Sabtu, 7 Mei 2011

Warkah Untuk Emak

Selamat Hari Ibu buat emak.......................
Walaupun jarak batin bgitu jauh sekali, namun emak tetap dihati. Biar apa terjadi sekalipun, emak tetap ibu yg baik. Kasih dan sayang, tidak pernah berkurangan walau apa tanggapan emak terhadapku. Apa yang emak fikirkan, itu adalah hak emak sbagai seorang ibu.Aku pasrah dan belajar untuk meredhainya.

Terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ni.Walaupun aku tidak pernah meminta untuk dilahirkan, namun sebagai seorang muslim, kelahiran seseorang itu memang telah ditetapkan sejak azali lagi. Sebagai seorang yg juga bergelar ibu, kesakitan melahirkan anak tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.Disebabkan pengalaman melahirkan itu, kasihku pada emak semakin berganda. Aku menginsafi akan kesakitan itu lantas, pengorbanan emak tidak akan terhenti untuk aku menghargainya sampai bila-bila.

Terima kasih juga kerana emak sudi membesarkan aku. Aku yakin, dengan setitik susu emak yg kuminum, pertautan kasih itu akan berpanjang sampai bila-bila. Darah emak tetap mengalir dalam tubuhku. Mungkin disebabkan itu, emak tetap istimewa buat aku.

Terima kasih tidak terhingga kerana emak bjaya mendidik aku menjadi seorang anak yang tahu mengenang budi tanpa mengambil kira besar atau kecilnya budi yang kuterima.Kerana didikan emak juga, aku menjadi anak yg sangat menghormati orang tua. Aku mampu menjadi anak yg sabar melayan kerenah orang tua walaupun adakalanya jiwa sarat dengan persimpangan pendapat dan kerenah mereka. Didikan emak juga,aku menjadi menantu yg takut pada dosa.Terima kasih buat emak.

Walaupun aku tidak dapat berkongsi kegembiraan menyambut hari bahagia bsama emak pada hari ini,tapi percayalah, kalau bukan pd hari ini pun, aku tetap mengingati emak saban hari. Aku tidak pernah lupa kenangan antara aku dan emak sejak dari kecil hingga umurku 25 tahun. Selepas 25 tahun, walaupun tiada kenangan yang terlakar lagi, namun kenangan dahulu sentiasa kubaja agar tetap segar dalam ingatan ini. Emak jangan risau, kenangan pahit bersama emak, telah lama terkubur. Aku memang tidak mahu mengingatinya lagi. Aku berusaha mencari kenangan indah bersama emak.

Sebagai anak, aku memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang pernah dan telah kulakukan. Apa yg berlaku kini, adalah kerana aku menghormati permintaan emak sendiri. Biarlah orang diluar sana membuat spekulasi, namun hakikatnya hanya aku dan emak saja yang tahu. Apa yang berlaku segalanya dalam ketentuan Allah juga dan aku akan cuba meredhakannya. Aku sangat menyakininya bahawa  Allah merupakan maha perancang dalam setiap perkara. Allah maha mengetahui untuk hambaNya.

Satu perkara yang perlu emak tahu, aku sangat sayang dan merindui emak. Aku mengharapkan kenyataan ini akan disampaikan juga oleh angin lalu ke pengetahuan emak dalam keadaan apa cara sekalipun. 
'Selamat hari ibu', buat emak yg sangat aku sayang. Semoga emak berada dalam satu tahap ketenangan yg hakiki dalam usia ketika ini. 

Salam buat emak..................

4 ulasan:

  1. hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! sebak sungguh

    BalasPadam
  2. sabar,sabar dan sabar.Allah maha mengetahui....
    semoga akan ada kesudahan yang lebih baik akhirnya....
    Tahniah! Nora sememangnya anak yg baik...bukannya mcm sesetengah org yg terus melupakn..jika ada yg x kena..tp Nora masih setia menghantar kuntuman bunga...Ya Allah kekalkan kekuatan & ketabahan pd sahabatku yg seorang ni...
    [tetiba hati ini tersgt rindu pada arwah mak...]

    BalasPadam
  3. Lin....aku rasa sgt gembira disaat2 kita pernah mjadi sahabat baik satu ketika dulu....tkasih yg tidak thingga kerana aku pernah mjadi sbahagian ahli keluarga di felda kahang barat....

    kak lela, nora harap akk pun bsabar juga...kita smua akan ke sana juga. Doa sahajalah yg boleh mnyambungkan rasa kasih antara akak dgn arwah ibu akak....
    Tkasih juga krn kak lela memahami kesedihan nora.Nampak happy tp kesedihan itu sentiasa ada dihati.

    BalasPadam
  4. WARKAH INI UNTUK IBU KAMU SENDIRI KE?

    BalasPadam