dibuang ibu bapa sendiri.

Terasa kejamnya dunia.....Tak pasal2 mghukum dunia yg tidak terlibat dgn kekejaman manusia. Mengapa agaknya pkara sperti ini boleh tjadi??? Walau pun tidak masuk akal,namun hakikatnya pkara spt ini benar2 berlaku. Hanya org2 yg bnasib baik saja yg dpt merasakan kasih syg drp ibu bapa scara hakiki. Namun, bersimpatilah krn realitinya memang ada insan2 malang di luar sana yg tidak merasa kasih syg itu walaupun hakikatnya mereka masih mpunyai ibu bapa.

Bila berlaku insiden spt ini, maka berkatalah manusia2 di luar sana:
"Sebagai anak, kita harus berjumpa dgn ibu bapa. Jangan berdendam dgn mereka. Ingatlah, kerana mereka kita lahir ke dunia. Baliklah ke pangkuan mereka dan memohon ampun selagi mereka masih bernyawa. Jgn sampai kita jadi anak derhaka. Nanti mati, tak cium syurga"

Sy rasa, bukan semua anak2 yg mjadi mangsa ini tidak tahu hukum agama. Sy tidak menafikan memang ada anak2 yg keras hati, berdendam dan ego....tapi, jgn lupa ada juga ibu bapa yg bersikap spt itu. Mereka tidak mahu langsung menerima anaknya krn sudah dilabelkan dan diandaikan anak2 yg telah dibuang itu dgn pelbagai andaian. Contohnya, ada ibu bapa yg merasakan anak mereka pembawa mala petaka (anak sial). Ada juga membenci anak sendiri kerana kekurangan yg ada pd si anak. Atau pelbagai alasan bg mereka utk tidak menerima anak mereka sendiri. Jadi, siapa yg harus dipersalahkan??????

Walaupun sy memahami apa yg ditanggung oleh si anak, namun sy tidak pula mghukum ibu bapa yg membenci anaknya sendiri....kerana mereka juga ada rahsia peribadi yg tersendiri Mungkin rahsia itu tidak dpt dikongsi dgn sesiapa atau kejahilan diri mnyebabkan anak yg dikandung 9 bulan 10 hari mjadi mangsa keadaan ini. 
Sy mjadi buntu utk menghuraikan situasi ini. Tidak tahu hendak bmula dari mana....dan di mana pula noktahnya. Namun, sy sgt memahami prasaan yg dialami oleh anak2 yg menjadi mangsa kbencian ibu bapa sendiri. Anak2 spt ini agak sukar bkongsi cerita dgn org lain..... ditakuti cerita yg disampaikan mjadi tidak logik unt didengari. Penyudahnya, si mangsa akan makan hati krn org yg mdengar cerita mereka gagal memahami, apa lagi unt menyelami. Daripada menimbulkan keraguan dan ketidakpercayaan, lebih baik memendam rasa....dan menyimpannya sendiri sbagai memori peribadi.

Untuk ibu bapa yg membenci dan membuang anak kandung sendiri, berbaliklah kepada ajaran agama Islam yg suci. Anak itu adalah amanah drp Allah. Didiklah mereka dgn asas agama yg sempurna  krn doa anak yg soleh adalah antara 3 perkara yg membantu meringankan dosa ibu bapa apabila 'tiba masanya' kelak. Jangan tempiaskan kemarahan, kekecewaan dan kebencian pada kenangan silam  kepada anak yg tidak tahu apa2. Wajarkah anak menerima hukuman yg tidak sepatutnya diterima?

Manusia memang suka menilai mengikut apa yg tersurat. Tidak ramai yg suka mgkaji apa yg tersirat. Sygnya, yg tersurat itulah yg mjadi kayu pengukur mereka utk menghukum tanpa mengambil kira hati dan perasaan anak yg malang itu. Rata2 menyalahkan si anak apabila berlakunya keretakan hubungan ibu bapa dan anak. Sy berani berkata sedemikian kerana itulah tipikal manusia biasa yg suka menghukum tanpa dibicarakan. 

Ambillah sedikit masa wahai manusia2 di luar sana kerana rintihan anak yg malang ini tidak ramai yg mahu mendengarnya. Andainya tiada hati untuk mendengar rintihan mereka, jangan pula difitnah tanpa usul periksa. Anak2 yg menjadi mangsa ini, sebenarnya sgt sarat menanggung derita akibat dibuang oleh ibu bapa sendiri dan janganlah kita yg tidak tahu apa2 menambah kelukaan yg sedia ada.

Kepada anak2 yg senasib dengan cerita 'Berdosakah Aku', jangan disesali apa yg berlaku. Percayalah dgn ketentuan Allah kerana Dia   tidak menzalimi makhluknya. Biarlah manusia di luar sana membuat penilaian mengikut kaca mata mereka kerana penilaian manusia tentu sama sekali tidak sama dgn penilaian Allah swt. Sesungguhnya, penilaian manusia itu sangat lemah............

112 ulasan:

  1. Saya pun salah satu mangsa ank yang asyik dipersalahkan. Kalau perselisihan ada pun pasti sya yg akn dpersalahkn. Ego ibu tak pernah diturunkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitu juga dgn nasib saya...umur saya dah setengah abad tp nasib saya masih seperti zaman kanak kanak saya. Saya sering dipersalahkan oleh ibu utk semua perkara yg berlaku dlm keluarga sedangkan sayalah anak yg sentiasa menyelesaikan segala masalah keluarga . Bagi saya tu adalah satu penghargaan buat saya utk ibu. Cuba utk mendptkan kasih sayangnya...tp sayang hanya seperti melukut di tepi gantang. Ibu x pernah berubah...bila ada masalah saya adalah org yg akan menyelesaikannya tp jika tidak sayalah anak yg paling x diperlukan. Cerita yg terkini yg menyebabkan saya dibuang ibu kerana mempertahankan rumah tangga adik disebab adik x nak berkahwin dgn pilihannya. Suami adik dihina , dihalau dr rmh, dimaki hamun dan sebagainya. Saya sebagai seorng kakak mempertahankan adik kerana bg saya adik ipar saya adalah org yg bertanggungjawab walaupun bkn dr keluarga yg berada. Dia bekerja siang mlm utk mencari nafkah. Beri rm 400 kepada adik setiap bln sedangkan adik bekerja tp sebgai tgjwb dia x pernah lupa...tp syg ibu hina suaminya dgn rm400 bg kucing makan pun x cukup kata ibu. Saya yg membetulkan keadaan dikata kan ibu sebagai penghasut n suka melihat adik saya menjadi papa kedana dan susah. Sedangkan saya aruah suami saya yg memelihara adik dr darjah 1 hingga habis belajar. Adik sering dihasut ibu supaya bemcikan saya dan jgn rapat dgn saya..tp malangnya adik tidak begitu kerana saya tahu adik menilai saya dgn mata hati dia. Saya terasa sgt sedih dgn ibu saya.....tp saya tetap berdoa kepada Allah s.w.t utk membuka mata dan hati ibu saya utk melihat kebenaran.
      Wassalam

      Padam
    2. Sakit bila ibu kita sendiri membenci kita

      Padam
    3. Saya selalu dihina,dikutuk,dikeji,dicaci maki ibu kandung sendiri,ibu juga selalu menyumpah dan mencarut kepada saya😢😭dari saya kecik sampai besar dah kahwin ada anak sorang,ibu tetap buat saya sedih😢😭

      Padam
    4. Saya anak ketiga..
      Saya akui kadang-kadang sikap sy mmg tidak disukai ibu..sy dilabelkan kurang ajar dan dengki diantara adik bradik yg lain kerana sy sering menjawab apbila sy xbrsalah..bila adik bradik lain buat salah smuanya okay..buat kerja pun salah..xbuat pun lagilah salah..ingin mbantu pun salah..x mbantu pun salah..susah nak fikir prasaan orang wlaupun dia,ibu..sy tahu dari segi kewangan mmg sy xmampu mbantu..tpi bila ibu sy ada msalah dgn adik bradik lain sy cuba menenangkan msalah dia dgn mendengar segala luahan dia..sy dah cuba..tapi yg sy dapat hanyalah kesakitan..sy lah yg paling bnyk brckp dgn ibu..sakit yg dialami Allah sje yg tahu..kadang2 sy mengadu pd Allah..kenapa aku? Apa salah aku? Lebih baik putus cinta daripada dibenci oleh kedua ibu bapa..sy pujuk diri sy mgkin ad hikmah disebalik smua ni..Allah nak sy bersabar..Allah nak sy tahu erti susah untk menjaga ank..tapi sy pun anak..anak yg inginkan kasih syg...kenapa sy yg selalu dibandingkan..kadang2 sy alami kemurungan disebabkan ini..sikap sy pun bukanlah baik sgt tpi sy tahu apa itu salah dan apa yg baik..sy sering doakan kebaikan untuk keluarga sy..sy inginkan keluarga yg harmoni,mawadah dan juga sakinah..biarlah tiada kawan janji keluarga sentiasa ada untuk sy..bila sy bce kisah yg dialami org lain..sy sedih
      Sy doakan smua yg bce atau yg kongsi cerita sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa dimurahkan rezeki..

      Padam
  2. Sengsaranya hidup hanya Allah sahaja yang taw. Dah la dgn mak ada masalah. Adik beradik akan lagi mengruhkan keadaan kononnya untuk menolong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisah awak mcm sy je. X sangka ade gak org lain mcm sy.

      Padam
    2. Dan masih ada lg.saya jugak salah sorang nya.sakit hnya allah je yang tahu.bila orang yg mengandung kan kt benci kt.seakan2 kita ni pembawa siall.kejam

      Padam
  3. Saya sentiasa menjadi mangsa keadaan.. dari ibubapa serta adik beradik saya.. rasa macam dibuli... mungkin kesilapan saya sering `menghulur bantuan'.. kalau balik setiap kali kena menghulur..kalau tidak.. pasti akan diatarik muka.. sampai bila? saya bukan anak sulung.. kerana saya tidak balik menjengah ibubapa saya hanya 5 hari sahaja..bapa saya dah maki hamum saya... wajarkah saya hari2 nak balik dengan jarak 150km... saya juga ada bisness dan kerjaya..tak tau..tiba2 saya dah rasa sangat tawar... :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga difitnah ibu dan abang sendiri, pada mulanya saya merancang untuk mengambil lesen dan beli motor untuk berlatih dirumah, saya bertanya pandangan mereka atas dasar mereka lebih dewasa, bila tiba masa mahu beli motor, abang memaksa saya beli ikut pilihannya dan berjanji mahu membayar ansuran tiap bulan kerana abang tiada penyata gaji untuk membeli motor,abang tidak memberitahu tentang tungakkan berbulan-bulan, hampir saja blacklist nama saya diusia 19 tahun, habis gaji saya ada bulan itu, saya minta dia ganti duit yang tertunggak barula dia kata tiada duit,padahal bayaran muka dan bulanan semua saya tanggung, dia hanya guna motor dan mengajak kawan kerumah untuk melihat motornya, tiap kali mintak ganti dia diam kan diri, saya putuskan untuk meminta dari isterinya, tak sangka isterinya mereka cerita bahawa saya membeli motor guna duit abang, mereka laki bini memutar belit cerita,beberapa bulan kemudian saya terima tawaran kerja di selangor lalu berpindah ke selangor, dan kebetulan pkp pun bermula, sepanjang ketiadaan saya dia kampung,ibu,abg dan ipar menyebarkan fitnah bahawa saya lari daripada masalah,dan berkata saya meminta wang pada abg kerana tak dapat membayar bulanan motor dan guna duit mereka. Padahal mereka kawin pun guna duit saya dan tak ganti lagi duit kawin tu. Tiap kali kereta rosak atau renew road tax pastu cari saya atas alasan kalau pergi kenduri saya ikut naik kereta tu. Sejak dari itu saya tak keluar kemana-mana,hanya naik grab, dan mula fitnah saya nakkan perhatian org dan berkata buruk tentang saya.

      Padam
  4. tkasih atas respon semua.
    Bukan semua mengerti dan mempercayai apa yang dirasai
    oleh mangsa kekejaman ibu sendiri. Bersabarlah....

    BalasPadam
  5. Sy pon mmpunyai msalah yg sama
    Slalu dihina..dan dicaci oleh
    Org tua sendiri
    Buat apa pon
    Mmg tk pernah nmpk
    Redho jer la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih.sy pn mcm tu.smua xkena.sumpah beruk,bodoh dh biasa utk saya.malukan dpn org pn dh biasa.tp sy mnjawab sbb xtahan..sy tau dosa,tp sy mnusia biasa.kdg2 pk untung jd binayang yg xse perasaan.sy tau dosa.tp jgn dbndingkan dgn adik beradik lain,caci.kdg2 bila mkn semeja,sy rs sy xwjud sbb xde sapa nk brckap dgn sy.berdosakah sy?doa sy xprnh putus urk mereka,trmsuklah adik beradik.

      Padam
    2. Walau apapun, kita harus terima apa yg blaku ini adalah rahsia drp Allah. Mgkin kita tidak nampak kebaikan apa yg blaku pada hari ini,tp pcayalah semuanya ada hikmah pd masa akan dtg. Yakinlah bhw Allah tidak kejam thadap makhluknya

      Padam
  6. Samalah seperti saya...sudah menjangkau lebih 25 tahun saya dilayan seperti anak pungut dalam keluarga..sering dijadikan tempat lempias kemarahan dan maki hamun..tidak kurang juga dijadikan balaci dirumah sendiri sedangkan adik beradik lain leka dengan masa mereka sendiri..saya sering mempersoalkan kenapa la saya dilahirkan di dunia nie..hanya untuk menderita kesedihan..hanya mampu memendam perasaan..terus terang saya katakan saya tidak lagi menyayangi ibu bapa dan adik beradik saya..mana mampu saya menyayangi orang yang membenci kita? Yang tinggal hanyalah perasaan hormat kerana saya tahu peranan saya sebagai anak..jasa ibu bapa mengandungkan dan melahirkan saya ke dunia ini tidak dapat saya membalasnya..tapi saya tak redha dengan keadaan saya sebegini...Allah jua yang tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alangkah baiknya jika kita dapat berhubung secara terus. Jika anda terbaca balasan sy, hubungilah sy di facebook. Mungkin byk perkara yang boleh kita kongsikan

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  7. Sy ditinggal ibu dan dijaga keluarga angkat dri kecil. Dengan keluarga angkat pun dijaga seperti terpaksa dan hampir tercicir belajar sebab kemiskinan mujur ada org luar membantu. Sudah 23tahun dan ibu saya xpernah kembali sehingga sekarang mahu mencari saya. Bukan saya xnk cari ibu tapi keluarga angkat sy sendiri tidak mengenali ibu saya itu siapa semasa sy ditinggalkan. Sy ditinggal bersama surat kelahiran diterengganu walhal tempat keluarga angkat yg sy ditinggalkan di Johor. Xmahu benar saya mencari dia kan. Bapa pula sy tidak tahu kemana. Yg dtg tinggalkan sy hanyalah ibu. Moga Allah membuka pintu hati kedua mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percayalah.....sy sngat memahami apa yg anda rasakan

      Padam
  8. Sya juga merasa yg sama sejak kecil di maki juga di pukul.Pernah juga di DOA supaya gagal exam. Dihalau dari rumah.Dah bekerja dihina tinggal di rumah apartment juga pakai kereta biasa2.Tak jadi ingatan berbanding yg lain.tapi saya sabar walaupun kecil hati..

    BalasPadam
  9. salam..kalaula ada rakan2 disini yg sudi berkongsi dan mahu mendengar cerita saya..alangkah bertuah nya saya..di benci ibu dr sejak di lahirkan..tanpa alasan..hingga la saat sy menaip msg ini..13/10/15..1.35pm..skrg ibu dihospital kkb..dpt berita dr anak buah..sy yg akn berumor 50thn pd 3 nov ini..dpt pesanan dr adek bongsu pada beberapa bulan yg lepas..ibu berpesan..klu terjadi apa2 dgn ibu..jgn beritahu kpd saya..sejak itu sy tidak berani balik ke kg lg..sejak kematian ayah lebih kurang 2 thn yg lepas..hanya bapa yg syg sy..sehingga saat ini..sy hidup bagai mayat hidup...semua perkara di buat tidak kena........

    BalasPadam
    Balasan
    1. shammyzzz, sebenarnya ramai insan yang senasib dengan kita. hanya orang2 seperti kita sahaja yang memahami apa yang kita rasa. Marilah kita berkongsi rasa...kalau sudi, hubungilah saya diFB yang tertera diblog ini

      Padam
    2. saya sedih sering dijadikan bahan makian dan cacian dari mak saya sendiri...kebaikan yg saya buat tak pernah dia nampak..saya sedih sangat Allah je tahu. nak cerita kt sesiapa nanti semua ckp saya yang derhaka..akibatnya saya pendam sorang2 dan hati ni makin lama makin sakit..apa sahaja yang saya buat semuanya tk kena..kalau benci saya sekalipun kenapa tak bunuh je saya dari dulu? mmg saya ni hidup untuk dimaki dan dihina je agaknya

      Padam
  10. �� this is what happens to me . almost everyday kena marah tanpa sebab . apa saya buat mesti kena marah,bila tlg pun kena marah, sakit pun kena marah. terpaksa diam je bila sakit. tak tau nak buat apa lagi dah :'( dari kecik sampai skrg asyik kena maki je . makin lama belajar makin merosot . stressnya Allah je yg tahu . teringin nak mengadu masalah dkt mereka , tapi saya tau saya takkan merasa semua tu . tlg doakan saya berjaya dunia akhirat dan mampu utk lalui semua ini.

    BalasPadam
  11. Saya punya cerita bapak kahwin sampai 3 selalu menipu emak saya. Emak saya dulu pernah larikan diri sebab tak tahan dengan sikap bapa dan saya ditinggalkan dengan ibu saudara masa 7 tahun. Sedihnya walaupun saya dah besar 25 tahun ada Anak sendiri. Saya tetap tak boleh lupakan saat kehidupan macam tu. Bapa saya ni seorang pemarah cakap pun suka tengking tengking paling sedih dia pernah menyebabkan burung murai saya mati sebab dia ada baling sesuatu pada sangkar tu. Mungkin burung tu terkejut kot. Kalau nak cerita berjela jela. Saya sampai hilang kepercayaan pada bapa saya. Paling seronok dia ajar kami menipu. Menipu emak kalau balik rumah ibu tiri. Emak saya memang tak suka ibu tiri.

    Pernah satu ketika dulu bapa saya pergi ke rumah seorang janda dan minta saya dan Anak saudara nya teman. Masa saya berada di rumah janda tersebut bapa saya memasuki bilik janda tersebut manakala saya berada di bilik lain. Saya jadi berpaling tadah saya kol emak saya cepat cepat beritahu apa berlaku. Sekali tu emak saya kol bapa saya terus bapa saya marah marah saya. Rupanya dia dah berkahwin dengan janda tu secara diam diam janda tu dah jadi isteri ketiga bapa saya.

    Tapi sekarang bapa saya belajar perubatan islam. Jadi penasihat agama pada orang lain. Ya Allah kadang kadang saya sebagai Anak begitu malu nak mengaku yang dia tu bapa saya. Sebab cara dia melayan Anak Anak dan isteri dia marah marah tak langsung pun nampak suami beragama tapi dengan orang lain dengan betina lain Allah je faham betapa gatalnya dia. Baru buat kerja sikit dah mengamuk. Tapi saya mungkin ada sedikit mengambil perangai dari dia perangai memgamuk cepat marah juga.

    Saya pernah juga nak melarikan diri dari keluarga saya sebab saya betul betul tak boleh terima keadaan family saya ni. Emak jadi mangsa hari hari tulis diari kepedihan hati dia tapi kepedihan hati saya siapa yang tahu. Saya tekad nak lari dan akhirnya saya berkahwin dengan seorang jurutera alhamdulillah. Kehidupan saya semakin baik. Dan saya hanya balik sekejap sekejap je melawat emak saya kadang kadang 2 x sebulan kadang 1x sebulan tapi saya masih dipanggil Anak tak kenang budi sebab tak selalu balik padahal saya sudah berusaha balik rumah emak. Sebab nak jaga hati mereka tapi mereka tetap pandang saya sebagai Anak tak kenang budi dan selalu menyakitkan hati mereka.

    Paling saya tak suka saya cuba bagi hadiah yang saya menang kepada bapa dan emak saya. Saya belikan emak mesin jahit supaya dia boleh menjahit tapi sama sahaja tetap nak panggil saya Anak tak kenang budi. Sehinggalah saya pos ke whatsapp group keluarga saya pasal blog kesalahan ibubapa dalam mendidik Anak Anak. Bapa saya apa lagi dia pun tanya senarai kesalahan Anak Anak pada ibu bapa. Oh baru tahu sentap pula bapa saya bila saya pos pasal tu. Memang kali ni saya tekad nak beranak tanpa menyusahkan kedua ibu bapa saya. Biar saya tanggung kesakitan saya.

    Saya dah berusaha jadi yang terbaik tapi tak diterima dan tetap dipandang hina dan mungkin dipandang sebagai Anak derhaka juga. Jadi apa nak buat semoga Allah pelihara mereka sepertimana mereka menjaga saya dari usia saya kecil lagi. Saya tak nak mendoakan keburukan untuk mereka sebab mereka ibu bapa saya. Cuma saya harap mereka mendoakan saya yang baik baik walaupun saya tak boleh terima cara layanan mereka kepada saya.

    Saya tak suka nak jumpa kaunselor sebab mereka asyik kata Anak Anak tak berhak menderhaka ibubapa mereka tapi cuba kalau benda nI berlaku pada mereka sendiri.

    BalasPadam
  12. tkasih kerana kita semua dapat berkongsi rasa di sini

    BalasPadam
  13. Bila baca dr "TANPA NAMA" rasa mcm dpt ubati luka ni.sy seorang Yg berpendidikan agama.title ustazah sek rendah.mungkin klau xpegang pd apa yg dipelajari, mungkin dah lama rasa xnak hdup langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, nasib baik kita dilahirkan sebagai seorang muslim. Kita diajar utk terima qada dan qadar. Redha dengan ketentuan Allah.

      Padam
    2. Allahu... Same dgn saya... Rasa yg sama.. Allah nk uji kite

      Padam
    3. 2021..sy search di Google tentang isu ini, mencari anda semua yang mungkin mengalami situasi sama dengan saya. Saja rasa keliru, sedih bila mendapat tahu, membaca mesej ibu n adik tentang diri saya. Salah sy yang tidak mampu mewahkan ibu ayah seprti adik. Jadi apa jua yang saya lakukan tetap salah.

      Padam
  14. Betapa beza antara org luar membenci dgn ibu membenci diri ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbeza.....sakitnya hanya Allah sahaja yg tahu apabila ibu sendiri tidak menerima kita sebagai anaknya sendiri. Tapi percayalah, apabila Allah menarik sesuatu, Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah.

      Padam
  15. Bila baca mengalir air mata ingatkan saya saja yg rasa sakit pedih mcmni sy ingat sy orang paling berdosa sbb kena mcmni.. Deni tuhan spnjg kehidupan sy xpernah rasa kasih sayang seorang ibu.. Sy tolak tawaran belajar yg datang mak cakap xdia xnak tnggung sy sebab nanti sy bebankan dia.. Sy sabar sy tolak ap yang datang sy ank bongsu 4 orang abag sy yg bongsu perempuan mgkin orang pikir bongsu yg paling manja yg paling sayang.. Tapi orang salah nilai ank bngsu yg lain mungkin dilyan mcmtu tapi saya allahu.. Dpd kecik sy kna hina kena maki getah paip ,besi pnjg hanger,ranting pkok,wayar smua penah lekat kt badan sy .. Abang² yg ke 3,4 paling mak sayang sy mgalah dilayan mcmtu rupa.. Mak suka menghina bila ada anak kesyangan balik.. Smpai sy dduk dpan cermin pndang rupa sy tye kt mne salah aku apa salah aku.. Sdgkan sy xpnah buat apa².. Sy xberkerja xberduit bila ayah bagi duit tu masa tu lah sy baru dpat merasa duit sayangnga duit tu sbb xpernah rasa berduit.. Bila sy ambik baju mak sy merungut mengungkit cakap duit ayah ada ambik guna knapa sebuk selit guna duit aku.. Sy cakap sy nk smpan duit ni sy xkerja teringin nk simpan xpnah pgg duit balik rumah sy bagi balik duit yg ayah bagi kt sy utk gantirugi.. Kdag² pikir knp saya xpernah rasa bahagaia mcm orang lain.. Knpa mak sy bukan mcm mak kawan² sy.. Hati sayu sedih pedih dpd kecik xpnah nk rasa bahagia kadang² penat sagt letih nk tahan perasaan sakit.. allah kuatkan aku.. Sy xde tempat nk mengadu mungkin ini jalan sy berkngsi cerita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, rupanya ramainya insan diluar sana mengalami nasib yg sama. Kalau la rakan2 yg memberi respon ini dapat saya kenali dengan lebih dekat, ingin sekali sy berkongsi cerita tentang perkara ini. Walau apapun, percayalah apa yg kita alamai selama ini, semuanya ada ganjaran yang sgt berharga kelak . Kita tidak nampak kebaikannya pada hari ini, tapi mungkin 10 tahun lagi kita mengerti kenapa dugaan ini yg Allah beri pada kita.

      Padam
    2. Senasib jugak....ibuku lebih kan adik tiri ku...dan membnci diriku....syukur dapat suami baik

      Padam
  16. Sye pun hmpir snasib dgan awak sume..sbab ape sye ckp hmpir sbab mak kdang2 mcm syg pda sye kadang2 mcm bnci..anak ksyangan mak ialah abg slung saye..sye anak ke 2..mmg dri kcik mak akan tunaikan sgala permintaan abg baik yg kecik atau yg besar.. tak pernah mak ckp tak..tp blew dgan sye mak akan mrah bsing ckp klaw nk usha sndri wt sye mcm bkan anak dye..smpai sye da trbiasa klaw nk kn sesuatu kna usaha cri sndri..hggalah abg wt prgai mak mula berubah berbaik2 dgan sye. Sye rse gmbira sgt blew mak berbaik2 dgan sye brckp dgan sye kngsi sume perkara dgan sye..smpailah abg kmbali smula pada mak..mak da mula abaikan sye wt mcm sye x wjud kdang2 sye trpkir ape sye ney pde mak..mse abg buat prgai mk cri sye tp blew abg da blik mak lupakan sye..lupakn sume psal sye..sye prnah trpkir nk lari rumah lari dri semua ney.sbab skit sgt da rse mcm tk trtanggung da..tp sye x wt mcm tu sbab sye syg kt mak sye rndu nk mak yg berckp, berbaik dgan sye mse abg wt prngai. Skarang ney klaw sye blik kje sye akn brkurung dlam blik kdang2 smpai x mkn..org dkat umah sye mcm x ksah sme ade sye ade atau tak. Blew sye blik kje sume wt pndagan mcm sye x dperlukan lagi dlam rumah ney..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya kita ada persamaan... Sy anak ke-2 jugak...

      Padam
    2. Sy pun tapi kene husnuzon takut tersasar mari kawan2 kita beristighfar inshaallah Allah tlng kita , ni dunia saja yg penting kita ada Allah , sy slalu sblm tidor cakap sorang2 kemudian nangis esok rasa hilang stress .. tapi sebagai anak kita buat tak tau je la jgn sakitkan hati mak kita , saya istighfar banyak2

      Padam
  17. memang sedih bila ibu kandung sendiri bersikap pilih kasih terhadap anak-anaknya. Namun, percayalah apa yg berlaku pada kita hari ini akan menjadi pengalaman yang paling baik untuk kita mendidik anak-anak kita pada masa akan datang. InshaAllah kita akan jadi ibu yang terbaik kerana kita tidak mahu apa yang berlaku pada kita akan berulang pula pada anak-anak kita. Berbaik sangkalah dengan percaturan Allah kerana apa yang berlaku tidak pernah semua bersebab. Cuma kita sahaja yang tidak sabar untuk menanti apakah rahsia disebalik semuanya ini.

    BalasPadam
  18. Ibu saya sendiri tidak dihiraukan oleh ibunya (nenek sy) tp malangnya sy ditimpa nasib yg sama. Keluarga sy agak berada dan kami tak pernah kesimpitan wang namun sy sentiasa dimarahi, dipukul dan dikeji sejak kecil kerana sy tidak sebijak adik2 sy yg lain. Sy merupakan seorg pelajar doctor falsafah namun masih dianggap gagal kerana tidak berjaya menjadi seorang doctor perubatan seperti adik sy. Dari kecil, sy selalu diludah dan dipukul sehingga muntah. Ibu sy sgt mementingkan pandangan org lain terhadap dirinya dan tidak pernah mengaku kesalahannya. Perkahwinannya mungkin bakal berakhir. Sy masih dikeji depan adik2 sy dan org lain walaupon hampir berusia 30 tahun kerana masih belajar dan belum berkahwin. Honestly speaking, keiingin sy utk menjadi seorang ibu telah mati kerana sy takut sy tidak dpt menjadi seorang ibu yg baik kpd anak sy.

    BalasPadam
  19. Ya....biasanya, kisah yg sama ini akan berulang2 cuma puanlah yg menjadi mangsa ibu kandung sendiri. Apa lagi yg boleh kita buat bila berkaitan dgn ibu sendiri melainkan bsabar krn kita tidak mahu mjadi anak derhaka. Puan sepatutnya jgn mjadikan kepahitan hidup puan sbg alasan takut untuk bkahwin. Sewajarnya, puan cabar dia puan yg puan boleh mjadi ibu yg baik. InshaAllah, puan akan mjadi ibu yg disayangi oleh anak2 krn tidak mahu pkara yg sama berulang pula pada anak2 puan. InshaAllah

    BalasPadam
  20. Ya....biasanya, kisah yg sama ini akan berulang2 cuma puanlah yg menjadi mangsa ibu kandung sendiri. Apa lagi yg boleh kita buat bila berkaitan dgn ibu sendiri melainkan bsabar krn kita tidak mahu mjadi anak derhaka. Puan sepatutnya jgn mjadikan kepahitan hidup puan sbg alasan takut untuk bkahwin. Sewajarnya, puan cabar dia puan yg puan boleh mjadi ibu yg baik. InshaAllah, puan akan mjadi ibu yg disayangi oleh anak2 krn tidak mahu pkara yg sama berulang pula pada anak2 puan. InshaAllah

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Ya Allah ada juga yg senasib dgn sy..
    sy ada 7 adik beradik dan hanya sy seorang yg dibenci walaupun bermacam2 sy berkorban kerana sy fikir ianya untuk ibu yg tersayang tapi bila sy susah dicaci,maki,dihalau dari rumah berkali-kali, dihalau,dijeling.. tp sy tetap bersabar dan tinggal dgn ibu..
    sehinggakan sy kerap duduk ditempat yg gelap dan berseorangan..
    sy ada ramai kawan2, bila tgk ibu2 mereka menelefon mereka bertanya sudahkah makan, ada dimana, bila nak balik, sy jd sebak sangat.. apa la salah sy sebagai seorang anak.. sy berkerja dari usia 17tahun sehingga umur sy 24 tahun sekarang.. tidak pernah putus memberi duit untuk kesenangan ibu sendiri.. sehingga pakaian sendiri tidak terbeli, kerana nak bagi kesenangan pd ibu.. tapi sayang semua tu tak pernah dikenang ibu sy.. sekarang sy boleh katakan disebabkan hal ini, mental sy tidak stabil, sy sendiri dapat rasakan kewarasan mental sy akan berakhir tidak lama lagi.. hanya yang senasib dgn sy dapat faham apa yg sy rasakan..
    2 hari lepas sy keluar dari rumah membawa baju-baju, sy tak kuat nak menahan rasa sedih.. keluar dari rumah dengan poket berisikan 30sen..
    sy tidur dibawah jambatan berdekatan PWTC, 2 hari tidak makan apa2, hanya mampu menangis mengenangkan nasib diri saya..
    apa apa pun, sy tetap sayangkan ibu.. cuma untuk membuat ibu saya gembira, sy akur, sy undurkan diri, doa sy untuk ibu semoga bahagia bila sy dah tiada selamanya.. atas segala yg terjadi kepada sy, sy ucapkan "ALHAMDULILLAH" TERIMA KASIH YA ALLAH.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar,sy lagi teruk,ank2 di racun supaya benci sy

      Padam
  23. Sedih mendengar luahan hati dan pengalaman anda semua, allah huakbar..
    Dipendekan cerita. tiap2 bulan sy cuma beri rm200/rm300/rm500 bergantung pada rezeki tapi selalu perlekehkan pemberian sy.. Segala harta peninggalan ayah sy tarikah semuanya sy urusan dan serahkan pada ibu..sy tak ambik satu sen pun..Benar dalam akaun dia adalah simpanan.. hinggakan adik paksa dan heret dia ke pejabat pos utk keluarkan rm20k nak buat belanja kahwin.. Tp tetap dipuji tetap dia syg.. sylah terima mcm termasuk digelar anak derhaka.. sy dan isteri sanggup berhenti kerja dan balik kg dengan niat nak jaga dia dan blhla cari kerja kat kampung.. Kami memang tiada simpanan kerna kami utamakan belanja ibu.. Kami tinggal 3 bulan di kg bersama ibu.. kereta sangkut takda duit nak bayar jd ditolong gadai gelang.. Sy bersyukur krn itu.. Tp setiap hari dia mengungkit..isteri sy kemas rumah, basuh baju, masak dan ibu buat kerja ringan aje tp yala kami takda duit ibu beli barang dpt dia ungkit dan ckp kuat2 berapa dia habiskan utk beli barang dapur sedangkan dulu sebelum kami berhenti kerja isi rumah kami belikan dan duit belanja asing lagi pedih bila masa makan pun dia ungkit menyindir berulangkali. Sy pula biarpun bulan ramadhan mesin rumput racun lalang dan rumpai sebab ibu nak tanah arwah bersih supaya dpt disewakan. Tiap2 hari dr pgi sampai malam takpernah mengadu penat dan letih sy buat semua tu. Tiap2 hari ibu telepon adik tanya khabar.. sedangkan ibu cukup susah nak telepon sy.. Jika sy telepon dia langsung taknak angkat.. Bila dia nak pakai duit aje dia telepon. Bile adik balik kg sy blk kl taknak gaduh bile jumpa.. Ibu siapkan bilik adik bagaikan tetamu terhormat nak tumpang tido.. Siap alas kaki berbagai dari pintu masuk sampai kebilik.. Sy balik kain buruk aje dia hamparkan.. Jd sy peluang kerja offshore lepas 3 hari balik kl.. tp kena bayar duit kursus medical checkup dan card.. Hayat hati nak minta tlg ibu bantu..Tp sepanjang 5 hari sy telepon langsung tak diangkat malah kena reject..Alhamdulilah satu hari ke 6 dpt call ibu dan sy cuba ceritakan hal kerja tu.. bile ckp nak pinjam rm3800.. Ibu ckp sepanjang hidup, sy hanya tahu kikis duit, menyusahkan makbapak, gelang kat pajak gadai pun tak mampu nak tebus, makan minum pun dia tanggung inikan pulak nak pinjam rm3800..Siap ungkit arwah ayah wasiatkan kata2 yang mana jgn bg satu sen pun pada ank2 krn akan menyusahkan ibu.. sedangkan adik rm20k paksa2 dia bg..dia siap mengelarkan sy anak derhaka selalu menyusahkan hidup dia dahla laangsung takda harta bagai papa kedana.. dan dia terus letak.. Ya allah yang maha pengasihani... luluh hati sy.. benar sy takda duit takda harta.. kerja repair dan jual komputer.. pendapatan kecil.. Jd selama ni sy hanyalah bagai driver, tukang kebun tak bertauliah, tukang cuci dan taraf peminta sedekahlah bagi dia.. Mulai hari itu sy cukup kecewa dan patah hati.. sy takkan lagi balik kg.. biarlah anak yg dibanggakan yg selama ini dia sendiri buta hati taktahu, adik sy bagai jijik nak mengaku atau bawa ibu berjalan jumpa besan jumpa kawan2 dia kerna pakai selekeh dan taktahu bergaul..sy mulai berserah.. isteri pun asyik menangis melihat sy selalu termenung dan menjerit menangis dalam bilik air..

    BalasPadam
  24. Wktu umur sy 8tahun ibu sy ckp sy bukan anaknya n adik beradik sy slalu ckp kau bkn adik aku bkn abg aku...mak ayah slalu pgl sy tok mat lengkong sbb sy berkulit gelap...di maki pergi mati "biar mati digilis treler...dr kecil shgga sekarang hati ni sedih smpai ayah meninggal sy xdapat buang rasa di hati..sy tidak pernah di ajar sembahyang,mengaji...masa kecil sy selalu menangis seorng dri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. segala yg berlaku tidak percuma....ada seseuatu yg Allah akan beri. Percayalah

      Padam
  25. sebenarnya bukan adik sorang yg mngalami nasib seperti ini. Kita tidak bersendirian. ada ramai lagi di luar sana mengalami nasib yg sama. bersyukurlah kerana Allah memilih adik menerima nasib sedemikian rupa. InshaAllah adik tidak akan melakukan perkara yg sama pada anak2 adik nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...ramai sebenarnya yang mengalami nasib yang sama. semoga kita lagi mengulangi perkara yang sama kepada anak2 kita

      Padam
  26. Saya pernah post di sni yang mak saya pilih kasih..menyanyangi anak yg lain tp mengabaikan saya..dan perkara tu masih lagi berlaku. Kadang2 buat saya terfikir kenapa mak jadi mcm ni apa lebihnya yg lain dn apa kurangnya saya..mak saya sndri prnah cakap dia menyampah dengan saya terguris hati bila mak cakap macam tu. Saya sekarang ni dah tak ada perasaan nak brcakap dgan siapa2 dalam rumah ni.lagipun 1 family pulaukan saya, saya dekat rumah dah jadi mcm kera sumbang ibarat melukut di tepi gantang ada pun orang tk kisah tak ada lgi bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. janganlah rasa bersendirian, dik. Selalu ingat Allah sentiasa bersama kita. Had kasih sayang manusia ni sangat terbatas termasuklah ahli keluarga kita sendiri. banyakkan kebergantungan kepada Allah swt. La Tahzan

      Padam
  27. Assalamualaikum semua...ramai yang senasib dengan saya di sni..saya disisihkan dan dibenci ibu kandung sendiri..bukan setakat dibenci ibu malahan dibenci oleh seluruh ahli keluarga saya..memang dari kecik lagi saya ni menjadi anak yang tak pernah diinginkan oleh mak,pada mulanya hanya mak yg mmbenci saya sekarang ni seluruh ahli keluarga membenci saya..saya bertahan selama ini dengan harapan mungkin akan ade tinggal secebis kasih buat saya. Tapi nasib tak menyebelahi saya..dari hari ke hari kebencian yang bertambah buat ahli keluarga saya..hari ni terbukti seluruh ahli keluarga tak pernah sukakan kehadiran saya selama ni saya cuba bertahan dengan memujuk hati saya. Tapi setelah ape yang terjdi hari ni diri saya tak kuat nak bertahan lagi. Saya tekad nak pergi dari hidup keluarga saya..mungkin mereka akan gembira tanpa kehadiran saya, saya tekad nk keluar dari rumah saya tanpa pengetahuan mereka..saya penat nak cuba bertahan dengan semua ni. Dari saya kecik lagi segala perkara mak akan salahkan saya..mak pernah halau saya dari rumah dulu. Saya tak pergi sebab sayangkan mak dan smpai sekarang saya sangat syangkn mak .tp susahkan mak nk sayang kat saya..saya dah penat dengan semua ni, hari2 ada sahaja perkara yang ahli keluarga saya buat supaya saya dislahkan walaupun keslahan tu bukan dari saya..doakan supaya saya kuat..

    BalasPadam
  28. Tuhan ada bersama kita, dik. La Tahzan

    BalasPadam
  29. Macamana saya nak berhubung dengan kalian smua ya.kerna nasib kita serupa.boleh kita berkongsi cerita.group wasap mungkin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam smua... menagis saya mlm ni... kita senasib... allahuakbar... apa kata kita buat group... atau berjumpa...

      Padam
  30. Cerita saya juga lebih kurang dengan awk tanpa nama..wloupon x sama smuanya tp ade yg sama.saya nak sgt mendekati kamu smua lbih dekat kerna kisah kita serupa.sya juga dri kcil dbenci ibu juga seluruh klurga adik bradik smua.smpi skrg x prnah berubah.tetap sama.sya sering disisihkan hingga kini.mgkin juga untuk selamanya.

    BalasPadam
  31. Say dibenci oleh Ibu mentua.kerana suami tidak dpat memberI kemewahan terhadapnya.saya dilayan seperti kucing kurap...menantu lain seperti permaisuri diraja..dosakah say menjauhkan diri dari keluarga suami..hanya sekadar tidak mAh disakiti.

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Salam semua sy pun punya masalah sama seperti kamu semua bkn nk buka aib tapi sedih kenang nasib diri..Aku dari kecik ibu aku yg besarkn aku tanpa seorang ayah even aku anak tunggal nasib aku takla baik sangat.Masa aku kecik ibu suka marah aku walaupun salah aku kecik bila dia marah dia selalu kata aku anak kurang ajar patutla takda sape nak kawan dengan aku bodoh hodoh menyesal dia ada anak macam aku.Aku pula dapat nasib susah orang nak berkawan even aku baik ngan sape 2 ..Dia selalu cakap nak sangat ada anak lain dan taknak ada anak cam aku ni ..Dan sekarang aku dah dewasa ibu aku berubah sedikit cuma sekarang makin banyak yang aku dan ibu selalu bergaduh ada je dia tak puas hati dengan aku.Aku tak boleh langsung nak cakap apa2 ada saja perkataan anak derhaka sial dan perkataan dia tak nak aku.Kalau dia ada anak lain dia cakap satu sen harta dia taknak bagi aku kalau dia dapat anak lain.Dia selalu cakap aku nasib malang kalau tak doa dia nasib aku lagi teruk lagi mungkin merempat dekat jambatan atau jadi pelacur .Padahal aku la yang byk tolong ibu sekarang duit belanja ibu aku banyak aku bagi dari sebelum ni sejak gaji aku makin naik..keperluan rumah dan segala bil aku yg bayar.. balik rumah kalau apa2 semua aku buat sendri semua kemas rumah semua aku tak mintak pun ibu masak or basuh baju aku atau kemas rumah walaupun ibu hanya suri rumah skrg.Ibu aku juga selalu perli aku patut sampai sekarang takda orang nak kawen ngan aku tak laku semua laki tak nak tengok muka aku tak macam dia masa muda laku..dia pertikaikan aku tak da kerja bagus lebihkan kerja dari dia padahal aku cari duit lebih untuk bantu dia sampai aku pun tak nak fikir kahwin cepat sebab takut takda masa nak jaga dia nanti..Dia cakap aku berkira la mulut jahat aku selalu cakap slow tapi ada je dia tak puas hati.Kalau aku lambat buat kerja dia cakap aku ni lembab..Aku rasa sedih sangat sekarang ni ikut hati aku rasa macam taknak hidup lagi dengan hinaan ibu yang macam2 dekat aku..Padahal aku setiap hari doa baik2 untuk ibu aku tapi dia cakap aku macam2..aku rasa nak keluar dari rumah tapi aku fikir sape yang boleh tengok ibu kalau dia kena apa2 aku selalu mengalah sekarang tapi jauh sudut hati aku sedih sangat sekarang ni hari2 aku nangis dalam diam..kenapala nasib aku macam ni..dan terbaru dia kata jangan nak berlagak ngn kerja skrg nasib kau akan datang tak tau lagi kata ibu aku lagi.sedih sangat rasanya sekarang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita semua kuat mghadapi kenyataan ini

      Padam
  34. Ummi karina..
    Jgn nk blagak dgn kerja skrg..
    Ayat tu lbh kurg je dgn yang mak aku ckp kat aku.bila aku ade kje bagus skit mak aku pnah ckp yg sama kat aku.dikata nya ingat kau ade kje bagus ko bole blagak?kau ingat kau bole senang dgn kje yg kau ada tu?aku doakan kau berhenti keje nanti!! Dari kecik aku puas jd mgsa kbencian walhal aku x buat salah apa pon.bkn saja mak tp sluruh kuaga aku tmasuk adik bradik aku.aku sakit pon adik bradik aku x jenguk x tnya kabar x ambik tau pon.mak bpak aku pon sama je.x puas dri kcik smpi skg aku dh tua 30 an masih lg keadaan ttp sama.tp aku bsyukur n bsabar aku yakin Allah ade besama aku.dgn berkat pemberian Allah aku adelah jauh lbh pandai bebanding adik bradik yg lain.adik bradik aku suke herdik2 aku sjak dri kcik smpai aku tua dah ni.namun aku bnyak sabar n diamkan diri.skng aku jauhkan dri dari mereka membuat kan ati aku smakin tenang.kerna bila ada bersama mereka aku akn sakit ati kerna disakitkan.aku slku mgalah buat baik dgn mereka tp ttp bruk yg aku dpt.lalu aku amik kptusan untuk mdiamkan n mjauhkn dri.aku rasa lbh tenang.apa je yg jd dlm fmly aku aku x dberitahu.mak aku buat mjlis harijadi ank2 lain sume djemput.tp aku skluarga xdjmput pon.tau tau dah lpas majlis dah pon.mereka bramai2 ktwa2 sronok3 snbut besday sdgkan aku x dpggil.waktu tu aku lalu dpn umah nmpak adik brdik aku rmai drumah sdgkan aku x tau apa2.dh bbrpa ari lpas tu bole olak crita smbut besday ber kek2 bagai belon bgai kat aku sdgkan aku x britahu.tp nk crta kat aku sja nk sakitkan hati aku.mcm2 lagi kata2 nista yg dilemparkan kat aku.aky hnya mmpu sabar.aku tau Allah x kan bg aku ujian saja2.pasti ada hikmahnya.hikmah yg aku nmpak khidupqn aku kni jauh lbh baik berbanding adik bradik yg lain.syukur ya Allah

    BalasPadam
  35. Salam semua...

    Aku baca kisah2 korang hampir menitis airmata... Rupanya ada yang lagi teruk berbanding dengan kisah hidup aku... Aku bukanlah seorang yang terlalu baik dan bukanlah seorang yang jahat... Aku menaip ni pun rasa macam tak patut sebab aku sayangkan orang tua aku...

    Aku dilahirkan dalam keadaan kulit agak gelap dan rabun sejak darjah 1... Manakala, Abang dan beberapa Adik aku pulak putih dan "ada rupa"... Hampir 70% barang yang aku guna sejak kecik, barang secondhand daripada Abang aku... Jarang aku dapat barang sekolah dan pakaian baru...

    Sejak umur 6 tahun sampailah tingkatan 1, aku banyak dapat anugerah pelajar cemerlang walaupun masa darjah 3 agak merundum... Masa dapat banyak anugerah tulah aku dapat rasakan kasih sayang orang tua aku... Aku rindu zaman tu...

    Mak aku pernah cakap, "Cuba kau bagi contoh yang elok dekat adik2 kau"... Aku mula membaca Al-Quran, tekankan bab agama, sering ke masjid, sering menasihati keluarga termasuk diri sendiri, kadangkala menjadi imam ketika berjemaah dirumah... Sapai keluarga menggelar aku "Ustaz/Imam"... Aku cuba bagi contoh yang baik dekat adik beradik yang lain, tapi semua leka dan mungkin beranggap aku pura2 baik... Tapi sekali aku buat silap, diorang akan cakap "Ustaz tak serupa bikin"...

    Bila aku cuba berborak dengan orang tua aku, selalu diorang perli dan buatkan aku jadi bengang dan marah... Tapi apa boleh buat, pendam jerlah... Aku antara yang pandai kawal kemarahan berbanding Adik aku yang kerap mencaci orang tua sendiri... Aku kadang geleng kepala kenangkan perangai dia... Tapi jahat macamana pun mulut dia, tetap dia boleh bergurau dengan Mak aku... Aku bila ajak bergurau, Mak aku akan cakap aku biadap sampai dijadikan bahan Makcik aku... Katanya aku kurang kasih sayang...

    Bila cakap bab pekerjaan pulak, aku dah usaha buat macam2 untuk dapatkan kerja yang baik... Tapi, disebabkan kekurangan aku, aku sukar untuk dapat kerja yang baik... Aku gagal Math, mata rabun, stamina takde, tak boleh jadik penjawat awam macam Abang aku...

    Kadang2 aku cemburu tengok orang tua aku tersenyum bergelak tawa dengan adik beradik yang lain... Tapi aku yakin yang Allah S.W.T dah susun jalan hidup aku dengan baik... Sebab tu aku tak pernah memburukkan family aku depan kawan2 aku walaupun hakikatnya hati aku sakit... Aku berharap mental aku kuat dan dapat banggakan orang tua aku macamana adik beradik aku banggakan diorang, didunia dan diakhirat, Insha-Allah... :)

    Wassalam...

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum... saya selalu mengadu padaNya supaya diberi kekuatan meskipun selalu dipersalahkan... dibenci oleh mak abah sendiri... kadang fikir... kenapa malangnya nasib... tapi saya tetap doakan balasan syurga utk Mak&Abah.

    BalasPadam
  37. keadaan yg saya alami buat saya percaya wujudnya istilah pilih kasih... anak emas... anak kesayangan... dan 'black sheep in d family'

    BalasPadam
  38. saya nk tanya... adakah seorang anak itu dianggap derhaka jika dia hanya terangkan, ckp baik2 minta simpati drp mak sendiri... mak kandung... jika tidak salah sekalipun... si anak masih meminta maaf drp mak... tapi mak tidak ingin pon melihat si anak... malah disuruhnya balik... dikatakan suka menjawab... sedangkan si anak cuba terangkan... sememangnya anak itu sentiasa salah dimata mak & abah... walao apa yg dilakukan kenapa serba x kena... siapa yg nk kasihankn si anak... si anak hanya dianggap derhaka... semoga si anak dikasihani oleh PenciptaNya.

    BalasPadam
  39. Hati gembira blk mengundi blh blk jumpe dgn mak, abah & adik2... bkn sblm ni x nk blk... cuma nk keadaan reda... mak & abah x marah lg... dh bli dh bj raya utk mak... abah... nnt nk pilih2 dulu... aku berikn baju yg aku bli utk mak... mak ckp... x payah la bli apa2 utk mak ni... aku tahu x seberapa pemberian aku tu... aku senyap... aku ckp.... xper, mak tgk dulu... mak suka, mak ambk la... ibarat melukut ditepi gantang... mak x tgk pon aku... smpi td aku peluk salam mak, dia buat x wujud je aku... aku kah yg derhaka???

    BalasPadam
  40. Aku juga insan yang senasib....dihina...dibenci oleh ibu yang.melahirkan ku ke dunia ini tanpa ku.pinta....paling sedih sekarang...adik tiri ku juga tidak beetegur sape dengan ku kerana termakan hasutan...luka hati ini tuhan saje yang tahu bila diri dibenci oleh ibu kandung sendiri....air mata sering jatuh tanpa sebab...sesiapa yg masih ada ibu yg menyayangi diri anda....hargailah mereka

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum terima kasih atas perkongsian artikel ini. Baru saya tahu ada lagi orang lain yang menerima nasib yang sama san ada yang lebih teruk dari saya. Benarlah apa yang ibu bapa saya lakukan memberkas ke hati dan jiwa saya walau kini saya sudah berusia 27 tahun. Bukan niat mahu derhaka tapi apa yang mereka buat melampui batas hak sy sbg anak dr kecil ibu bapa sering ceritakan pd sedara mara dan kwn2 dia sy pelajar yang bodoh lemah pelajaran di sekolah .. sehingga sy diperli saudara mara sy ..tergamak seorang ibu bapa lakukan hal mcm tu .. sy bkn la seorg y nakal dan bermasaalah tp setiap kekurangan sy ibu bapa sy akan canang dg rmi org .. mereka tidak mendera sy secara fizikal tetapi emosi ..menyebabkan sy rendah diri .. tp dia x lakukan hal itu pd adik beradik lain.mereka sering mengherdik sy depan org rmi ..bila sy panggil mrk akan buat bodoh dg niat utk malukan .. paling sy x sangka dia cerita kekurangan dan aib sy pd kwn2 sy sampai sy diboikot di sekolah dan universiti.. kejam nya 😢 memang mereka beri cukup makan pakai dan segala keperluan kpd sy tp apa mereka lakukan jejaskn maruah dan prestasi sy ..bkn menyokonh dn mendidik malah menjatuhkan ..tuhan maha adil sy lah satu2 anak mereka berjaya menamatkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti awam alhamdulillah dan berjaya mendapat 3 tawaran menyambung pelajaran master jg di universiti awam tempatan. Saya jg telah mendapat pekerjaan sbg pembantu akauntan. Tetapi hasad ibu bapa tak henti sampai situ semasa sy di menyambung pengajian master part time sanggup mereka jmpe kwn2 sy dan cerita hal sy sehingga sy diboikot kwn2 sy dan pensyarah sy 😢.. sy berhenti beljr jg krn ibu bapa sy telah menghubungi majikan sy menceritakan sy anak y derhaka dan sbg nya menyebabkan sy diboikot dan majikan sy x membayar gaji sy seterus nya sy terpaksa berhenti belajar krn gaji sy 2 bln boss x byr 😢.. sy pulang ke rumah mak ayah sy sbg pengangggur dan menumpang hasil mak ayah sy .. punah masa depan sy kerjaya sy krn hasad mereka ..lebih teruk lah mereka cerita kan ttg hal sy pd saudara mara dan kwn2 mereka..sy diabkan lg dan dipulaukan lg .. malah sampai kini sy masih x kahwin 3 org pnh jmpe ibu bapa sy mengatakan hasrat utk halalkan sy .. sy igt lg ada seorg jejaka arab tampan mahu memperisterikan sy ..ayah x bg mereka dtg rumah dan semasa mereka dtg ayah dan maj ajak sy jln2 konon utk beli barang .. sy masih fikir sampai sekrang apa dosa sy pd mereka?kenapa terlalu hasad nya ibu bapa sy hingga berusaha menghancurkan harapan sy hingga master dan menghancurkan kerjaya sy? Knp ibu dan ayah tergamak aib dan fitnah sy pd saudara mara dan kwn2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib kita sama.. Sy adalah anak sulung.. Dan ape segala masalah y sy hadapi sy selesaikan sndri.. Dari kecik mak sy mendera mental dan emosi sy. Seawal umo 10 thn klau mak nk pgil msti dgn nada jerkahh.. Prnah kne tampar, kena tolak kepala, tarik rambut dan sebagainya.. Tpi.. Ayh x thu pun, sbb dia sebok krja, lgpun bila di beritahu ayh mcm mls nk dgr. Yg pelik, hnya sy seorg gigih bt itu ini sedangkan adik2 sy mereka x sruh.. Knapa msa sy baya2 mereka bole bt itu ini? Sy lembut orgnya.. Klau kne tengking skit air mata da mgalir. Klau kne mrah selalu tunduk xbrani nk lawan.. Smua kje rmh sy bt, bila da mkin dewasa masak tntukan adik2 ok ke tak smua sy bt.. Tpi, parents x pnh nmpk kebaikkan tu. Banding bandingkan sy dgn org laen adalah 1 favorite mereka. Klau balik kmpg criter hbis kburukan sy.. Sy pelik.. Mak ayh org laen puji memuji anak mereka tu melangit. Mak ayah sy jgn hrap.. Die gelakkn sy lg ade la.. Prnh buka aib sy depan spupu2 sdra mara, sy mmpu tnduk.. Yg laen gelakkan dan bahankan sy mcm sy ni bodoh sgt
      .. Sy malu la.. Umo sy skrg da 23. Still di malukan. Msa kecik dlu x, amek hti sgt. Skrg da besa makan hti byk dgn mreka.. X hbis2 carii salah, itu tak kne ini tak kena.. Buat slah, x, buat lg salah.. Smpai skrg sy mgalami kemurungan yg serious. Rasa rndah diri y melampau.. Msalah pribadi terlalu byk, hmpir setiap mlm menangis. Smpai kering air mata.. Mak ayh x prnh amek kesah pun.. Hnya tumpa pd adik2.. Kdg terase mcm org asing.. Mentang bole berdikari.. Smuanya urus sndri.. Seingat sy.. Mereka trlalu memaksa sy utk jdi perfect smpai mreka lupa yg sy tak bole ikut kehendak tekak mereka.. Bkn kah kita kena redha stiap ape y berlaku. Sy bkn anak y nakal buas.. Bukan! Sy cume dduk rmh, hbis kan masa remaja dlu di rumah kemas rmh urus rumah.. Tak ada masa nk cari bf, kelua berseronok mcm remaja laen.. Kje kne ikut time. Hbis kje kne balik trus xbole sggah mana2.. Klau lewat sikit kne soal siasat dlu, tnya mcm2.. Sy ni masih thu hukum hakam.. X gamak nk bnde jhat2. Sbb ayh mak ddik kita elok, bg pkai mkn smua.. Cuma 1 je mreka terlepas.. "Kasih sayang" mereka kurg.. Klau sy demam, tk pernah mreka tnya sakit ke.. Nk pgi klinik ke.. Tak.. Tk prnh merasa.. Pegang dahi time demam pun susah.. Nk buat bubur utk sy jauh sekali.. Bkn slalu demam.. Dan masa demam la nk tgok kasih syg tu.. Nk merasa.. Mmpi je.. Mereka kdg bt sy mcm amah.. Sruh itu ini smpai sy xd masa utk diri sy.. X, bole tgok senang sikit.. Pggil dgn nada tggi, sruh bt kje.. Sy x kisah tpi sy mkn hti.. Sbb adik2 x lalui ape sy lalui masa zmn knak2 hgga remaja.. Dan mak sy selalu cri pasal dgn sy.. Kdg skitkan hti sy smpai sy trpksa ckp itu ini utk lwan dia.. Dh lali kekdg.. Ayh pun slalu sokong ape mak ckp.. Bodoh, bangang, b*bi, tk pernah lekang kt mulut dia.. Kdg ckp pd sy bukan2 ..itu kn 1 doa utk sy. Bkn ke mak tu tmpt kita bermanja.. Berkasih syg.. Tpi x smua rasai ape y sy lalui.. Terlalu sukar nk hdap.. Mak sendri sggup perlekeh anak.. Klau rsa sy beban pd mereka, bkn ke mereka mmg ptut jga sy sbb sy ni pinjaman Allah pd mereka.. Xkn nk tggu sy xd bru nk mnyesal.. Tpi, sy hnya hidup utk puaskan hti mereka.. Hbistu, sy xd hati? Mcm tu? Smpaikan nk smbung belajar pun x bg. Kata ayah, adik2 nty nk guna duit utk belajar jgk.. Mcm sy pnya kputusan stakat cukup2 mkn ni xyh bljr pun xpa ayah kata bazir duit bg sy bljar.. Xpela sy sikit pun x terasa mmg sy pntingkan adik2..sy sggup kje dri umo 18.. Wlaupun kje biasa2.. Tpi tk smua org suka dgn klulusan sy. Bljar x tggi.. Rupe xd.. Smua xd.. Dan sy sukar utk bercinta kerana sifat rndah diri ni.. X, ykin.. Mak ayah pulak bkn jnis kaki support.. Susahh.. Hnya mmpu mkn hti, terasa hati, sakit hati dn sbgainya.. BERDOSAKAH AKU?

      Padam
    2. Ye, sgt ramai rupanya. I somehow stumbled into this blog and decided to respond since there's a very recent posting. I am almost 50, married for more than 20 years, have wonderfully bright children, very successful in my career, Alhamdulillah.. TETAPI my mom is still like that, character assassinating me all the time, bagitahu ramai org saya anak derhaka, halau cucu-cucunya & banyak lagi cerita yg tak dapat nak diperincikan. Saya lima beradik dan yg lain semua ada masalah psikologi, hingga dibuang kerja pun ada, juga bercerai berai, kehidupan mereka amat tak stabil. My mom pergi byk kuliah agama tetapi masih lagi mempamerkan character yg toxic. It's absurd & weird but after lot of reading & speaking to professionals, I know that she's mentally ill herself. Masalah utama dlm hal sebegini ialah society, sedara mara,jiran & rakan yg tidak menyokong. Mereka tidak faham trauma dimangsakan parents sendiri & org mcm kami tidak dpt pembelaan. Islam beri hak kpd setiap pihak biarkan dia seorang khadam. Jgn lah org lain pandai2 bagi hukum mengenai keberkatan hidup dsb. Assumptions, fitnah may wipe away your good deeds. Utk pemerhati, lebih baik doakan sahaja. You don't live our lives, so stop judging.

      Padam
  42. Ya Allah...rupanya ramainya manusia di muka bumi ini mengalami nasb yg sama. Semoga kita yg senasib ini tabah mghadapi ujian Allah

    BalasPadam
  43. Ibu dan bapa sy telah bercerai dan ibu sy mendapat hak penjagaan sy dan adik lelaki sy.. Namun jujur sy katakan, kehidupan membesar sy sangat menyedihkan dan x seindah org lain.. Sy sering dijadikan mangsa melepaskan geram/marah ibu sy apabila beliau stress.. Kkdg kesalahan sy hanya sekecil kuman, namun bagi ibu sy kesalahan sy sgtlah besar sehingga memukul/menampar sy yg msh kecil.. Sy tahu anak2 sepatutnya dididik bkn dgn cara begitu, tp itulah yg d didik ibu sy terhadap sy.. Kena cubit sehingga biru adalah perkara biasa yg berlaku terhadap sy yg ketika itu masih kecil.. Yg menyedihkan sy, setiap kali adik sy membuat kesalahan tidak pula ibu menghentam adik sy seperti ibu menghentam sy.. Ibu sy hanya menegur adik sy secara lembut, tidak seperti yg beliau lakukan kpd sy.. Usia 6 tahun sy dah pandai masak air, mengemas rumah dan sbgnya (sy anggap ini ilmu). Sy mesti dah masak air dan mengemas rumah sebelum ibu sy pulang kerja pukul 5, dan pernah suatu hari sy leka bermain d luar sbb biasalah kita kan kanak2 sehingga tidak masak air dan mengemas rumah, ibu sy pulang dalam keadaan yg sgt marah dan seperti biasa sy akan jd mangsa... �� sy menaip ini pun sy menangis.. Rumah bersepah atau apa2 shj mesti ibu sy akan salahkan sy dan apabila part adik sy, ibu x pernah marahkan atau jentik adik sy.. Pernah suatu hari, sy terdengar perbualan antara ibu sy dan kakak2 beliau.. Kakak2 ibu sy menasihatkan ibu sy jgn terlalu marahkan/memukul sy sbb sy masih kecil dan biasalah utk seusia sy memang nakal sikit.. Namun ibu sy menjawap, anak perempuan memang perlu dididik dibandingkan anak lelaki sbb anak lelaki bila dah besar pandai bawa diri berbanding anak perempuan.. �� Kata2 tersebut sehingga kini sy simpan jauh di dalam hati.. Ketika sy berusia 12 tahun, dan ada kem motivasi.. Sy tidak ada kasut yg sesuai utk digunakan, kasut yg lama tapak dah x bagus.. Sy meminta ibu sy membeli kasut baru sbb sy takut ketika kem motivasi tersebut tapak kasut sy terbuka.. Namun, beliau memarahi dan memukul sy kerana tidak pernah bersyukur mempunyai kasut utk kem motivasi.. beliau mencampakkan kasut sy tadi d luar rumah dan diambil oleh abang ipar ibu saya.. Abg ipar ibu sy memanggil sy ke rumah, dan dalam keadaan sy menangis beliau gam dan jahitkan kasut sy.. Sy rasa sgt terharu sbb d sebalik kesedihan sy ada insan yg menyayangi sy.. Pada tahun berikutnya, adik lelaki sy pula yg ikut kem motivasi.. Sy sgt sedih sebab ibu sy membeli kasur baru utk adik sy sebab kasut adik sy tapak dah haus.. Waktu itu sy rasa sangat2 sedih dan tahu bahawa sy bukanlah anak yg paling ibu sy syg..Sebenarnya, ini hanya sebahagian cerita.. Byk lagi perkara yg berlaku yg tidak dpt sy singkapkan disini.. Dan sy sering menangis dan bertanya kpd Allah knp sy ditakdirkan hidup sebegini.. Skg alhamdulilah sy dah berumur 25 tahun, ada kerja tetap, tinggal jauh dr keluarga dan dah berkahwin..Alhamdulilah, sy dpt suami dan keluarga mertua yg baik dan penuh kasih syg... Jika sy dikurniakan anak suatu hari kelak puan, sy akan didik anak sy dengan sebaik mungkin dgn penuh kasih syg dan sy tidak mahu anak sy merasa kesedihan seperti yg rasa masa membesar dahulu..

    Untuk makluman, adik sy tidak bekerja dan setiap hari meminta duit ibu sy.. Dan pada malam hari raya tahun lepas, Allah menunjukkan semuanya.. Adik sy ditahan pihak AADK kerana positif dadah (syabu)... Ibu sy menangis d hadapan sy dan mengatakan kenapa Allah memberi beliau dugaan berat.. Puan, baru sy tahu kifarah Allah itu ada.. Allah Maha Adil puan..

    BalasPadam
  44. Salam... ramai rupanya mengalami situasi mak pilih kasih terhdp anak, dari segenap peringkat umur. Saya yg umur 40an nak masuk 50 pun begitu. Dari kecil sehingga sekarang mak saya memang pilih kasih terhadap saya dgn adik dan abang saya. Walaupun antara 3 beradik, saya yg byk membantu dlm byk hal. Mak selalu akan melabel saya sbg berkira, kedekut, kuat melawan walaupun hakikatnya saya yg byk beralah, berdiam diri dan memendam perasaan. Sejak dari kecil byk perkara saya terpaksa beralah.

    Setelah sekian lama saya hidup di muka bumi ini dgn izin Allah, dan dgn umur yg hampir memasuki separuh abad, saya memujuk diri ini agar menerima segala yg terjadi ini adalah merupakan ujian dariNya jua. Mungkin utk meningkatkan iman kita, darjat kita dan sebagainya. Memang pahit utk diterima, tapi akan pasti kemanisannya dpt dirasa di kemudian hari, kalau bukan sekarang, mungkin di akhirat.

    Walau macam mana buruknya mak kita, dia masih tetap mak kita yg mempunyai parut hasil dari melahirkan kita. Kdg2 disebabkan sifat kita yg terlalu beralah, yg membuatkan mak kita membuat kita sebegitu rupa, kerana mak kita sahaja yg tahu anak dia yg mana yg boleh berlebih kurang. Dan selalunya anak ini yg rapat dgnnya. Maka, bila anak yg rapat ini yg buat silap atau melawan, mak akan lebih cepat terasa berbanding anak yg lain. Anak2 lain yg duduk berjauhan pulak, yg jarang2 memberi wang ringgit atau sesekali memberi hadiah istimewa, tentu sekali akan terserlah kebaikannya, kerana mak jarang dpt. Sekali dpt, terasa sgt besar pemberian tersebut. Manakala anak yg rapat tadi, yg dah selalu duduk sama , pemberian atau sumbangan harian dlm bentuk mkn minum dan lain2, nampak seperti semut sahaja.

    Tapi, percayalah dlm lubuk hati mak, dia sayang anak2nya. Anggaplah kesilapan mak adalah kerana kurangnya ilmu dan kerana dia juga manusia biasa. Memang susah nak memujuk hati sendiri, tapi jgn biar ia memakan diri. Memang tiada apa dpt membalas jasa ibu tp kdg2 kita kena bersuara dan tekankan ttg pengorbanan kita sbg anak. Cuma, cara nak sampaikan itu perlu berstrategi.

    Semoga sahabat2 sekalian sentiasa dilindungi Allah swt, diberi rahmatNya sentiasa dan dipermudahkan segala urusan...amin.

    BalasPadam
  45. Aku ni bukan anak yg baik. Adakalanya aku bertengkar juga dgn mak ayh aku sbb kdg2 mereka tak memahami aku. Aku ni bukan panas baran pon sbb bila dh bertahun asyik kene pressure siapa yg tahan kan. Ekspresi muka ayh aku pon aku dh tahu ayh tak suka dgn aku begitu juga dgn mak aku tp mak aku okey cume dia adakalanya dia tak suka aku dgn cara layanan dia. Mak aku pernah ckp kt aku "abg pergilah dari rumah ni, abg ade kt rumah ade je serba serbi tak kena" walhal aku tak buat apa pon cume selalu kena pressure too much sampaikan aku tak tahan then aku defense. Bende ni berkali2 berlaku semata2 nk mak ayah aku faham tp mak aku ckp apa aku defense tu punca serba serbi tak kena. Oh one more thing, ayh aku selalu rase diri dia bagus sampaikan segala pandangan dan lain2 dipandang rendah. Sampaikan ayh aku pernah ckp dia tak bodoh mcm aku. Then aku be like "what....". Everytime. He once said aku ni bodoh, bongok dan pukimak. Hmm aku fikir diorang tak suka aku pon tapi aku sygkan diorang. Sampaikan satu masa aku jemu. Org tak suka aku w/pun mak ayh sendiri so apa boleh buat. Aku fikir baik aku keluar dari rumah. Nak taknak aku ketepi perasaan aku. Sekurang2nya diorang aman tanpa aku. Soal hidup aku, inshaAllah aku yakin akan rezeki utk aku.

    BalasPadam
  46. salahkah saya menyuarakan hak sebagai anak? disebabkan wanita yang x da kaitan dgn hidup kami muncul dalam kehidupan bapa saya.. dan disebabkan saya memaki wanita tersebut yg sudah mempunyai suami dan anak tetapi tetap tergila-gilakan bapa saya..dan bapa saya dah macam x tahu hukum menjalinkan hubungan dengan isteri orang adalah salah..hanya disebabkan saya memaki wanita itu,bapa saya sanggup membuang saya dari kehidupannya semata-mata kekasih gelapnya itu..dan itu yang telah berlaku pada diri saya semalam yang telah dibuang oleh bapa kandung sendiri😭

    BalasPadam
  47. bila baca semua yg komen disini rasa sgt memahami . dan mmg sy sendiri dah buntu macam mana nak buat. sy hanya doa Allah je yg buka pintu hati semua mak bapak dan adik beradik semua utk berbaik semula. bapak yg selalu maki hamun dan buruk sangka. tak cukup itu, dihasut semua yg lain dgn fitnah sy. da nak dekat 2 tahun bergaduh. walaupun pagi raya balik, tetap dimaki hamun nya pagi raya. xmampu nak balik lagi sebab hati ni sedih sgt. andai abah call sekarang mintak aku balik, sekarang jugak aku balik. tp biarlah aku jaga hati ni. alhamdulillah suami baik walaupun kawin tanpa restu. tp suami la y banyak bagi semangat utk hidup happy

    BalasPadam
  48. apabila membaca semua respon di atas, sebenarnya kita tidak bersendirian dalam menghadapi masalah ini. Memang sedih apa yang terjadi tetapi kita semua kena percaya setiap yang berlaku tidak ada yang Allah beri sia2. Bersabarlah menghadapi ujian dunia. Hanya kita yang terlibat sahaja yang akan memahami kelukaan ini. Pedih dan sedih sehebat mana sekalipun, jangan sesekali kita berburuk sangka kepada takdir Allah. Jangan sampai kita rosak aqidah akibat kelukaan ini.

    BalasPadam
  49. Sy ank ketiga.ibu sy slalu lbihkn abg sy- skrg dah (arwah).skrg pula adk sy..sblm ini mcm2 sy lkukan sbgai tgjwb srg ank kpd ibunya..knflik brmula lpas sy tgur adk yg terlibat dgn najis dadah..lps tu mak trus mrah n pulaukn sy.dia backup adk shbisnya..slama ini sy ingat dia lyan sama rata.rypanya x begitu..depan sy ok.blkg sy Allahu..sy baru tahu.skrg mak,adk n family sy semua lenyek sy..xnk ckp..smpaikn xingat sgala pertolongan bakti sy dlu kpd mereka.sy ank isteri n 2 ank
    .mereka spt benci sy satu family.sy tgok mmg adk sy aktif dgn dadah tp mak nafikan..so..sy jd putus asa..segala bakti selama ini x dikenang ibu n family..hdup mcm ank buangan..berdosakah sy..buntu...tolong bg pendapat..info.sy lelaki umur 31...

    BalasPadam
  50. Ya Allah, ramainya yg alami masalah yg sama. Emak sy pun sama. Sy membesar dgn ucapan babi sial. Emak mmg suka pili kasih. Tp skrg, mak dh x mcm dulu, dia dh kena dementia, dan anak babi sial ini lah yg jaga dia. Alhamdulillah, mak dh byk berubah. Tp sy masih kekok. Perlu masa. Bersabarlah sahabat semua. Inshaallah, masanya akan tiba. Bykkan berzikir.. Allah ada

    BalasPadam
  51. Ramai rupanya senasib... Allah uji kita semua dengan nasib yang sama.. sumpahan keramat mulut ibu... hidup kau takkan senang... ok fine..

    Aku jugak tak pernah mintak kau lahirkan aku

    BalasPadam
  52. aku pun selalu dipersalahkan. masalahnye aku buat benda yg betul bukan benda yg salah pun.asyik asyik kakak,abang dan adik aku je betul.aku semua salah.aku dipersalahkan oleh ibu bapa aku.aku tk sukalah

    BalasPadam
  53. Bertabah la wahai hati...masa sekarang takkan dapt mengubah masa lalu.tapi masa lalu tetap dikenang hingga akhir hayat biar pun pahit harus ditelan...perasaan jauh hati dengan sikap org tua yg suka membeza-bezakan anak sejak kecil hingga la saya sendiri bergelar ibu terasa amat menyiksakan..dan tidak akan saya lakukan kepada anak-anak saya..aminn

    BalasPadam
  54. Selalu rasa berdosa bila mak buat perangai membenci dia. Sekarang cuba nak hidup sendiri tanpa rasa berdosa.....

    BalasPadam
  55. Sy juga senasib dengan kalian semua , tapi kini sejak mendirikan rumahtangga suami yg sentiasa mempositifkan diri sy & kehadiran anak2 sy menjadikan sy lebih kuat. Walaupun pada Hari Raya Aidifitri 2019 nie hati sy sgt2 sedih & pilu apabila trkenang kan segala memori pahit dari sy kanak2 hingga kini dengan keluarga sendiri. Allah sahaja yg Maha Mengetahui tentang isi hati sy , sekarang sy juga terasa sedikit tenang apabila tinggal berjauhan dari mereka. Usia di peringkat tadika lagi sy telah diajar MENIPU & ketika di peringkat sekolah rendah pula ditunjuk apa itu pergolakan keluarga serta makna KECURANGAN ! Mmg sy akui , kini kadang2 emosi sy akn tiba2 jadi tidak stabil. Apabila sy terasa perubahan diri , sy akn cpat2 peluk anak & meluangkan masa dgn suami. Utk melarikan emosi negatif yg membelenggu diri. Sy juga tiada tenpat mengadu @ kawan rapat yg tau sejarah kehidupan sy dgn family. Melainkan hanya suami sy dan adik perempuan sy shj yg mengetahui sejarah kecederaan tahap emosi sy. Mmg sgt2 sedih , semoga Allah gantikan dengan hikmah yg jauh lebih positif serta indah buat sy kelak. Hampir2 gila juga rasa nya ,

    BalasPadam
  56. kdg kita sebagai anak mmg ada yg x puas hati dengan orgtua bukan apa sebab perkara silam kisah silam dan apa yg di hadapi pada masa itu kita tak dpt melawan kerana kita sbgi anak bkn sapa2 tiada daya kekuatan,takut dan macam2 perasaan..peneman kita adalah diri sendiri,sedikit semangat kawan2,muzik yg sering mengiringi dan secebis keimanan pada tuhan..tapi allah tahu apa kita buat..apa kita doa..apa kita minta dan allah lah segalanya..bukan manusia yg tentukan..biar pun sy jauh dri orgtua..tetap doakan mereka..sy percaya Allah sebaik baik pendengar dilema sy hadapi ni sampai sekarang..sy tak meminta utk memahami atau simpati tapi hanya utk berkongsi kesedihan hidup yg tidak pernah sudah smpi stress..

    BalasPadam
  57. Selama hidup hampir 36 tahun, siapa pun emak saya, saya tetap menangkan dia, walau apa pun orang kata, saya tetap simpati dengan dia, saya sayang dia apa2 pun dia. Allah nak duga hati saya, tak tau la mcmana 1 hari berlaku perselishan faham, dari situ mcm2 cerita saya dengar pasal emak, emak kerap memburuk2 kan saya. fitnah sana sini. Pekara ni terjadi atau terbuka apabila byk pekara emak buat tapi saya dipalitkan tapi dengan cerita yg direka2. saya tahu, saya bukan ank yg baik tapi saya berusaha jadi yg terbaik. saya juga mempuyai komitmen sebagai ibu, isteri, majikan, pekerja, menantu jadi sometime saya tak bole nak tumpukan semuanya dekat emak. saya usaha utk bertanggungjawab atas semua. saya jadi sedih, kecewa dan keliru apa yg perlu saya lakukan. kebetulan saya perlu serasikan diri dengan kehidupan baru, dengan komitmen suami saya dengan tugasan baru dia.

    BalasPadam
  58. Sedihnya bila baca kisah ni.saya pun mengalami nasib sama

    BalasPadam
  59. Aq anak kedua. Mcm apa gi.. Serba serbi xkena kat mata ibu. Baik aq xpernah nampak.. Buruk aq ja slalu nmpak. Hat sulong n bongsu tu nampak sngttt laa baik walaupun hduh buruk nampak depan mata dya. Eishh pilih kasih tula.. Adik aq ny mcm brengset skit la. .bukan sikit. Banyak brengset dya hahah!! Aq ny syg kt adk aq tpi mak aq nmpak aq xsyg.. Aq jaga adk aq.. Tegur adk aq bt salah, cara aq memang tegas n yes.. Aq la kakak sulong sbnarnya bukan kedua.. Kak sulong aq macm bingai ja. Xpenah amik tau hal kami .. Lantak la nk mampos ka apa dya xpeduli.. Dya pikir diri dya ja.. Tpi aq x! Aq memang Xbleyh kalau depa bt salah aq tegur.. Yg paling aq sakit hati bila aq tegur depa terutama hat bongsu brengset ny. Mak aq slalu marah aq balik padahal untuk kebaikan adk aq jgak tu aq tegur. Eiii aq ny bukan penyabar orangnya.. Harap ada owg paham apa yg aq cuba sampai ny. Hdup aq ny mcm xdak kasih syg. Ibu aq sakit aq jaga.. Depa?? Depa xperduli pun ibu aq ny. Mak aq xkata pa pun kt depa. Mai tang aq ny smua xkena. Mcm2 xkena.. Kadang2 aq ny maki habis dlam hati mak aq **** ny la ap la. Ha tudiaaa wtf! Aq dh mcm xkenai dosa la kata. Aq lawan pertahan hak aq.. Bila aq cakap sikit ja dya teriak.. Saja habis air mata nk bgi aq masuk neraka. Meluat la plak. Adik aq jgn kata laa.. Syok tengok kami kelahi sebab dya tu. Memang bregsek. Aq ny nk kata jahat2 xbopa jahat.. Tpi aq ad perasaan. Aq rasa besalah tertinggi sora kt mak aq tpi apakandaya. . Geram kan?? Tpi xla maki berjabu.. Tertinggi sora ja. Abah aq malas nk ceta la perangai. Ajahahaa.. Dosakah aq?? Hahaha pangkat ibu.. Anak ny apa ja kn

    BalasPadam
  60. Airmata ni dah lama kering.. Hati ni dah lama hancur..
    Hanya kerana budi dan syg.. Aku masih berdiri disini.. Membenarkn diri ni dihina. Dicaci. Diherdik.. Aku adalah tempt melepaskn marah.. Melepaskn hinaan.. Gaji aku biase biase saja.. Tiap buln rm500 aku beri pd mama.. Sikit pun tak pernh berkire.. Tp sehari tuh la dia layan aku baik.. Kerana trima 500 .. Esok dan hari brikutnya.. Aku lah anak tak berguna tuh... Takpe.. Aku senyum.. Sbb hati aku dh lama hncur.. Aku anak angkt yg dibesarkn dari umur sehari sehingga skrg.. Dan aku msih bertahan dengan cacian makian.. Sbb dirumah ini.. Aku tetap org asing yg bila2 sje mereka boleh buang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita senasib disebabkan masih sayang. Aku teguh disini menerima segala hinaan Dan kebencian yg semakin bercambah. Kalau diturutkan Hari dah lama aku berundur diri. Tak tahan rasanya jadi anak buangan dibenci keluarga sendiri.

      Padam
  61. Assalamualaikum aku pernah post Kat sini tentang mak yg lebihkan abg Dan aku disisihkan. Semakin Hari tiada perubahan malahan semakin teruk, semenjak abg kawin Dan mak dapat menantu perempuan aku ni dah Tak dipandang langsung. Mak selalu marajuk dengan aku, bila mak merajuk adik beradik yg lain Akan marah kat aku Dan aku semakin dibenci dah dihina. Aku ni smpai dah Tak boleh nak bercakap dgan maknkalaus salah ckap mak merajuk Dan aku Akan jdi punca segalanya. Aku Tak tahu kenapa aku dilayan Macam tu smpai Kan nak bercakap pun setiap kata2 aku dibenci. Benci sangat dorang Kat aku, disebabkan masih sayang aku tetap disini, kalau diikut Kan rasa kecewa, sedih aku, aku dah lama pergi dari sni. Dan aku rasa dah Tiba masa utk aku pergi doakan aku. kalau pemergian aku mengembirakan keluarga aku, aku rela berundur diri. Terima kasih sebab buat semua benci angah, terima kasih utk segalanya.

    BalasPadam
  62. Angah, jangan cepat berputus asa dengan apa yang berlaku. Bukan angah sahaja yang mengalami nasib seperti ini....ramai lagi. Cuba baca ulasan2 daripada mereka yang mengalami nasib yang sama. Kita tidak bersendirian sebenarnya. Percayalah Allah akan mengadili apa sahaja yang berlaku. Jangan ambil jalan mudah untuk kita lari daripada semua keadaan yang menyedihkan ini.

    BalasPadam
  63. Nasib korang sama ngan nasib saya
    Saya ada ayah yg sangat pemalas nak cari nafkah kat ank ngn bini... Mak saya yang bekerja keras.. Mak ngn ayh saya ni kedua x dapt kasih sayang daripada mak ayah mereka
    Di sebelah ayah keluarga becerai
    Di sebelah mak ibunya meninggal kerana kanser payudara
    Mak saya ketika itu umur 7 tahun
    Diorang hanya tumpang kasih dengan arwah nenek dan atuk
    Bila diorang dh berkahwin
    Ayah saya memang panas baran
    Benda apa yg x kena... Semua saya yg jadi mangsa kena pukul... Pnah saya nk makan kerana terlalu lapar
    Trus ayah datang pukul dan pijak kepala kt tanah
    Mak saya sikit pun x ambik tahu rasa sakit saya...
    Saya luahkan perasaan sedih saya kt Abg saja
    Dia faham apa yang saya lalui
    Sekarang saya dh bekerja... X pernah pun saya nk berkira hulur duit gaji kt mak... Itupun dia cakap saya memboros... Mak dan ayah saya selalu pandang rendah kt saya
    Suka bandingkan saya dengan Abg dn kakak
    Diorang pandai belajar... Tpi saya memang kurang pandai dlm bab belajar
    Kadang saya baru balik kerja... Sikit pun diorang x hirau penat saya
    Semua nk suruh saya buat kerja dalam rumah
    Sedang Abg ngn kakak boleh je bermain telefon..
    Saya dalam perancangan nk berenti kerja
    Mak saya cakap... Kalau kau pergi kerja jauh kau jgn balik dh ke rumah aku,
    Memang saya rasa sangat down bila mak cakap mcm tu... Saya pilih untuk pergi dari rumah supaya mak dan ayah tahu apa erti jasa saya kt mereka. Saya dh penat nk hadap perangai mereka yg suka kongkong hidup saya.ayah saya cakap saya anak yg bodoh,gemuk ngn buruk. Saya sangat terasa apa yg dicakap oleh dya kerana apa yang keluar dari mulut mereka itu adalah doa. Saya jenis suka pendam masalah dan brsikap dendam dengan ayah saya. Saya x suka bergaul ngn org. Saya suka duduk sendiri dan menangis sorang2
    Pernah rasa nk bunuh diri tapi saya x buat sbb saya org islam
    Saya selalu bertanya kepada allah dan diri sendiri
    Kenapa saya boleh wujud dalam keluarga begini dan kenapa saya selalu dibenci oleh ayah dan mak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak percaya tak yg sy sgt faham apa yg awak rasa. Apa yg awak ceritakan ni, sama je dgn apa yg berlaku pada rakan2 yg respon di blog sy cuma jalan ceritanya saja berbeza. Sy harap sgt awak percaya dan yakin bahawa apa saja yg terjadi atas keizinan Allah dan DIA bukan saja2 mengizinkan apa yg berlaku ini kpd kita jauh sekali hendak menzalimi kita. Berbaik sangka pada Allah kerana DIA lebih tahu kemampuan hambaNya. Bila kita berbaik sangka, maka dgn sendiri kita redha dgn ketentuanNya. Percayalah, bila kita sampai tahap redha, disitu kita akan menikmati kemanisannya. Sy telahpun merasainya bila sy semakin tua.

      Padam
  64. Senasib kita semua..nmun jganla kita memperlakukan ank2 kita sedemikian juga..kalau x apa beza kita dgn ibu kita..sygi mereka ubt paling mujarab utk sembuhkn hti yg luka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ..saya sangat setuju. Kuasa doa sgt hebat.....sabar dan redha ubat yg sgt mujarab di akhir cerita

      Padam
  65. Senasib kita semua..nmun jganla kita memperlakukan ank2 kita sedemikian juga..kalau x apa beza kita dgn ibu kita..sygi mereka ubt paling mujarab utk sembuhkn hti yg luka.

    BalasPadam
  66. Senasib kita semua..nmun jganla kita memperlakukan ank2 kita sedemikian juga..kalau x apa beza kita dgn ibu kita..sygi mereka ubt paling mujarab utk sembuhkn hti yg luka.

    BalasPadam
  67. Saya selalu dimarahi oleh mak, walau apa pon yg saya buat saya pasti dijadikan punca.abah saya meninggal tahun 2016, sejak dari situ saya nekad berhenti kerja di Kl dan pulang ke kampung di perak sebab nak temankan mak.sekali pun mak tak pernah cakap terima kasih kalu saya bawak jln2, blnja itu ini,jahitkan sarung sofa,bntal smpai kerja bisnes online saya terganggu..penat sampai sakit2 bdn..upah penat pon dia xpernah nak hulur..bukan saya berkira ,tapi dia tak pernah menghargai.selalu di menangkan adik beradik saya yg lain yg kerja di kl.saya tggl sebumbung di rumah mak, tapi mak selalu masam muka, makan tak pernah ajak, nmpk sgt dia benci saya.kalau naik kereta dia xpernah duduk di depan sekali saya..saya rasa mcm driver je.kalau adik beradik lain bawak kereta, dia nak je duduk depan.baru2 ni saya ada menuntut hak hsil sawit peninggalan arwah abah saya yg dibahagi sama rata.terbeliak biji mata mak saya marahkan saya dengan mengatakan bahawa hanya dia seorang yg layak makan hasil tersebut.mak saya org yg senang,ada rumah banglo, duit simpanan terlalu byk tapi tak tahu la kenapa dia sangat kedekut bila saya minta bahagian saya.cuma 1/6 bahagian.tak sampai suku pun..adik beradik saya semua menunding jari kepada saya seolah2 saya tamakkan harta dan diorg mula menuduh arwah abah saya tak tenang di alam barzakh disebab saya.mak saya berat sebelah.dia sgt sygkan abg kedua saya,bila abg saya nk pinjam duit dia terus bank in..siap ckp tak payah bayar balik..sampai beribu2..tapi bila saya minta hak saya cuma 2,3 ratus sebulan dia sumpah saya mcm2..dia haramkan saya jejak kaki kerumah tu lagi..nasib baik saya ada suami yg baik dan selalu sokong saya.saya ada seorang anak dan saya berjanji tak akan berlaku kejam pada anak saya sehingga habis nafas saya.saya yang bnyak berkorban dimaki hamun, tapi adik beradik yg lepas tangan di KL seronok jadi btu api pulak menghasut mak membenci saya.mak saya jenis xpandai bincang, apa yg dia tahu maki saya saja..dia kata sia2 saya solat, neraka la tempat saya..saya sedikit pon x melawan dan meninggi suara, sampai begitu dia labelkan saya.kuasa duit...

    BalasPadam
  68. Sedih baca kisah yg senasib dgn kita... Saya pun alami nasib yg sama. Daripada lahir, kecik tak rasa kasih syg belaan manja seorang ibu. Mungkin ibu besarkan saya, tapi macam dalam keadaan terpaksa. Dari kecil apa sy buat, semua tak kena pada matanya,hari2 kena marah dan diherdik walaupun benda kecil. Sy selalu perhati cara ibu layan beradik sy yg lain, penuh kasih syg, memang betul2 buat sy jeles, sgt berbeza dgn cara layan an yg sy dapat. Sy tak pernah boleh bermanja atau mengadu apa2, sebab sy yg akan kena marah dah dipersalahkan balik, dan dikatakan sy mengada2. Sy tak pernah melawan bila dimarah, sy tunduk diam sampai rasa takut nak tatap wajab ibu sendiri, seolah2 macam nampak singa setiap hari. setiap malam dari sy kecil, sy me nangis sendirian mengenang nasib dan sering bertanya dgn diri sendiri, sebenarnya sy ni anak ibu ke bukan? situasi dan hubungan sy dgn ibu betul2 menguji emosi sy.

    tapi Alhamdulillah dalam bab pelajaran, sy selalu nk buat yg terbaik dgn harapan ibu akan pandang sy. tapi bila ada kejayaan, ibu tak pernah puji sy atau nak raikan atau bagi hadiah pada sy macam yg adik beradik sy dapat. sy sedih dan pendam prasaan sendiri.

    sampai lah satu hari, ketika umur sy 20an,ibu sy terlepas cakap dan bercerita tentang kisah asal usul nama sy. ibu sy pernah bercerita yg nama sy diberi oleh bapa sy tanpa berbincang dgn ibu, yg nama sy diberi sempena nama bekas kekasih bapa sy yg lain.sy betul2 terkejut. masa tu ibu sy cerita dia tak boleh terima dan tak boleh tengok muka sy langsung masa sy kecik.tapi skrg dah okay, kata ibu masa bercerita tu. terjawab la persoalan sy kenapa selama ni ibu seolah2 benci kan sy dan tak boleh tengok muka sy, rupanya ada kisah silam yg perit utk ibu hadapi. sy tak berdosa atas kisah silam ibu bapa sy dulu, tapi sy redha jika itu lah asbab yg buat ibu benci kan sy. tapi malangnya, sekejap saje ibu berbaik dgn sy. tu pun atas dasar sy banyak tolong ibu cari duit dan jaga adik2 yg masih kecil.

    bila dah berkahwin, suami sy pula kena tempias juga. ibu kurang senang dgn suami sy. sampai suami sy pelik dgn keadaan keluarga sy yg macam berpecah belah dan saling mendengki. sy malu sebenarnya dgn family mertua. sy redha nasib yg sy alami masa kecil berulang Kembali. dgn hasutan adik beradik yg benci kan sy, ibu jadi termakan kata2 fitnah dan Kembali benci kan sy. semua sy buat tak kena pada katanya, jika sy terang kan keadaan sebenar, ibu selalu akan kata St menjawab atau melawan, sy dilabel sbg anak kurang ajar. sy sgt sedih. sampai skrg, sy dah ada sorang anak, anak lah yg jadi penguat sy untuk teruskan hidup dan sy berazam sy tak kan ulang perbuatan ibu sy pada anak dan sy tak kan sesekali biar anak sy rasa tak disayangi macam yg sy alami.

    doa sy hari2 semoga ibu berubah 1 hari nanti. sy sentiasa syg ibu walaupun hati ni sgt perit dan berjanji dgn diri sendiri sy akan hadir bila tiba masanya ibu perlu kan sy.

    sekadar berkongsi luahan rasa... semoga kita semua tambah harungi dugaan hidup lagi2 dugaan berkeluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau la kita dapat berjumpa, ada byk perkara yg sy dapat kongsikan bersama. Cerita kita sama, tp di perhujung usia, sy nampak kebesaran Allah dan kasih sayangNya pada hambaNya. Percaya lah

      Padam
  69. Sy anak sulung. Lepas arwah ummi sy mninggal, sy tinggal dngan abah. Abah sy tak prnah hargai walau apa saja yg sy lakukan apatah lagi memuji sy. Sy tak tahu di mana silapnya sy. Adakah sebab sy bukan anak kandungnya? Sy sedih sngat. Adik2 slalu dipuji2 oleh abah dan sy kadang2 diburuk burukan. Ini mnyebabkan adik2 hilang hormat trhadap sy. Sy sedih dan kecewa skali. Sy inginkan kluarga yg mnyayangi sy. Perngai beliau smakin mnjadi bila anak kandungnya pulang dri ipt beliau slalu memuji dan cakap baik2. Sy jugak belajar di ipt dan mngambil course engineering tp beliau lngsung tk oernah puji dan gembira dngn kehadiran sy. Sy berasa sngat cemburu dngan keadaan ini. Jika diberikan pilihan, sy nak sngat kluarga yg sygkan sy, hargai sy, mngalu2kan kehadiran sy alangkah indahnya klu tu boleh berlaku. Sy pun berhak disayangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indah sebenarnya kehidupan ini. Sebesar mana sekalipun dugaan, Allah akan gantikan sesuatu yang indah suatu hari nanti. Bersabarlah semua yg senasib dengan saya

      Padam
  70. sya rasa masalah saya lagi teruk.kecik kecik mak saya dah buang saya jual saya kat orang lain.banyk dugaan saya hadapi dari kecik sampai skrg umur 16 tahun.banyak benda saya pendam sendiri cerita kat org lain pun tkboleh faham.sya sedih,saya rindu mak ayah saya.orang lain nampak sye kuat tkpernh nampak sye sedih ii.tapi jauh di lubuk hati saya,saya pendam.kadang ii sampai satu masa rasa benci ego semuala.before masuk sekolah baru saya ade chat n family saya.tapi dtg masalah lain.saya mintk duit belanja sikit sikit tpi deorg takbagi siap maki maki lagi.tapi yg paling sedih ayah saya ckp saya bukan anak die cuma berbinti kan dia ja.yaa allah hancurnya hati masatuh.allah je tahu.sampai sekarang saya masih mencari ayah saya.saya nak dia saya rindu kasih sayang seorang ayah.sesiapa orang negeri sembilan yang kenal nama hamzi boleh pm saya di ws:0172179719 - amaniena

    BalasPadam
  71. Hidup ini sebenarnya memang sangat unik. Tapi percayalah bila adik dewasa nanti, adik akan berterima kasih dengan Allah kerana memberi adik ujian seperti ini. Adik akan menjadi orang yang sangat matang dalam menguruskan kehidupan. Malah adik akan jauh lebih berjaya daripada orang-orang sekeliling adik yang tidak ada pengalaman seperti ini. Jangan bersedih, sebab apa yang adik alami ini, Allah tidak beri saja2....semuanya bersebab

    BalasPadam
  72. Saya faham agama tapi walaupun mereka keluarga saya akan abaikan 'toxic people'. Tak bernilai untuk difikirkan sangat.

    BalasPadam
  73. Derhaka kah aku? sy berusia lewat 20an. anak no 2 dari 3 beradik. ibu sy tlh meninggal dunia sejak 5 thn yg lps. hubungan sy dgn ibu rapat. ibu seorang yg tenang dan adil dengan semua. kalau ada konflik antara sy dan adik beradik yg lain ibu tidak menyebelahi mana-mana. ibu pun akan berhati-hati menasihati supaya tiada mana2 pihak akan terasa. tapi selepas ibu meninggal, keadaan berubah. bapa sy tlh berkahwin lain. hubungan kami semua ok. cuma sy ada masalah dgn adik sy. sejak
    dari kecil die suka mengadu domba dan memburukkan adik beradik lain hanya utk mendapatkan perhatian dan menutup keburukan dia. kami semua telah berkahwin. die pun sudah berkahwin dgn lelaki yang berpendapatan tinggi ( instafamous). tetapi dia selalu ada konflik dgn suami kerana dia agak boros. dia mmg susah nak menghulur duit bulanan dan membantu membayar komitmen / bil bulanan di kampung. tetapi dia selalu menunjuk2 di media sosial handbag2 branded yg dibeli di butik2 luar dan dlm negara. sy bekerja biasa2 tetapi sy lah yg mengambil semua tanggungjawab tanpa merungut walaupun kdg2 hati terkilan sebab melihat kehidupan mewah adik beradik yg lain, tetapi kehidupan sy biasa saja kerana menanggung komitmen yg tinggi. apa2 kesusahan bapa sy, sy akan cepat hulur bantuan duit dan tenaga. termasuk ibu tiri sy pun sy lyn mcm ibu kandung. bapa pun akn refer dgn sy sekiranya dia ada masalah kewangan atau apa2 kesusahan. tapi sygnya, segala apa yg sy buat, xde siapa hargai. sy akan dicari kalau sesiapa ingin bantuan. waktu lain, sy akan diburuk buruk kan. ape yg sy lebih terkilan, sy ada konflik dgn adik sy kerana sy mengingatkan die psl tanggungjawab. sebagai abg yg lebih tua, tanggungjawah sy untuk mengingatkan sementara bapa masih ada. walaupun ibu dah tiada, ibu tiri pun perlu di lyn mcm ibu kandung. tapi sejak hari itu, dia memusuhi sy walaupun sy menggunakan ayat yg berlapik tanpa meninggi suara ketika menasihati dia. malah sy diburuk2 dan difitnah mcm2. dihina nya saya xberduit dan memfitnah sy meminjam duit dia. sedangkan sy laj yg selalu menghulur duit dan bantuan setiap kali die berkonflik dgn suami. sy terkilan, sejak hari itu, hubungan sy dgn bapa jadi dingin. lama kelamaan lsg bapa tidak menegur sy. message nya untuk forward bil bulanan yg perlu sy byr ( sy seorang yg membayar semua bil & komitmen di kg). kdg2 bila berjumpa, bapa lsg tidak memandang muka sy. bapa betul2 berdendam dgn sy. hati ni terkilan, sbb sy selalu memperjuangkan tanggungjawab anak pd ibu bapa. tapi bapa sy lbh mendengar fitnah adik sy. sedangkan sepatutnya bapa lah org yg lbh kenal sy. sy sentiasa utamakan keluarga, sy selalu menghulurkan duit, tenaga n masa untuk siapa2 ahli keluarga sy yg susah. kdg2 isteri sy pun kecil hati kerana utamakan kelyarga berbanding dia. berbanding adik beradik lain, menghulur duit susah, apatah menghulur tenaga. bukan hendak mengungkit, tapi apalah dosa sy. sekarang keluarga semua membuang sy kerana hasutan adik. sudah hampir setahun sy membawa diri. sy dah lama xblk kg dan tiada siapa bertanya khabar sy. sy cuma mampu menghulur duit dan membayar bil bapa dari jauh. kdg2 jatuh air mata lelaki sy mengenang nasib. sy selalu berfikir.. derhakah aku?

    BalasPadam