Selasa, 23 Ogos 2011

Rindu.......

Rindu....
Tatkala syawal menjelang tiba, kedengaran suara2 rintihan yang menggambarkan rasa rindu pada orang yg disayangi dan kini sudah tiada lagi. Sy hanya mendengar dan menumpang rasa kesedihan kawan2 yg kehilangan orang2 yg disayangi itu. Tiada siapa yg dapat membantu tatkala rasa rindu dgn orang2 yg disayangi itu wujud dalam hati kerana orang yg disayangi itu telah kembali menemui Allah swt, lebih2 lagi  ketika umat Islam menyambut kedatangan Syawal yg tidak beberapa lama lagi.  Yang hidup, pasti akan mati. Jadi, tiada siapa yg dapat membantu mengembalikan orang2 yg terdahulu pergi menemui Ilahi. Yang boleh kita lakukan, hanya berdoa untuk orang2 yg disayangi agar rohnya dicucuri rahmat.

Bila mendengar butir bicara kawan2 sy yg kehilangan ibu,bapa, suami, isteri mahupun anak2, hati sy bagai disentap kerana turut merasai kesedihan itu. Kesudahan cerita drp kawan2 yg mengimbau semula kenangan bsama orang2 yg tersayang yg telah pergi, akan disudahi dengan deraian air mata sbg tanda  rindu yg amat sgt menguasai diri. Dan....saya dan mereka akur,  yang pergi tak kan kembali lagi.

Terdetik di hati sy, mengapalah orang2 di luar sana tidak mahu menghargai orang2 yg berada di sekeliling mereka. Ramai antara kita terleka untuk menghargai org2 yg banyak berjasa kepada kita. Kita tidak menghiraukan kehadiran org2 yg tersayang ketika mereka masih ada dan apabila orang2 yg disayangi telah tiada, barulah kita akan merasai kehadirannya sebelum ini.

Menjelang ketibaan Aidil Fitri ini, pulanglah menemui kedua ibu bapa dan orang2 yg disayangi selagi mereka masih ada. Ambillah kesempatan yg ada selagi mereka masih bernyawa. Tiada siapa yg boleh meredakan kerinduan yg melanda terhadap orang2 yg telah tiada.

Saya?????
Sy juga sarat menanggung rindu dengan orang2 yg sy sayangi. Namun, apakan daya.........
Apa yg mampu sy buat, pujuklah diri sendiri agar rasa rindu tidak mengatasi rasa rindu sy kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw.  Belajar menerima kenyataan dan percaya kepada setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.Biarlah rindu itu sy simpan nun jauh di sudut hati sy. Tidak perlu dikongsi dan berkongsi dgn sesiapa kerana terlalu sedikit org yg memahami erti kerinduan yg bersarang di hati sy.

p/s: Buat anakanda yg disayangi...hargailah setiap anugerah yg telah Allah beri, kerana anugerah yg berharga itu tidak akan kita perolehi berkali-kali dalam hidup yg singkat ini.


1 ulasan:

  1. Rindu.......faham sangat perasaan orang yang dilamun rindu. Satu petua yang boleh aku beri untuk melaksanakan impian menjadi realiti. Tapi kena yakin serta diiringi dengan doa.
    Setiap hari diwaktu malam ketika kita hendak melelapkan mata bayangkan kita bertemu dan bermesra dengan orang-orang yang sangat2 kita ingin untuk berjumpa. Hari-hari kena bayangkan. Kalau malam ni tak jadi sambung malam esok. Begitu lah seterusnya. Apa yang kita bayangkan lama kelamaan akan bertukar menjadi kenyataan. Cuba lah buat hari2. Insyaallah menjadi. Aku pun suka kita bersama semula seperti dulu. Aku pun aku buat yang sama membayangkan kita berkumpul semula. Semoga kita berjaya. AMIN!

    BalasPadam