Jumaat, 5 Ogos 2011

Cerita Warna Rambut

Siang tadi sy didatangi oleh seorang teman lama....teman semasa sy dan dia sama2 di sekolah menengah. Sy kagum dengannya kerana wajahnya tak banyak berubah. Dia mengenakan selendang yang masih menampakkan sebahagian daripada rambutnya. Rambutnya sedikit perang kerana diwarnakan. Dia tetap cantik seperti dulu.

"Wah, nora....tak sangka engkau bertudung juga akhirnya." Itulah ayat pertama yang lahir drp mulut kawan sy. Sy tersenyum sahaja kerana sy tahu, dia berasa hairan melihat sy memakai tudung. Maklumlah, semasa di alam persekolahan dulu, sy adalah salah seorang dari tiga pelajar yang tidak mengenakan tudung berbanding dengan kawan2 yg lain. Sy masih memakai gaun sekolah hingga tingkatan lima. Pada masa itu, sy dan dua org teman yg lain, selalu menjadi bahan kutukan kawan2 sebaya dan sering juga ditegur oleh guru2 dan ustazah. Ketika itu, bukan sy tidak mahu mengenakan tudung di kepala tetapi.................( Biarlah rahsia.....pinjam tajuk lagu Dato Siti Nurhaliza )Teman sy ini, memang sejak dulu memakai tudung, justeru tidak hairanlah dia agak terkejut melihat sy yang telah memakai tudung sepenuhnya.

"Aku pulak yg tak pakai tudung bila dah tua-tua ni. Aku rasa malu pulak dengan engkau", katanya lagi.
Sy tidak menjawab pun kata2nya melainkan tersenyum saja. Kami berbual kosong pada petang itu dan kebanyakan perbualan kami hanya tentang kenangan semasa di sekolah menengah.

"Nora, kau dah ada uban tak? Aku punyalah banyak. Nak kata tua sangat, rasanya kita ni belum la tua,kan?" 
"Hai, kalau dh beruban tu, maknanya kita dah tualah. Bukan ke uban tu sbagai tanda peringatan drp Allah yg kita dah tua?" Tanya sy kembali.

"Aku rasa, aku macam tak bersedia nak tua. Mcm tak puas je rasa muda. Ha ha ha..."
Sy pun tergelak juga mendengar kata2 kawan sy ni. "Engkau tak takut ke jadi tua?" Dia menyambung kembali kata2nya. 

"Oh, sebab takutlah maka engkau mewarnakan rambut tu? Dengan mewarna rambut tu, engkau nak tipu siapa?" Tanya sy sambil menepuk pipinya yang masih tegang.
"Ala....aku pakai jenama Syurah la.... Ada tanda halal lagi. Aku bukan nak tipu sesiapa, tapi aku nak  sentiasa muda di mata suami aku.Betul tak???" Kawan sy yang suka gelak dari sekolah ini masih tidak berubah hingga ke hari ini. Mungkin juga kerana kuat gelak, menyebabkan dia selalu nampak ceria dan muda. "Eh, Nora...betul tak aku cakap ni?" Dia terus bertanya apabila pertanyaannya tidak sy jawab dengan segera.

"Aku tak ada kekuatanlah nak menjawab pertanyaan engkau tu sebab aku pun tidak arif pasal agama ni. Tapi sekadar berkongsi pendapat, bolehlah. Itupun kalau engkau tak sensitif", jawab sy.
"La.....sejak bila pulak aku ni sensitif? Engkau mcm tak kenal aku?"
"Oklah....tp apa yg aku ckp ni, sekadar perkongsian ilmu tau.Nanti engkau rujuklah dengan orang yg lebih arif."
"Ok, ok...apa pendapat engkau dgn kenyataan aku tadi?" Nampaknya kawan sy benar2 inginkan jawapan drp sy. Spontan ketika itu juga, sy memikir2 apakah ayat yg paling sesuai untuk sy zahirkan agar tidak disalahertikan.

"Macam nilah....aku sekadar beri pendapat yg engkau minta,ok? Aku tahu engkau gunakan produk Syurah. Mungkin betul engkau cakap. Kalau dh dpt kelulusan halal, maka kita terimalah bahannya tu halal. Tapi, engkau yakin ke yang bahan itu tidak menutup lapisan rambut dan kulit kepala? Serupa juga kalau cat terkena kat tangan kita. Bahan tu mungkin halal tetapi tidak sah wuduk kita jika cat itu telah menutup lapisan kulit hingga tidak mampu ditelusi air." Jawab sy sekadar memberi pandangan berdasarkan apa yg pernah sy baca.

"Tapi Nora, kalau nak ambik wuduk, memadai kita basahkan 3 helai rambut sahaja,"jawabnya  menyangkal pendapat sy.
"Macam mana pula kalau engkau nak mandi  hadas? Bukankah  kita harus meratakan air ke seluruh tubuh, bulu dan rambut?" Tanya sy kembali. Kali kawan sy terdiam. Sy cuba membawa dia berfikir pula kepada kenyataannya tadi....'biar kelihatan muda di mata suami'.

"Tentang engkau nak kelihatan muda di mata suami tu, betul tapi selain drp apa yg aku cakap tadi cuba engkau tengok sekarang. Engkau bukan sahaja nak kelihatan muda di mata suami, tapi engkau nak kelihatan muda di mata semua orang. Sebab tu, engkau pakai selendang yg masih menampakkan rambut,kan?" Sy cuba mengusik dia. Tiba2 je terhambur derai tawa kawan sy. Sy tahu, dia tak dpt menjawab usikan sy. Kami sama2 ketawa besar. Inilah keistimewaan dia sejak dari dulu lagi. Dia jarang melenting sejak dari sekolah berbanding dengan sy yg terlalu byk kelemahan dari aspek menahan sabar.

" Betul juga ek? Ai...aku slender nak jawab ni!!!" Kawan sy mengangkat kedua2 tangannya.
"Aku bukannya nak bertanding. Mcm mana ada kalah, menang ni? Tadi, bukan ke engkau tanya pendapat aku? So, ini  hanya pandangan peribadi je. Apapun, engkau rujuk juga pada mereka yg lebih arif. Aku pun bukan bagus pun. Pakai tudung pun masih pendek lagi tp, kita sama2lah berusaha ke arah yg lebih baik." Risau juga sy kalau kata2 sy menyebabkan dia terasa. Inilah masalah sy, selalu rasa bersalah setelah memberi pendapat. 

"Sori ya kalau aku menyinggung perasaan engkau. Sumpah aku tak niat apa2 cuma aku memberi pendapat   yg engkau minta. Aku minta maaf, tau". Sy mula merasa bimbang. 
"Wei, Nora....aku sikit pun tak terasalah. Kan aku yg tanya pndapat engkau tadi? Tp, engkau ni dari dulu memang ada prinsip tersendirilah. Sumpah aku tak tersinggung pun malah apa yg engkau cakap tu, betul jugak." Leganya hati sy mendengar pengakuannya. Alhamdulillah....

Kami menyambung lagi cerita2 yg berlaku pd zaman sekolah hingga tidak sedar jam dah pun menunjukkan ke pukul 5.00 petang. Seronok berjumpa dgnnya yang  sejak tamat tingkatan 5 kami tidak pernah berjumpa. 

Untuk panduan:


p/s : Ya Allah.....berikanlah aku hidayahMu kerana aku adalah insan yg terlalu byk melakukan dosa di muka bumi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...