Ahad, 22 Januari 2012

Sayangkah?????

Wah...rata2 anak2 didik sy yang  telah menamatkan tingkatan lima, sudah pandai bergaya terutama perempuan. Masing2 mula melepaskan rambut mereka yang panjang mengurai. Jarang sekali yang tidak berwarna. Kebanyakannya berwarna keperang-perangan. Sy dapat merasakan bahawa mereka merasakan diri mereka cantik sekali....sebaris dgn artis2 melayu masa kini.Ada juga terserempak dgn sy secara life lagi di 'One Plaza',Kuala Selangor dengan berseluar pendek hingga ke pangkal peha. Satu perkara yg sy puji, pelajar ini masih menegur sy sambil memperkenalkan ibunya kepada sy.Maknanya, keadaan pakaian pelajar ini, memang diketahui oleh ibunya sendiri. Aduh!!!! Memang sy 'tabik' lah dengan ibu2 seperti ini.

Di saat itu, sy berkata di dalam hati, "Sayangkah si ibu ini kepada anak gadisnya?" Persoalan sy berlegar2 di minda tanpa dizahirkan kepada kawan2 yg ada bersama2 sy ketika itu. Tiba2, salah seorang daripada kwn sy bersuara," Moden betul ibu2 sekarang". Ayat sinis kawan sy tidak disambut oleh sesiapa, dan persoalan itu mati begitu sahaja.

Sy tidak tertarik untuk mengklasifikasikan seseorang itu moden atau tidak, tetapi yg sy hairan apakah erti sayang seorang ibu itu kepada anaknya. Mengapa anak yg sememangnya disayangi oleh mana2 ibu, dibiarkan mendapat dosa dengan begitu mudah. Membenarkan aurat secara terang-terangan ditonton oleh kebanyakan lelaki.

Sy tahu, bila perkara ini dikemukakan, ada ibu2 yg 'backing' anak2 dgn mengatakan, dia sendiri membenarkan anaknya berpakaian sedemikian rupa. (Samalah juga dengan alasan yg diberi oleh ibu kepada seorg pelajar pintar baru2 ini).

Ada juga ibu2 yang sanggup datang ke sekolah gara2 seorang guru menegur anak gadisnya yg tidak bertudung ke sekolah. Si ibu dengan lantang dan beraninya menunjukkan pekeling drp Kementerian Pelajaran bahawa tidak ada mensyaratkan pelajar perempuan wajib bertudung ke sekolah. Akhirnya, cikgu yg menegur pula yg kena minta maaf kepada ibu pelajar2 berkenaan.

Aduhai ibu-ibu yang prihatin dan sayangkan anak2nya.........
Fikir2 kanlah sendiri tentang apa yang ada berikan kepada anak2 kesayangan kalian. Fikirkan juga apa juga yg anda lakukan kepada anak2 kalian hingga sebelah kaki mereka sudah pun berada ke neraka. Jangan fikir, anak2 kalian muda, maka mereka berhak dan bebas melakukan apa saja. Sekali sekala, ingatlah juga bahawa kematian akan menjemput sesiapa saja tanpa mengira usia.

Dan jangan pula ibu2 di luar sana menyokong fakta bodoh remaja sekarang.." Bukan semua orang yg bertudung tu baik, Ada yg lebih jahat  drp kami". Fakta seumpama itu memang layak dianggap 'bodoh' kerana pakaian menutup aurat, berbeza dengan sikap. Lebih malang lagi, sudahlah tidak bertudung, perangai pula buruk, apa lagi yg ada pada individu seperti ini? Jangan mengaitkan tuntutan Islam dalam byk perkara kerana pkara seperti ini memang tidak ada kesudahannya. Gadis yg menutup aurat, sekurang2nya mereka menghormati dan akur dgn perintah Allah swt. 

Bagi sy, tanda seseoran ibu/bapa menyanyangi anak2, dengan memberi sebanyak mana ilmu akhirat dan dunia yg mereka mampu. Tegur dan halang mereka dari melakukan perkara2 yg tidak sewajarnya dgn serius. Buat sesuatu agar anak2 menjaga maruah diri walaupun sukar untuk anak2 terima. Sy yakin, walaupun anak2 sukar menerima pendekatan kita pada hari ini, Insyallah suatu ketika nanti, mereka akan tahu itulah tanda kasih sayang seorang ibu/ayah terhadap mereka kerana ibu/ayah yg sygkan anak2nya, tidak akan tegar menjerumuskan anak2 mereka ke neraka. Wallahualam......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan