Isnin, 5 September 2011

Transformasi........

Sorry,kena padam  no hp pengirimnya.......(demi kebaikan)

Kad ini adalah kad raya yg diberi oleh kawan anak lelaki sy yg berada dlm tingkatan 1 dan pengirimnya adalah seorang murid perempuan. Tatkala sy membuka kad ini, di dalamnya terkandung RM 2 yg menurutnya adalah duit raya yg diberikannya kepada anak lelaki sy. Pada awalnya, sy tergelak besar dan rasa lucu itu dikongsi bersama dgn anak2 sy yg lain hingga menyebabkan anak bongsu sy tersipu2 malu. Kelakar sungguh sy membaca kata2 yg tertera pada kad ini.  Apa yg ingin sy kongsikan di sini, betapa beraninya anak2 perempuan  zaman sekarang melahirkan rasa rindunya pada lelaki walaupun usia baru 13 tahun. Terlalu jauh bezanya dgn zaman ketika sy menjadi murid sekolah dahulu.....malu, takut, segan dan paling tidak sama sekali menyentuh kawan lelaki.  Zaman benar2 berubah.........Ya, satu tranformasi yg menakutkan.
Renung-renungkan!!!!!!

Isnin, 29 Ogos 2011

Kenangan Menjelang Raya

Berbuka puasa bersama Idah....kakak sy
Selamat Hari Raya buat semua.
Pasti smua akan pulang ke kampung halaman bertemu sanak dan saudara dan sy pula akan ke satu destinasi yg berbeza dari kebanyakan orang biasa. Ke mana???? (Opss..biarlah rahsia)

Bila menjelang raya, pasti kita ada kenangan tersendiri. Memang indah kenangan2 seperti ini dikenang kembali. Lebih2 lagi bagi mereka yg telah berumah tangga. Mesti kita akan terkenang kembali zaman bujang kita dahulu, beraya bersama ibu, bapa serta adik beradik yg lain.Memandangkan sy tidak ramai saudara mara, maka kami berhari raya dengan keluarga sahaja. Walau bagaimana pun, kemeriahannya turut dirasa. Ibu sy memang bijak mengatur kerja. Kami ada tugas tersendiri untuk menyambut Aidil Fitri.

Mengacau dodol merupakan kenangan indah untuk dikenang walau pun pada ketika itu, kami adik beradik paling takut jika emak bercadang nak buat dodol. Manakan tidak, mengacau dodol adalah aktiviti yg paling meletihkan.Jadi, kami adik beradik akan mengacau dodol secara bergilir2. Apa yg menyeronokkan, setiap orang akan mengacau dodol mengikut panjang sebuah lagu. Dan apabila lagu itu bertukar, maka orang lain pula yang mengambil alih tugas mengacau dodol. Dan ketika itu, berlaku juga rasa kecil hati dengan kakak2 yg lain kerana dari awal ada yg set lagu pendek ketika giliran mereka mengacau dodol. Seronok apabila diingat semula.

Malam menjelang raya, biasanya kami tidak tidur hingga ke pagi. Masa itulah ibu memasak rendang, merebus ketupat di luar rumah dgn menggunakan dapur kayu dan memasak kuah kacang dengan dibantu oleh kakak2 sy.  Biasanya, kakak sulung sy sibuk dengan resepi nasi minyaknya. Kakak yg kedua, akan sponsor mercun dan bunga api yg akan dibakar pada waktu malam ketika kami sibuk memasak ketupat dan rendang. Kakak ke tiga, memang sibuk membantu emak memasak sbb dia agak pandai dlm bidang ini. Kakak ke empat pula, mengemas sbb menurut kata emak, kakak sy yg ni paling teliti dlm urusan kemas mengemas ni. Sy selalunya mengambil tugas memberus lantai rumah. Bagi sy, itu je yg paling mudah. Adik perempuan sy, selalunya mengelap tingkap. Cuma adik lelaki sy yg sorang ni, memang tidak ada kerja rasmi. Almaklumlah, adik bongsu....masih manja lagi. Memang indah dan sungguh bererti apabila kenangan2 ini diingat kembali.

Kesian anak2 sy. Mereka tidak akan dapat suasana seperti yg sy rasa. Anak2 sy cuma nampak kesibukan sy menyediakan juadah di pagi raya. Itupun berlaku di ruang dapur yg sempit. Keadaan dan masa tidak mengizinkan sy melakukan perkara yg sama seperti apa yg sy rasa pd zaman remaja.

Rindu pada suasana itu juga tidak mungkin berlaku lagi pada hari ini walaupun sy balik ke kampung kerana suasana pd hari ini sangat berbeza. Ibu dan ayah sudah dimamah usia, dan adik beradik yg lain sudah ada tanggungjawab masing2. Sy rindukan semua itu. Suasana yg dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan akan menjadi kenangan yg sukar dilupakan. Apa yg harus sy lakukan sekarang, sy juga harus mencipta peristuwa bersama suami dan anak2 sy agar peristiwa yg berlaku pada hari ini juga akan menjadi kenangan buat mereka pada suatu hari nanti. Insyallah.....

Hari ini....30 Ogos 2011, kita menyambut kemenangan selama sebulan kita berjuang melawan nafsu. Selamat hari raya buat Emak, Abah, Kakak, Acim, Ani, Idah, Liza dan Lily drp kami sekeluarga. Maaf atas segala kesalahan yg telah sy lakukan. Buat keluarga mentua juga,selamat hari raya...maaf zahir batin.
Selamat hari Raya....

Maaf Zahir Barin...

Selasa, 23 Ogos 2011

Rindu.......

Rindu....
Tatkala syawal menjelang tiba, kedengaran suara2 rintihan yang menggambarkan rasa rindu pada orang yg disayangi dan kini sudah tiada lagi. Sy hanya mendengar dan menumpang rasa kesedihan kawan2 yg kehilangan orang2 yg disayangi itu. Tiada siapa yg dapat membantu tatkala rasa rindu dgn orang2 yg disayangi itu wujud dalam hati kerana orang yg disayangi itu telah kembali menemui Allah swt, lebih2 lagi  ketika umat Islam menyambut kedatangan Syawal yg tidak beberapa lama lagi.  Yang hidup, pasti akan mati. Jadi, tiada siapa yg dapat membantu mengembalikan orang2 yg terdahulu pergi menemui Ilahi. Yang boleh kita lakukan, hanya berdoa untuk orang2 yg disayangi agar rohnya dicucuri rahmat.

Bila mendengar butir bicara kawan2 sy yg kehilangan ibu,bapa, suami, isteri mahupun anak2, hati sy bagai disentap kerana turut merasai kesedihan itu. Kesudahan cerita drp kawan2 yg mengimbau semula kenangan bsama orang2 yg tersayang yg telah pergi, akan disudahi dengan deraian air mata sbg tanda  rindu yg amat sgt menguasai diri. Dan....saya dan mereka akur,  yang pergi tak kan kembali lagi.

Terdetik di hati sy, mengapalah orang2 di luar sana tidak mahu menghargai orang2 yg berada di sekeliling mereka. Ramai antara kita terleka untuk menghargai org2 yg banyak berjasa kepada kita. Kita tidak menghiraukan kehadiran org2 yg tersayang ketika mereka masih ada dan apabila orang2 yg disayangi telah tiada, barulah kita akan merasai kehadirannya sebelum ini.

Menjelang ketibaan Aidil Fitri ini, pulanglah menemui kedua ibu bapa dan orang2 yg disayangi selagi mereka masih ada. Ambillah kesempatan yg ada selagi mereka masih bernyawa. Tiada siapa yg boleh meredakan kerinduan yg melanda terhadap orang2 yg telah tiada.

Saya?????
Sy juga sarat menanggung rindu dengan orang2 yg sy sayangi. Namun, apakan daya.........
Apa yg mampu sy buat, pujuklah diri sendiri agar rasa rindu tidak mengatasi rasa rindu sy kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw.  Belajar menerima kenyataan dan percaya kepada setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.Biarlah rindu itu sy simpan nun jauh di sudut hati sy. Tidak perlu dikongsi dan berkongsi dgn sesiapa kerana terlalu sedikit org yg memahami erti kerinduan yg bersarang di hati sy.

p/s: Buat anakanda yg disayangi...hargailah setiap anugerah yg telah Allah beri, kerana anugerah yg berharga itu tidak akan kita perolehi berkali-kali dalam hidup yg singkat ini.