Ahad, 23 Oktober 2011

Alasan Helah Bela Diri

Bosan membaca alasan2 artis untuk membela diri mereka sendiri. Macam tidak ada ilmu langsung apabila memberi alasan terhadap apa yg mereka lakukan. Yang menghairankan, ada kalanya alasan mereka bercanggah pula dgn tuntutan Islam. Contohnya, bila ada yang pergi ke disko, kelab2 dgn berpakaian mencolok mata....dan apabila ditanya, dengan mudahnya mereka akan menjawab:
' Sy tahu apa yg sy buat dan yang penting ibu bapa sy tahu dan restu apa yg sy buat'.
Persoalannya di sini, bila ibu bapa mereka tahu, adakah mereka terlepas daripada hukum Allah? Bila ibu bapa mereka restu dan memaafkan  atas apa yg berlaku, adakah mereka mendapat kemaafan drp Allah?

Sama juga kesnya bila ada artis yg berani berpakaian hampir seperti orang yg tidak berpakaian tersebar di internet. Mereka dgn mudahnya memberi jawapan, mereka berpakaian seperti itu, bukan di Malaysia. Kadang2, sy tergelak sendiri.....Alasan mereka seolah2 menunjukkan Allah itu hanya ada di Malaysia sahaja ke? Memang kadang kala, lucu juga apabila alasan2 yg mereka beri, memang tidak menunjukkan kematangan sendiri. Dan pelajar2 sy sekarang, juga menjadikan alasan2 seperti ini untuk menyelamatkan diri mereka krn takut dihukum atau didenda oleh guru disiplin mahupun pihak sekolah.

Cuba kita renungkan kembali apa yg telah kita lakukan sebelum ini. Kita bukannya sentiasa muda. Apa yg kita lakukan hari ini, amatlah sukar untuk ditebus kemudian hari. Bukan semua antara kita  mendapat hidayah drp Allah untuk satu penghijrahan . Andainya Allah tidak memberi kita hidayahNya, alangkah ruginya segala yg kita lakukan berterusan sampai bila2.

Apa pun, kita semua dh matang dan dewasa. Tahu menilai baik dan buruk setiap apa yg dilakukan. Semua antara kita pasti melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil. Apa yg paling mudah, seandainya kita ditegur oleh mereka yg lebih arif, jgn mudah mencari alasan2 untuk membela diri kerana ditakuti akan melibatkan aqidah sendiri. Cuba berfikir dan muhasabah diri. Sesungguhnya Allah itu bersifat penyayang lagi maha mengasihani......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan