Kongsi Pengalaman. Begitulah sy klasifikasikan blog sy ini agar ada cerita yg boleh dikongsi bersama. Tak kiralah sama ada cerita sy, mahupun cerita teman2 di sekeliling sy. Tujuan kita berkongsi, samata2 untuk dijadikan panduan atau sempadan. Kali ini, sy ingin berkongsi cerita yg sy kira menarik juga. Cerita berkongsi kasih dengan kawan baik sendiri. Cerita kawan sy yang mempunyai seorang sahabat yg dianggap seperti saudara sendiri hingga dia sanggup membenarkan suaminya kahwin dengan sahabatnya itu.
Untuk memudahkan cerita, sy namakan kawan sy itu Ani dan adiknya Rozi. Menurut Ani, hubungannya dengan Rozi sangat akrab dan mereka bersahabat sejak zaman bersekolah hinggalah ke universiti yg kebetulannya mereka satu universiti tetapi lain caurse. Mereka sebaya cuma Ani tua 9 bulan dari Rozi. Hubungan akrab mereka memang diketahui oleh warga universiti kerana mereka sering berdua ke sana ke mari. Ani lebih dahulu mendirikan rumah tangga dan kini mempunyai 3 orang cahaya mata. Usia perkahwinannya kini mencecah 20 tahun. Dua tahun lepas, Rozi kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Memandangan Rozi anak tunggal, dan masih belum bersuami (wlaupun ketika itu Rozi berumur 39 tahun),sudah tentu dia tinggal bersendirian. Ani mempelawanya tinggal bersama. Untuk tidak dipandang serong oleh jiran tetangga, Ani mencadangkan agar suaminya mengahwini Rozi. Pada awalnya Rozi menolak namun akhirnya dia terima juga cadangan sahabatnya itu. Menurut Ani, ramai yg terkejut akan keputusannya membenarkan suaminya berkahwin dengan Rozi, tapi dia yakin,Rozi yg dikenali tidak akan melakukan seperti apa yg dikatakan oleh orang2 sekelilingnya. Sy yg mendengar keputusan Ani pun, bukan main terkejut. Tak sangka Ani boleh bertindak sejauh itu.
Hari ini, Ani mengadu dengan sy betapa dia tidak menyangka apa yg berlaku pada hari ini. Rozi yg sangat dikenali seolah2 sudah menjadi orang lain. Rozi sanggup lakukan apa saja asalkan Ani dan suaminya bercerai. Menurut Ani, Rozi tidak mahu berkongsi kasih dengannya. Sy bertanya pada Ani, sejak bila Rozi bersikap sedemikian rupa. Menurut Ani, sebulan selepas Rozi menjadi madunya dan hingga kini sikap Rozi tidak pernah berubah walaupun usia pernikahan mereka sudah menjangkau 2 tahun. Sy bertanya lagi apa reaksi suaminya? Suaminya akan menyalahkannya semula kerana menurut suaminya, perkahwinannya dengan Rozi adalah permintaan Ani sendiri.
Kasihan kawan sy, Ani. Sukar untuk sy memberi sebarang komen kerana bagi sy semua sudah terlambat. Sy akui Ani yg sy kenali, memang baik orangnya tapi memang sudah menjadi adat, manusia yg baik akan sering menjadi mangsa bagi mereka yg suka mengambil kesempatan. Seperti kehilangan idea, sy hanya menasihati Ani supaya bersabar kerana Allah sedang menguji hambaNya. Sy tahu, entah berapa kalilah Ani menerima nasihat yg sama drp orang2 terdahulu drp sy tetapi sy benar2 tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berupa nasihat kerana hati sy sangat tersentuh mendengar ceritanya.
' Buat Ani, percayalah Allah tidak menguji hambaNya begitu sahaja. Mungkin ujian inilah yg akan menaikkan martabat Ani sebagai seorang muslimah sejati, penyabar dan akur pada qada dan qadar. Jangan bersedih, Ani kerana sekasih mana kita kepada suami. namun ia tetap pinjaman. Sekiranya Dia mengambil orang2 yg kita sayangi, kita tetap akan berasa kehilangan cuma dalam situasi yg berbeza'.
Kisah kawan sy ini benar2 menjadi pengajaran pada sy dan kesimpulan yg boleh sy buat: Jangan lakukan sesuatu untuk mendapat pahala jika kita tidak mampu menerima apa yg berlaku disebaliknya. Lebih baik kita tidak berbuat baik jika akhirnya kita mendapat dosa.
Susah nok beri komen. Cuma aku boleh kata jangan bercerai. Biar duduk asing dulu. Kalau boleh janganlah serumah. Sebaiknya Ani keluar dari rumah tu bersama anak-anak. Tunggulah di akhir cerita ini nanti. Ada sesuatu yang menanti di penghujung cerita. Dari peristiwa ini Ani boleh menilai erti sebuah persahabatan. Banyak berdoa. Sibukkan diri supaya dapat mengurangkan fikiran kita kearah yang satu ini. Ini satu ujian yang Dia beri. Tak tahu kenapa..... tapi aku tahu ada sebab disebaliknya. Fikirkan lah.....
BalasPadamya...mungkin benar apa yg 'tanpa nama' kata....Dalam keadaan genting, hanya pada Allah sy tempat kita meminta. Sy juga percaya, ada sebab disebalik setiap kejadian
BalasPadamNi cerita dalam kategori "SERAM" ni.......
BalasPadam