Isnin, 5 September 2011

Transformasi........

Sorry,kena padam  no hp pengirimnya.......(demi kebaikan)

Kad ini adalah kad raya yg diberi oleh kawan anak lelaki sy yg berada dlm tingkatan 1 dan pengirimnya adalah seorang murid perempuan. Tatkala sy membuka kad ini, di dalamnya terkandung RM 2 yg menurutnya adalah duit raya yg diberikannya kepada anak lelaki sy. Pada awalnya, sy tergelak besar dan rasa lucu itu dikongsi bersama dgn anak2 sy yg lain hingga menyebabkan anak bongsu sy tersipu2 malu. Kelakar sungguh sy membaca kata2 yg tertera pada kad ini.  Apa yg ingin sy kongsikan di sini, betapa beraninya anak2 perempuan  zaman sekarang melahirkan rasa rindunya pada lelaki walaupun usia baru 13 tahun. Terlalu jauh bezanya dgn zaman ketika sy menjadi murid sekolah dahulu.....malu, takut, segan dan paling tidak sama sekali menyentuh kawan lelaki.  Zaman benar2 berubah.........Ya, satu tranformasi yg menakutkan.
Renung-renungkan!!!!!!

1 ulasan:

  1. Memang menakutkan bila anak perempuan bertindak begitu. Tapi cuba kita renungkan mengapa budak perempuan tu jadi begitu? Mengapa?

    BalasPadam