Selasa, 1 November 2011

Sudah Begitu Kehendak Tuhan


Sedih kehilangan murid pd bulan lepas belum lagi reda....sy kehilangan pula seorang lagi murid 3 KRK pada 30 Oktober baru-baru ni. Memandangkan sy guru tingkatannya, mestilah kehilangannya  benar2  membuat sy terasa. Rasa hendak runtuh bumi Allah ini apabila mendengar perkhabaran mengatakan Khairul Afiq meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sebu dan sebak dada sy kerana dalam masa tidak smpai sebulan, sekolah kehilangan seorang lagi murid yg sangat pintar dan mempunyai sahsiah yg sangat terpuji. Lebih menyedihkan adik bongsunya juga meninggal,seorang adiknya dikatakan koma dan seorang lagi patah kaki. Hingga ke saat ini, ibunya jg masih tidak sedar diri sepenuhnya.

Baru  minggu lepas sy membawa murid2 3 KRK dan 3 KAA pergi ke Zoo Negara dan Times Square. Tidak banyak dapat bercakap dengan Afiq kerana dia memang seorang murid yg pendiam. Cuma sempat menasihatinya agar tidak terlibat dgn dunia percintaan sepanjang dia bergelar murid sekolah. Maklumlah, murid2 yg pandai adakalanya pun boleh kecundang dek penangan cinta pra-matang. Afiq hanya minta sy mendoanya agar dia teguh dengan pendiriannya selama ini. 

Apa yg harus sy katakan tatkala Allah mengambil nyawa sesiapa sj yg DIA mahukan. Mahu atau tidak, kita semua kena akur dgn ketentuan dan janji Allah. Apa hak kita untuk mempertikaikan semua ini. Walau sesayang mana sekalipun kita kepada dia, hakikat sebenarnya, kita semua adalah milik Allah. Baris terakhir surah Yassin, jelas menyatakan, ......Maha suci Allah yang semuanya dalam kekuasaanNya dan kepadaNya kita semua akan pulang kepadaNya jua...

Tidak tahu kenapa....aura Khairul Afiq begitu dekat dgn sy. Apalah rahsia Allah di sebalik kejadian ini? Manusia sebaik2 dia, boleh pergi buat selama-lamanya dalam usia yg sgt muda. Dia benar2 contoh anak yg baik, dan murid yang cemerlang dlm setiap aspek.

Walau bagaimanapun, sy yakin Arwah berada di tempat yang selayaknya buat dia. Apalah dosa yg sempat dilakukannya dalam usia 15 tahun dia menumpang di bumi Allah ini. Apatah lagi adiknya yang baru berusia 2 tahun. Cuma sebagai manusia yg serba serbi lemah, sy masih kurang mampu menghilangkan rasa sedih yg teramat sangat di hati ini.  Terlalu sekejap rasanya sy mengenali manusia yg bernama Khairul Afiq ini....belum sempat sy ingin membina keyakinan dirinya yg sebelum ini dia memang menunjukkan sikap tidak yakin pada diri. Baru sahaja rasanya sy melibatkan arwah dlm drama sempena program perasmian dan penutupan bulan patriotik. Itupun setelah puas sy memujuknya. Mungkin kerana  seronok, dia berjanji akan turut serta jika drama seumpama ini di adakan pada tahun akan datang. 

Apapun, sy yakin...kesedihan ini akan lenyap juga di telan masa dan waktu. Buat Arwah Khairul Afiq dan adiknya, sy berdoa agar Allah meletaknya kalian bersama2 orang yg beriman. Buat ibu serta adik2 arwah yg masih berada di hospital, cepat sembuh seperti sedia kala. Buat keluarga arwah, semoga tabah menghadapi ujian berat ini. Sesungguhnya setiap kejadian itu, adalah yg terbaik walaupun kita tidak tahu apakah rahsia di sebaliknya.....al-Fathihah...
Kenangan terakhir sy bersama Arwah Khairul Afiq di Zoo Negara


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan