Ku Ada Kamu
Di
kala ku kehilangan di dalam kegelapan
Kau
suluhkan sinar petunjuk
Di
kala kukesedihan kau ukirkan senyuman
Dengan
penuh sabar memujuk
Engkau
menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai
hari esok langit akan runtuh
Tabahlah
menjunjung bersamaku
Andai
hari esok dunia gelora
Takkan
kugemuruh selagiku ada kamu
Di
kala aku tak pasti kau tampil dengan berani
Membimbing
agar lebih yakin
Dan
bila hidup penuh soalan
Kau berkan jawapan melengkap semua kekurangan
Engkau
menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak
mungkin diri ini mampu
Hidup
tanpa doronganmu
Lagu
ini sy dedikasikan buat sahabat, kakak,bos sy
atau apa saja gelaran yg sesuai untuk kak Mun yang akan bersara dengan rasminya
pada 25.5.2013 tetapi warga sekolah telahpun meraikannya pada 17.5 baru-baru
ini. Tahun ini juga genap 17 tahun saya kenal dengannya. Satu tempoh yang agak
panjang dan satu tempoh yang sudah cukup
bagi sy dan dia mengenal hati dan budi masing2.
Sukar
untuk sy ungkapkan dengan bait2 kata apakah bentuk hubungan ini sebenarnya
kerana kasih sayang yang terjalin memang benar2 satu anugerah Allah kepada sy.
Selain drp suami dan anak2, dia adalah sebahagian dlm hidup sy. Tiada kata2 yg
boleh diungkapkan agar orang lain tahu betapa uniknya hubungan yang terjalin
dgn tidak dirancang ini. Namun, apa perlunya orang lain tahu krn kebanyakan drp
mereka lebih ramai yg tidak memahami erti sebuah persahabatan.

Secara
jujurnya, bersaranya kak Mun tidak menjejaskan hubungan kami. Malah hubungan
itu masih berjalan seperti biasa. Jika sebelum ini sy berhati2 berbicara
dengannya di tempat kerja kerana tidak mahu org memandang serong pada sy tp
kini,sy bebas berbuat seperti sebelumnya kerana dia bukan lg bos sy. Apa yg
harus sy sedihkan? Bersaranya dia tidak ada kaitan dengan hubungan baik kami.
Namun,
hati sy tersentuh tatkala mendengar ucapan terakhirnya sbelum dia bersara. Dia telah meluahkan apa yg dia rasa di hadapan rakan guru yg hadir pd majlis persaraan tersebut.
Bayangkan perasaan sy pada masa itu. Sy
rasa, tidak semua orang faham apa yang kami rasa tatkala dia merungkai erti
sebuah persahabatan, keakraban sebuah hubungan dan keunikan sebuah perkenalan kerana tidak ramai manusia di dunia ini mempunyai
sahabat baik apatah lagi jika individu itu telahpun berkeluarga. Dan tidak
ramai juga manusia di dunia ini senasib dengan sy, disisih dan dibuang keluarga
sendiri. Jadi tidak hairanlah orang lain tidak memerlukan sahabat seperti sy
yang sgt memerlukan dia dalam hidup sy. Di bahunya tempat sy menangis dan
mengadu kesedihan yang mungkin suami sy sendiri gagal memberi respon sebaik dia
berikan. Kami sama2 perempuan, tentu hati halus kami sukar difahami oleh lelaki
mahupun lelaki itu suami sendiri.
Tidak
dapat sy lupakan tatkala kak Mun menjelaskan bentuk hubungan kami di dalam
majlis itu. Tanpa memikirkan perasaan sy, kak Mun menjelaskan bahawa kehadiran
sy adalah kurniaan Allah kerana dia berdoa selepas kematian ibu tercinta maka
dia mengharapkan kehadiran seseorang untuk berkongsi segaala suka dan duka. Dan pada ketika itulah
sy hadir dalam hidupnya. Kak Mun juga berkata, persahabatan itu hadir dengan
sendirinya, tanpa dirancang atau diminta. Ia hadir dan terbentuk adalah kerana
keserasian dalam menjalinkan hubungan. Baginya, sy adalah sebahagian dalam
hidupnya dan di situ juga dia
nenjelaskan, biarlah Allah mengambilnya
dulu daripada sy.
Terpempan
sy seketika dan sebak di dada menahan air mata agar tidak tumpah merupakan
suatu penyiksaan ketika itu. Sy cuba menahan sebak sekuat2 daya sy agar tidak
menjadi perhatian oleh kawan2 yg hadir
ketika itu. Suasana sgt sunyi dan sepi. Sebenarnya, ini kali kedua kak Mun
mengungkapkan ayat itu tetapi sy sempat menutup mulutnya ketika dia
mengeluarkan ayat yg sama. Kak Mun
meneruskan lagi ucapannya yg masih berkaitan dgn hubungan kami tetapi sy tidak
dpt memberi fokus dgn apa yang kak Mun katanya krn sy sgt sebak ketika itu. Sy
hanya berdoa agar sy tidak menangis teresak2 walaupun pada ketika itu sy gagal
menyekat air mata sy supaya tidak tumpah.
Sy
tahu, mungkin kak Mun mengambil kesempatan pada masa itu untuk menjelaskan
bentuk perhubungan kami kerana dia kasihan melihat sy yg selalu terluka dek
sindiran kawan2 yang tahu serba sedikit tentang hubungan baik kami drp mulut2
orang lain. Sy sendiri tidak faham mengapa org2 yg tidak faham tentang erti persahabatan boleh mengeluarkan
kata2 berbentuk sindiran walhal tidak ada apa2 yg sumbang yg sy lakukan di tempat kerja atau sy
mengambil kesempatan sepanjang dia menjadi bos sy. Sy pernah mencabar kawan2 yg suka menyindir sy suatu ketika
dahulu, apakah bentuk keistimewaan yg sy peroleh drp kak Mun yang org lain tidak dapat. Kami tidak pernah
ke hulu dan ke hilir di kawasan sekolah, atau sering makan bersama di kantin
atau apa saja yg boleh menyebabkan orang lain meluat. Tetapi memang dah adat
manusia biasa, walaupun apa yg sy nyatakan itu tidak berlaku di kawasan
sekolah, sy tetap disindir oleh beberapa org rakan sekerja. Mustahil pula kalau
kak Mun yang disindir. Mana mungkin org bawahan berani menyindir pengetua.
Sayalah yg sering menjadi mangsa. Hairan manusia2 seperti ini, bukan? Justeru, kenyataan kak Mun pada hari
itu merungkai semua spekulasi,
sindiriran , dan sebagainya ke atas hubungan kami.
Terima
kasih,kak Mun krn byk mengajar sy erti kesabaran dalam menghadapi kemelut hidup
ini. Kalau dulu sy kuat melenting dan mengamuk
tp kini sy dapat mengawal nafsu amarah sy setelah sy melihat cara dia
berhadapan dgn pelbagai situasi. Walaupun tahu ada rakan pentadbir tidak
menyenanginya, dia tetap nampak tenang dan tidak membenarkan orang2 seperti itu
menjatuhkan semangatnya. Dia boleh bekerja dengan tenang kerana hatinya penuh
dengan ketenangan.
Terima
kasih atas segalanya,kak Mun. Andai sy
berpeluang meluahkan satu rasa, sy ingin memberitahu semua bahawa sy redha sy
dibuang keluarga sendiri kerana
kehadiran dia sudah cukup membuatkan sy rasa sy memiliki segalanya .