Selasa, 25 Oktober 2011

Malang Tidak Berbau

Pagi Selasa....
Mood nak buat kerja rumah,memang tak ada langsung!!!! Malam tadi susah pulak nak tidur krn jiran2 yg beragama hindu dok sibuk bermain mercun kerana terlalu gembiranya mereka nak sambut Deepavali. Sebagai penduduk Malaysia yg terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, sy kena faham dan memaafkan mereka walaupun sebenarnya perbuatan mereka sangat mengganggu kenteraman awam. Agaknya, sama jugalah yg mereka rasa bila org2 Islam nak sambut raya.

Disebabkan pagi2 ni,sy tak ada mood nak masak dan nak berkemas, so........apa kata sy kongsikan cerita tentang satu artikel yg sy baca tentang bahayanya kita mencangkung di atas mangkuk tandas atau disebut WC duduk. Almaklumlah, tandas2 awam sekarang, kebanyakannya terdiri dari mangkuk duduk, dan jarang pulak kita jumpa mangkuk tandas awam ni bersih. Memang geli geleman dibuatnya dan kadang2 boleh tak jadi nak melepaskan hajat besar tu dek kerana mangkuk tandas yg sgt kotor. Disebabkan tiada pilihan, ada di antara kita yg terpaksa mencangkung kerana geli hendak duduk di mangkuk tandas yg sangat kotor. Yang menghairankan, nak masuk tandas kena bayar sampai 0.50 sen. Ada kalanya, melebihi 0.50 sen. Apa yg diorang selenggarakan jika tandas sentiasa kotor???Hal seperti ini, tidak pula kita  jumpa di Singapura. Tandas2 di Singapura, sangat terjaga dan terpelihara. Adakah rasa kesedaran tentang kebersihan terlalu tinggi terhadap rakyat Singapura hingga tandas mereka boleh dibuat tempat untuk bersantai?

Berbalik dgn cerita sy, kejadian ini berlaku pada seorang gadis yg duduk mencangkung di atas WC duduk dan akibatnya mangkuk tersebut pecah dua lalu menyebabkan sebahagian anggotanya cedera. Perkara ini tidak mungkin terjadi jika tandas awam bersih. So, tidak ada lagi yg mencangkung di atas WC duduk.

  
p/s: semoga kita sama2 menjaga kebersihan tandas awam agar tidak ada yang mencangkung di atas tandas duduk




Ahad, 23 Oktober 2011

Alasan Helah Bela Diri

Bosan membaca alasan2 artis untuk membela diri mereka sendiri. Macam tidak ada ilmu langsung apabila memberi alasan terhadap apa yg mereka lakukan. Yang menghairankan, ada kalanya alasan mereka bercanggah pula dgn tuntutan Islam. Contohnya, bila ada yang pergi ke disko, kelab2 dgn berpakaian mencolok mata....dan apabila ditanya, dengan mudahnya mereka akan menjawab:
' Sy tahu apa yg sy buat dan yang penting ibu bapa sy tahu dan restu apa yg sy buat'.
Persoalannya di sini, bila ibu bapa mereka tahu, adakah mereka terlepas daripada hukum Allah? Bila ibu bapa mereka restu dan memaafkan  atas apa yg berlaku, adakah mereka mendapat kemaafan drp Allah?

Sama juga kesnya bila ada artis yg berani berpakaian hampir seperti orang yg tidak berpakaian tersebar di internet. Mereka dgn mudahnya memberi jawapan, mereka berpakaian seperti itu, bukan di Malaysia. Kadang2, sy tergelak sendiri.....Alasan mereka seolah2 menunjukkan Allah itu hanya ada di Malaysia sahaja ke? Memang kadang kala, lucu juga apabila alasan2 yg mereka beri, memang tidak menunjukkan kematangan sendiri. Dan pelajar2 sy sekarang, juga menjadikan alasan2 seperti ini untuk menyelamatkan diri mereka krn takut dihukum atau didenda oleh guru disiplin mahupun pihak sekolah.

Cuba kita renungkan kembali apa yg telah kita lakukan sebelum ini. Kita bukannya sentiasa muda. Apa yg kita lakukan hari ini, amatlah sukar untuk ditebus kemudian hari. Bukan semua antara kita  mendapat hidayah drp Allah untuk satu penghijrahan . Andainya Allah tidak memberi kita hidayahNya, alangkah ruginya segala yg kita lakukan berterusan sampai bila2.

Apa pun, kita semua dh matang dan dewasa. Tahu menilai baik dan buruk setiap apa yg dilakukan. Semua antara kita pasti melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil. Apa yg paling mudah, seandainya kita ditegur oleh mereka yg lebih arif, jgn mudah mencari alasan2 untuk membela diri kerana ditakuti akan melibatkan aqidah sendiri. Cuba berfikir dan muhasabah diri. Sesungguhnya Allah itu bersifat penyayang lagi maha mengasihani......

Isnin, 17 Oktober 2011

Masih Belum Terlambat

Memang manusia mudah lupa...
Sebab itu,dinasihatkan berkali2, namun tiada hasil juga. Sy hampir putus asa. Malah sudah letih melihat kerenah remaja2 di sekolah sy. Alangkah kuatnya tarikan nafsu biologi sehingga mereka sanggup lupa akan siksaan api neraka. Andainya Tuhan memberi hidayah agar semua manusia dapat melihat siksaan api nereka, pasti mereka, termasuk saya tidak lagi melakukan perkara2 yg membolehkan kita ke 'sana'. Na uzubillah.....

Tidak mahu bercerita panjang lebar tentang pelajar yg berusia 18 tahun ini kerana sy begitu muak mengulasnya. Apa yg pasti, pelajar ini sudah berhenti sekolah akibat mengandung anak yg tidak sah. Untuk menutup malu, kesudahannya, pelajar ini kahwin dgn pasangannya walaupun tanpa mendapat restu drp ibu bapanya.

Hai, anak2 gadis,beruntunglah kaum lelaki yg beroleh segala2nya secara percuma. Bila difikir kembali, pelacur lagi tinggi statusnya kerana khidmat haram mereka dibayar. Aduhai, anak2 melayu. Tidak dapatlah sy menarik tangan mereka keluar dari situasi ini kerana sy benar2 tidak mampu. Maklumlah, sy juga ada anak gadis yang perlu dikaunseling selalu. Kadang2, sy jadi tua krn memikirkan masalah yg semakin menjadi2 di kalangan pelajar sekolah. Lebih malang lagi, guru2 sendiri menjauhkan diri drp mentarbiyahkan remaja yg menjadi mangsa gila seks ini. 

Mengimbas kembali cerita seorang remaja ini, dia benar2 seorg murid yg baik. Sering berjumpa sy dan meminta sy menasihatkan kawan baiknya yang sudah terjebak berkali2 melakukan maksiat. Dan, alangkah kecewanya sy, akhirnya dia juga terlibat sama. Benarlah nasihat drp Bakr bin Abdullah Abu Zaid. Menurutnya: 
"Apabila engkau berada di tengah-tengah suatu kaum maka pililhlah orang-orang yang baik sebagai sahabat, dan janganlah engkau bersahabat dengan orang-orang jahat sehingga engkau akan binasa bersamanya“

Sy percaya malah sangat yakin, bukan di sekolah sy sahaja yg berlaku masalah sedemikian. Masalah remaja sekolah mengandung, bukan perkara luar biasa. Rata2 perkara seperti ini berlaku pada setiap sekolah. Masalahnya, siapakah manusia2 yg berada di sekolah tersebut berani tampil kehadapan untuk menghulurkan bantuan? Sy juga yakin, kebanyakan guru2 mahupun pengetua sendiri lebih mudah mengambil pendekatan berdiam diri. Itu lebih mudah drp menjadi 'busy body'. Masyarakat kita takut menjadi 'busy body' dalam hal2 seperti ini tetapi suka pula menjadi 'busy body' bila hal2 yg tidak sahih kebenarannya. Betapa pincangnya masyarakat Islam dlm menangani isu2 seperti ini.

Terlintas di fikiran sy, siapakah bakal suami atau isteri anak2 atau cucu sy kelak jika ramai anak2 tidak sah ini dilahirkan di dunia. Sy sedar dan akur, anak2 tidak sah ini tidak berdosa tetapi bukankah Islam menyarankan pilihlah pasangan drp keturunan yang baik2? Jika remaja hari ini begitu mudah melakukan hubungan tidak sah, maka lahirlah bayi2 yg tidak berdosa dibuang dan dibunuh tanpa belas kasihan.




Apa yang pasti, dari kejauhan ini, sy berdoa agar murid2 sy terutama sebangsa dgn sy supaya baliklah ke pangkal jalan. Tidak ada istilah terlambat untuk kita balik semula kepada ajaran agama. Tolonglah tidak menambahkan lagi anak2 yg tidak sah di muka bumi ini, dan tidak lagi membunuh bayi2 yg tidak berdosa ini atas kesilapan sendiri.

p/s: Sumpah!!!! Sy tidak mampu menghulurkan tangan membantu anak2 didik sy yg jauh tersasar. Sy terlalu letih!!!

Ahad, 16 Oktober 2011

Semoga Tenang Di Alam Sana

Fuh...kena hembus dulu blog ni. Al maklumlah, dah berabuk. Lama tak jenguk. Sibuk yang melampau. Walau apapun, manusia sendiri yg 'manage' masa...so, insyallah masa tu tetap sama cuma kelemahan sy, menyebabkan sy tidak dapat mencuri masa. 

Arwah Nabila....3 dari kiri
Minggu lepas, seorang lagi murid di sekolah saya meninggal dunia. Sejak sy berada di sekolah ini, stiap tahun ada saja murid di sekolah ini meninggal dunia. Memang semua manusia tidak mampu mengulas bab kematian ni, sebab kita semua tidak berhak mempersoalkannya. Ini semua kerja Tuhan. Sampai masa, mati akan hadir juga menjemput kita sama ada kita bersedia atau tidak. 

Walau sesedih mana sekalipun, kita harus redha akan pemergian orang yg kita sayangi. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu keluarganya  memikul. Aisyah Nabila, murid yang meninggal minggu lepas, adalah bekas murid sy tahun lepas di tingkatan 3 KRK. Tahun ni, arwah berada di kelas tingkatan 4 sains 1.  Murid yg sangat baik dan berhemah, pandai menjaga tingkah laku dan tidak sperti remaja sekarang yang terlalu bebas dalam pergaulan. Setinggi mana sekalipun pujian yang diberi, hakikatnya, beliau sudah pun mengadap Maha PenciptaNya. Sesungguhnya Allah lebih menyanyanginya.

Sejenak sy mengenangkan arwah, sbenarnya dia jauh beruntung jika dibandingkan dgn manusia2 di luar sana termasuk sy yang belum tentu ke mana arah tuju selepas meninggalkan bumi ini.Umur yg panjang, belum tentu dpt menghimpun bekalan sbg persediaan untuk ke sana. Apa yg pasti, arwah yg baru 16 tahun, tentu tidak banyak melakukan dosa. Cuma, kita yg tinggal akan merasa kehilangan dan meratap pemergiannya.
Walau apapun, sebagai seorang muslim, kita memang sudah dididik sejak kecil untuk menerima qada dan qadar dengan redha. Hanya kenangan yang akan menjadi pengubat rindu bagi setiap orang yang pernah bersama arwah. Buat keluarga arwah, smoga tabah menghadapi ujian yang berat ini. Sesungguhnya, Allah menguji tentu ada sesuatu yg tersembunyi. Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah untuk arwah....


p/s : Ya Allah, janganlah Engkau mengujiku, dengan ujian-ujian yang tidak mampu untuk aku tanggung. Berikalnah aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh kehidupan mendatang.

Ahad, 2 Oktober 2011

Kali ni just nak kongsi gambar kat blog ni....
Nana dan Didi
Amal

Puteri tunggal kami

Sama tapi tak serupa
Saya dan suami tersayang
Semoga kekal abadi