Khamis, 23 Jun 2011

Untungnya para suami...........

Tak tahu la nak kata apabila sana sini orang mengulas tentang suami berkahwin dua. Rata-rata kesimpulan yang boleh dibuat, kebanyakan manusia (terutama para isteri) akan menyalahkan wanita yang mengambil suami orang. Macam-macam hujah yang mereka beri untuk mengukuhkan fakta mereka. Dan, tak ramai yang menyalahkan suami sendiri. Hai....untungnya para suami kerana nasib yang baik selalu menyebelahi. Jarang sekali kaum ini dipersalahkan. Yang menghairankan, kaum wanita boleh memarahi wanita sendiri.

Mcm biasalah, kalau ada org yg bertanya pada sy, jawapan sy mesti tidak akan mengembirakan kebanyakan orang. Sy memang jarang memberi jawapan yg sama dengan orang lain. Apa yg sy tahu, pandangan sy, adalah datangnya dari pemerhatian, analisa dan kajian yg tidak diiktiraf oleh sesiapa pun.  Dan, sy juga bukan mudah untuk membuat kesimpulan jika sy tidak menghalusi sesuatu perkara.

Semalam, sy dengar lagi cerita yg sama. Hal ini melibatkan kawan sy. Dia meminta sy menemankannya ke rumah cik Kiah krn suaminya ada hubungan dgn cik Kiah yg berumur 32 tahun. Mengapa mesti ke rumah cik Kiah? Tanya sy. Apalagi, berhamburlah perkataan demi perkataan yg keluar dari mulut kawan sy. Mcm2 perkataan yg kurang enak didengar pun keluar. Sy tahu dia sangat marah dgn cik Kiah.Dalam kiraan sy yg tidak rasmi, daripada 5000 patah perkataan yg keluar daripada mulutnya, tidak satu patah ptk pun yg dia menyalahkan suaminya. Apa yg berlaku, semuanya daripada cik Kiah. Hah!!! untungnya suami kawan sy ni.

Apa jawapan daripada saya???????????????????????????????
Hmmm......NO KOMEN!!!!! (Klise je)
Belum bersedia nak membari sebarang komen di sini walaupun dalam kepala dah menjela-jela jawapan yg tersedia.

p/s: wahai para suami, harus ingat juga apa yg diakad semasa di hadapan tok kadi

2 ulasan:

  1. Biasalah...............perempuan memang suka menyalahkan kaum sejenisnya. Pagi ni pun aku dengar cerita yang sama semasa nak pegi kerja.

    BalasPadam
  2. SELAMAT HARI JADI YANG KE 44 TAHUN

    BalasPadam