Rabu, 16 November 2011

Kehilangan............

Hari ini sy berpeluang menziarahi ibu murid yang meninggal di Jaya Setia. Ya...ibu kepada Allahyarhamah Nabila Aisyah dari tingkatan 4 Sains 1. Terpandang saja wajah ibunya, tercuit seketika hati sy kerana wajahnya ada banyak persamaan dengan arwah. Yalah, apa yang nak dihairankan, dah mereka anak beranak.

Tujuan sy ke sana, hanya untuk menyampaikan wang sumbangan drp guru2 di SMKRMM. Kehadiran sy dgn Kak Min (rakan sy), amatlah menggembirakan hatinya yang memang terlalu sepi dan kosong sejak kehilangan arwah. Sempat juga kami berbual seketika. Dan perbualan kami, tentu tidak lari drp topik 'kehilangan'.
Butir2 yang lahir drp mulutnya, jelas dia masih bersedih walaupun kejadian itu telahpun 41 hari berlalu. Sy lebih byk mendengar daripada bercakap. Lebih baik memberi ruang dan peluang untuk dia meluahkan apa yang terpendam. Sy tahu dia sangat sedih tapi dlm masa yg sama, dia juga berusaha mengumpul segala kekuatan dalaman yg ada untuk melawan rasa sedih itu. 

Tidak ada yg tidak baik yg lahir drp mulutnya melainkan yg baik belaka tentang sikap anak gadisnya itu. Sedih  hati sy apabila dia dengan telus dan tulusnya memberitahu daripada Arwah Nabila lah dia boleh mengaji dan menghafal beberapa doa. Alhamdulillah....sesungguhnya memang arwah anak yg baik dan solehah.

Tidak lekang drp bibirnya menyebut nama arwah yg memang diakui olehnya sendiri memang anak yg baik. Tapi, apa kan daya....takdir Allah tiada siapa yg dpt menghalangnya. Sy menyaksikannya melalui mata hati  akan kekosongan jiwa yg dialami oleh wanita ini. Ingin sj sy memeluknya erat2 sebagai tanda sy sangat memahami. Sekurang2nya, sy dapat meredakan kesedihan hatinya tp dlm masa yg sama sy terfkir juga, cara sy akan menambahkan luka dihatinya. Memandangkan sy terpaksa mengejar masa, pertemuan sy dengannya tidak panjang. Sy harus beredar segera kerana ada urusan yg patut diselesaikan.

Sy meninggalkan ibu arwah dlm keadaan yg sangat sayu. Terdetik jauh di sudut hati sy, ' Adakah Allah akan menguji hambaNya dengan mengambil sesuatu yang sangat kita sayangi?'Bersediakah sy ketika itu? Allah hu Akbar"........  Seketika itu juga sy memanjatkan doa " Ya Allah, ujilah aku dengan ujian2 yang mampu aku tanggung. Aku tahu, semuanya Hak Mutlak Engkau, ya Allah tapi aku mohon padaMu, kerana Engkau yang Maha mengetahui akan hambaMu ini"

p/s: Manfaatkanlah waktu bersama2 orang yg kita sayangi supaya kita tidak menyesal akan kehilangannya.....entah bila....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan