Ahad, 26 Jun 2011

Hidup Yang Penuh Warna Warni

Macam2 pengalaman yg ingin sy kongsikan di sini. Memang berwarna warni sungguh kehidupan ini. Kalau Allah mewarnakan dunia ini dengan satu warna sahaja, tentu kita semua akan berasa bosan, bukan? Begitu jugalah dengan kehidupan. Kalau semua orang tidak mengalami sebarang masalah, so tentu tidak ada apa2 yg ingin dikongsikan. Semua cerita manusia itu sama. Tidak ada istilah bertukar2 pendapat kerana semua pendapat manusia sama. Ah!!! betapalah kehidupan ini amat membosankan. Justeru, jangan mengeluh jika kita dihimpit masalah. (Boleh ke??)

Biasanya, kalau ibu bapa baik, anak pula yang buat hal. Suami baik, isteri pula yg buat perangai. Menantu bagus, mentua pula yg cerewet. Guru lemah lembut, murid2 pula yg ganas.Aduh!!!! Memang unik sebuah kehidupan. Begitu juga dengan sebaliknya.

Sama juga dengan hal ini. Malang bagi pasangan suami isteri yg tidak dapat zuriat tapi adakalanya lebih malang lagi anak2 yg ada sekarang memeningkan kepala ibu bapanya. Malang bagi wanita yang tidak berkahwin tapi adakalanya lebih malang lagi wanita yang sering didera dari aspek mental dan fizikal oleh suami sendiri. Konklusinya, tidak ada satu perkara pun yang boleh kita katakan 'itulah yang terbaik', dan 'itulah betul'.

Apa sebenarnya erti kehidupan ini? Apa sebenarnya yang kita semua cari? Kebahagian sementara hanya untuk berpura-pura, lari daripada masalah, atau menutup segala kekurangan yang ada. Tidak ada satu pun yang boleh kita pegang melainkan jika kita semua kembali ke jalanNya. Cari dan terus mencari untuk mencari jawapan yang pasti tanpa dipengaruhi oleh emosi. Dan, sy sudah menemui jawapannya untuk memudahkan semua cara. Apakah jawapan bg menyelesakan semua masalah yg dihadapi di dunia ini? Satu perkataan sahaja jawapannya dapat menyelesaikan masalah yg ada dalam kehidupan kita. Apakah ia???? Ya...........jawapanya REDHA.

Jawapan yang semudah dan sependek itulah yg dapat meningkatkan tahap kita sebagai manusia muslim sejati. Namun, untuk mencapai tahap Redha itu, bukanlah semudah menyebutnya. Redhalah dengan apa yg berlaku agar kita berlapang dada dengan ketentuanNya. Cuba berusaha untuk redha. Cuba..cuba ..dan terus mencuba. Kita harus yakin, bahawa setiap yg berlaku itu, bukan pecuma kerana Allah lebih mengetahui segala-galaNya. Dia maha perancang yang sempurna.

Sbenarnya, apa yg sy tuliskan di sini adalah untuk membina kekuatan diri. Memotivasikan diri sendiri kerana sy adalah tergolong daripada manusia yg sangat lemah. Bukan mudah membina kekuatan dalaman wlaupun sy sangat percaya ada hikmah di sebalik ketentuanNya. Jadi, sama2lah kita mencari kekuatan dalaman agar kita mampu mengaplikasikan konsep redha walaupun kita rasa agak sukar. Dan itu jugalah yg membezakan kita sesama manusia dari segi tahap keimanannya dan anutan agamanya.


2 ulasan:

  1. Aku sudah lama faham dengan Redha.
    Cuma kadang-kadang bila duduk sendiri terasa sedih tentang kehidupan ini. Boleh tak engkau agak siapa aku ni???????????

    BalasPadam
  2. Rasanya ramai yg boleh faham maksud redha kerana kita boleh dapat infonya melalui mana2 artikal agama tetapi untuk mengaplikasikannya amat sukar. Kalau kita mampu capai tahap redha, pasti perasaan sedih itu dapat di atasi,kan????

    manalah sy tahu siapa kamu???? Manusia kat muka bumi ni,banyak.

    BalasPadam