Isnin, 29 Ogos 2011

Kenangan Menjelang Raya

Berbuka puasa bersama Idah....kakak sy
Selamat Hari Raya buat semua.
Pasti smua akan pulang ke kampung halaman bertemu sanak dan saudara dan sy pula akan ke satu destinasi yg berbeza dari kebanyakan orang biasa. Ke mana???? (Opss..biarlah rahsia)

Bila menjelang raya, pasti kita ada kenangan tersendiri. Memang indah kenangan2 seperti ini dikenang kembali. Lebih2 lagi bagi mereka yg telah berumah tangga. Mesti kita akan terkenang kembali zaman bujang kita dahulu, beraya bersama ibu, bapa serta adik beradik yg lain.Memandangkan sy tidak ramai saudara mara, maka kami berhari raya dengan keluarga sahaja. Walau bagaimana pun, kemeriahannya turut dirasa. Ibu sy memang bijak mengatur kerja. Kami ada tugas tersendiri untuk menyambut Aidil Fitri.

Mengacau dodol merupakan kenangan indah untuk dikenang walau pun pada ketika itu, kami adik beradik paling takut jika emak bercadang nak buat dodol. Manakan tidak, mengacau dodol adalah aktiviti yg paling meletihkan.Jadi, kami adik beradik akan mengacau dodol secara bergilir2. Apa yg menyeronokkan, setiap orang akan mengacau dodol mengikut panjang sebuah lagu. Dan apabila lagu itu bertukar, maka orang lain pula yang mengambil alih tugas mengacau dodol. Dan ketika itu, berlaku juga rasa kecil hati dengan kakak2 yg lain kerana dari awal ada yg set lagu pendek ketika giliran mereka mengacau dodol. Seronok apabila diingat semula.

Malam menjelang raya, biasanya kami tidak tidur hingga ke pagi. Masa itulah ibu memasak rendang, merebus ketupat di luar rumah dgn menggunakan dapur kayu dan memasak kuah kacang dengan dibantu oleh kakak2 sy.  Biasanya, kakak sulung sy sibuk dengan resepi nasi minyaknya. Kakak yg kedua, akan sponsor mercun dan bunga api yg akan dibakar pada waktu malam ketika kami sibuk memasak ketupat dan rendang. Kakak ke tiga, memang sibuk membantu emak memasak sbb dia agak pandai dlm bidang ini. Kakak ke empat pula, mengemas sbb menurut kata emak, kakak sy yg ni paling teliti dlm urusan kemas mengemas ni. Sy selalunya mengambil tugas memberus lantai rumah. Bagi sy, itu je yg paling mudah. Adik perempuan sy, selalunya mengelap tingkap. Cuma adik lelaki sy yg sorang ni, memang tidak ada kerja rasmi. Almaklumlah, adik bongsu....masih manja lagi. Memang indah dan sungguh bererti apabila kenangan2 ini diingat kembali.

Kesian anak2 sy. Mereka tidak akan dapat suasana seperti yg sy rasa. Anak2 sy cuma nampak kesibukan sy menyediakan juadah di pagi raya. Itupun berlaku di ruang dapur yg sempit. Keadaan dan masa tidak mengizinkan sy melakukan perkara yg sama seperti apa yg sy rasa pd zaman remaja.

Rindu pada suasana itu juga tidak mungkin berlaku lagi pada hari ini walaupun sy balik ke kampung kerana suasana pd hari ini sangat berbeza. Ibu dan ayah sudah dimamah usia, dan adik beradik yg lain sudah ada tanggungjawab masing2. Sy rindukan semua itu. Suasana yg dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan akan menjadi kenangan yg sukar dilupakan. Apa yg harus sy lakukan sekarang, sy juga harus mencipta peristuwa bersama suami dan anak2 sy agar peristiwa yg berlaku pada hari ini juga akan menjadi kenangan buat mereka pada suatu hari nanti. Insyallah.....

Hari ini....30 Ogos 2011, kita menyambut kemenangan selama sebulan kita berjuang melawan nafsu. Selamat hari raya buat Emak, Abah, Kakak, Acim, Ani, Idah, Liza dan Lily drp kami sekeluarga. Maaf atas segala kesalahan yg telah sy lakukan. Buat keluarga mentua juga,selamat hari raya...maaf zahir batin.
Selamat hari Raya....

Maaf Zahir Barin...

6 ulasan:

  1. Sedih bila kita imabas kembali zaman kanak2 ye.
    Tapi akan datang Wawa tak akan rasa sedih. Sebab masa akan datang Wawa tak perlu pergi mana-mana lagi. Sebab masa tu Wawa akan tunggu anak menantu dan cucu pulang ke kampung berhari Raya.

    BalasPadam
  2. tak tahu lagi....sebab bila bercakap masa akan datang, kita tak dapat bayangan pun. Doa dan harapan semuanya berjalan dgn baik. Memang sedih sebenarnya tapi apakan daya, kenangan silam tidak boleh diulang semula

    BalasPadam
  3. dah lama betul x jumpa keluarga nora....dorg masih ingat aku tak?

    BalasPadam
  4. Nora yakin,diorang masih ingat sbb, Lin merupakan kawan yg pertama bermalam kat rumah nora....Masa Lin berada kat rumah nora tu pun, berlaku juga peristiwa sedih ke atas kita. Tentu Lin masih ingat,kan???? Cepat masa berlalu...dan sekarang kita pulak menjadi IBU

    BalasPadam
  5. Lin kak Ida ingat lah kamu. Peristiwa bergurau atas katil dan almari rumah tu......Jeng...Jeng...Jeng.......

    BalasPadam
  6. eiiiii kak ida.!!!!!...t/kasih sbb msih ingat saya....apa taknya.....mana ada tetamu bergurau cmgitu.....sampai pecah cermin almariii.....kocotttt porut den..nora la tu...suka sangat main geletek2....kihkihkih (hah...kan dah pecah rahsia)...rindulah ngn korg

    BalasPadam