Isnin, 15 Ogos 2011

Anak Bangsa Kita

Apa nak jadi dengan remaja sekarang ni???
Kalaulah begini sikap yg mereka tunjukkan, sy pasti keturunan nabi Adam ini akan musnah suatu hari ini. Kalaulah remaja sekarang, dah begitu berani gila melakukan maksiat yg melampau, tidakkah kita terbayang bentuk kelakuan anak2  kecil yang baru lahir pada tahun ini ? Lebih2 lagi bayi2 yg beribu bapakan remaja yang pernah melakukan perbuatan terlarang lagi terkutuk ketika ini.

Semalam, kawan sy bercerita panjang tentang penyebaran video lucah di mana sipelakunya ialah pelajar2 dari sekolahnya. Tindakan awal yg dilakukan oleh kawan sy, melaporkannya kepada Guru Kanan Hal Ehwal Murid. Apabila dipanggil gadis yg terlibat, dia mengaku bahawa pelakon yg tidak dibayar  lg tidak bermaruah  dlm video itu adalah dirinya dan lelaki itu adalah kekasihnya yg juga dari sekolah yg sama tetapi berlainan kelas.

Wah!!!! kagumnya sy melihat keberanian remaja kini melanggar hukum Allah walaupun dalam bulan yang mulia penuh barakah ini. Astagfirullahhalazim......subhanallah......

Memandangkan adegan seperti ini wanita lebih diekploitasi, maka pihak sekolah memanggil bapa pelajar perempuan ini.

Pada awalnya, si bapa menerima kenyataan oleh pihak sekolah tentang anaknya yang dah terlanjur namun selang beberapa hari, si bapa menukar pula pemikirannya dgn menuduh anaknya tidak mungkin melakukan perkara terkutuk itu walaupun video lucah adegan haram itu sudah pun tersebar di kalangan pelajar2 yg lain. 'Hai, si bapa.....adakah anda juga pernah melakukan perkara yg sama semasa muda remaja dahulu hingga sanggup mempertahankan lagi anak yg telah menarik tangan bapa sendiri ke neraka?'

Apa yg paling menakjubkan dan mengejutkan sy, 2 hari selepas kejadian ,si gadis tidak datang ke sekolah. Setelah dirisik drp kawan2nya, maka kawan sy (guru kelas pelajar berkenaan) dan Guru HEM menelefon ayah si gadis agar turut serta ke lokasi yang dijangka si anak dan kekasihnya berada. Setelah sampai ke rumah lelaki tersebut, maka maklumat yg diberi oleh rakan2 mereka, memang tepat dan benar belaka. Lagi mengejutkan dan menakutkan, si ibu lelaki ada di dalam rumah tersebut dan mengetahui maksiat berlaku di rumahnya ketika bulan puasa. 'Wahai si ibu, tidakkah anda tahu bahawa anda turut sama diheret ke neraka kerana membenarkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku di rumah anda? Siapa juga anda sebelum ini?'

Inilah kebenaran dan kenyataan yang berlaku pada alaf ini. Manusia begitu berani melakukan maksiat secara terang-terangan.  Sangat menakutkan sy. Sumpah!!!!! Sy sangat takut dengan apa yg melanda remaja ketika ini. Dalam masa yg sama, sy terfikir sendirian, bala apakah yg akan melanda dunia ini apabila maksiat dilakukan secara berleluasa tanpa ada rasa takut kepada Allah. Dan,janji Allah adalah pasti....bala pasti berlaku seandainya maksiat tidak dapat lagi dibendung.

Sy  bukan maksum hingga tidak melakukan dosa tetapi tegarkah kita sebagai ibu dan bapa mengheret sama anak2 kita ke neraka? Seandainya kita pernah melakukan kekhilafan lalu, berusaha dan mohonlah kepada Allas swt agar lindungilah anak2 kita drp melakukan perkara yg sama. 

Wallahualam...........


p/s: Teringat sy akan anak2 didik sy yang tidak tahu mengerjakan solat walaupun dah tingkatan 5. Apabila ditanya, rata2 jawapan mereka : Standard lah cikgu, remaja sekarang tak sembahyang!!!

Khamis, 11 Ogos 2011

Mampukah Kita Berkongsi Kasih?

Kongsi Pengalaman. Begitulah sy klasifikasikan blog sy ini agar ada cerita yg boleh dikongsi bersama. Tak kiralah sama ada cerita sy, mahupun cerita teman2 di sekeliling sy. Tujuan kita berkongsi, samata2 untuk dijadikan panduan atau sempadan. Kali ini, sy ingin berkongsi cerita yg sy kira menarik juga. Cerita berkongsi kasih dengan kawan baik sendiri. Cerita kawan sy yang mempunyai seorang sahabat yg dianggap seperti  saudara sendiri hingga dia sanggup membenarkan suaminya kahwin dengan sahabatnya itu.

Untuk memudahkan cerita, sy namakan kawan sy itu Ani dan adiknya Rozi. Menurut Ani, hubungannya dengan Rozi sangat akrab dan mereka bersahabat sejak zaman bersekolah hinggalah ke universiti yg kebetulannya mereka satu universiti tetapi lain caurse. Mereka sebaya cuma Ani tua  9 bulan dari Rozi. Hubungan akrab mereka memang diketahui oleh warga universiti kerana mereka sering berdua ke sana ke mari. Ani lebih dahulu mendirikan rumah tangga dan kini mempunyai 3 orang cahaya mata. Usia perkahwinannya kini mencecah 20 tahun. Dua tahun lepas, Rozi kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana kemalangan. Memandangan Rozi anak tunggal, dan masih belum bersuami (wlaupun ketika itu Rozi berumur 39 tahun),sudah tentu dia tinggal bersendirian. Ani mempelawanya tinggal bersama. Untuk tidak dipandang serong oleh jiran tetangga, Ani mencadangkan agar suaminya mengahwini Rozi. Pada awalnya Rozi menolak namun akhirnya dia terima juga cadangan sahabatnya itu. Menurut Ani, ramai yg terkejut akan keputusannya  membenarkan suaminya berkahwin dengan Rozi,  tapi dia yakin,Rozi yg dikenali tidak akan melakukan seperti apa yg dikatakan oleh orang2 sekelilingnya. Sy yg mendengar keputusan Ani pun, bukan main terkejut. Tak sangka Ani boleh bertindak sejauh itu.

Hari ini, Ani mengadu dengan sy betapa dia tidak menyangka apa yg berlaku pada hari ini. Rozi yg sangat dikenali seolah2 sudah menjadi orang lain. Rozi sanggup lakukan apa saja asalkan Ani dan suaminya bercerai. Menurut Ani, Rozi tidak mahu berkongsi kasih dengannya. Sy bertanya pada Ani, sejak bila Rozi bersikap sedemikian rupa. Menurut Ani, sebulan selepas Rozi menjadi madunya dan hingga kini sikap Rozi tidak pernah berubah walaupun usia pernikahan mereka sudah menjangkau 2 tahun. Sy bertanya lagi apa reaksi suaminya? Suaminya akan menyalahkannya semula kerana menurut suaminya, perkahwinannya dengan Rozi adalah permintaan Ani sendiri.

Kasihan kawan sy, Ani. Sukar untuk sy memberi sebarang komen kerana bagi sy semua sudah terlambat. Sy akui Ani yg sy kenali, memang baik orangnya tapi memang sudah menjadi adat, manusia yg baik akan sering menjadi mangsa bagi mereka yg suka mengambil kesempatan. Seperti kehilangan idea, sy hanya menasihati Ani supaya bersabar kerana Allah sedang menguji hambaNya. Sy tahu, entah berapa kalilah Ani menerima nasihat yg sama drp orang2 terdahulu drp sy tetapi sy benar2 tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berupa nasihat kerana hati sy sangat tersentuh mendengar ceritanya. 

' Buat Ani, percayalah Allah tidak menguji hambaNya begitu sahaja. Mungkin ujian inilah yg akan menaikkan martabat Ani sebagai seorang muslimah sejati, penyabar dan akur pada qada dan qadar. Jangan bersedih, Ani kerana sekasih mana kita kepada suami. namun ia tetap pinjaman. Sekiranya Dia mengambil orang2 yg kita sayangi, kita tetap akan berasa kehilangan cuma dalam situasi yg berbeza'.

Kisah kawan sy ini benar2 menjadi pengajaran pada sy dan kesimpulan yg boleh sy buat: Jangan lakukan sesuatu untuk mendapat pahala jika kita tidak mampu menerima apa yg berlaku disebaliknya. Lebih baik kita  tidak berbuat baik jika akhirnya kita mendapat dosa.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Cerita Warna Rambut

Siang tadi sy didatangi oleh seorang teman lama....teman semasa sy dan dia sama2 di sekolah menengah. Sy kagum dengannya kerana wajahnya tak banyak berubah. Dia mengenakan selendang yang masih menampakkan sebahagian daripada rambutnya. Rambutnya sedikit perang kerana diwarnakan. Dia tetap cantik seperti dulu.

"Wah, nora....tak sangka engkau bertudung juga akhirnya." Itulah ayat pertama yang lahir drp mulut kawan sy. Sy tersenyum sahaja kerana sy tahu, dia berasa hairan melihat sy memakai tudung. Maklumlah, semasa di alam persekolahan dulu, sy adalah salah seorang dari tiga pelajar yang tidak mengenakan tudung berbanding dengan kawan2 yg lain. Sy masih memakai gaun sekolah hingga tingkatan lima. Pada masa itu, sy dan dua org teman yg lain, selalu menjadi bahan kutukan kawan2 sebaya dan sering juga ditegur oleh guru2 dan ustazah. Ketika itu, bukan sy tidak mahu mengenakan tudung di kepala tetapi.................( Biarlah rahsia.....pinjam tajuk lagu Dato Siti Nurhaliza )Teman sy ini, memang sejak dulu memakai tudung, justeru tidak hairanlah dia agak terkejut melihat sy yang telah memakai tudung sepenuhnya.

"Aku pulak yg tak pakai tudung bila dah tua-tua ni. Aku rasa malu pulak dengan engkau", katanya lagi.
Sy tidak menjawab pun kata2nya melainkan tersenyum saja. Kami berbual kosong pada petang itu dan kebanyakan perbualan kami hanya tentang kenangan semasa di sekolah menengah.

"Nora, kau dah ada uban tak? Aku punyalah banyak. Nak kata tua sangat, rasanya kita ni belum la tua,kan?" 
"Hai, kalau dh beruban tu, maknanya kita dah tualah. Bukan ke uban tu sbagai tanda peringatan drp Allah yg kita dah tua?" Tanya sy kembali.

"Aku rasa, aku macam tak bersedia nak tua. Mcm tak puas je rasa muda. Ha ha ha..."
Sy pun tergelak juga mendengar kata2 kawan sy ni. "Engkau tak takut ke jadi tua?" Dia menyambung kembali kata2nya. 

"Oh, sebab takutlah maka engkau mewarnakan rambut tu? Dengan mewarna rambut tu, engkau nak tipu siapa?" Tanya sy sambil menepuk pipinya yang masih tegang.
"Ala....aku pakai jenama Syurah la.... Ada tanda halal lagi. Aku bukan nak tipu sesiapa, tapi aku nak  sentiasa muda di mata suami aku.Betul tak???" Kawan sy yang suka gelak dari sekolah ini masih tidak berubah hingga ke hari ini. Mungkin juga kerana kuat gelak, menyebabkan dia selalu nampak ceria dan muda. "Eh, Nora...betul tak aku cakap ni?" Dia terus bertanya apabila pertanyaannya tidak sy jawab dengan segera.

"Aku tak ada kekuatanlah nak menjawab pertanyaan engkau tu sebab aku pun tidak arif pasal agama ni. Tapi sekadar berkongsi pendapat, bolehlah. Itupun kalau engkau tak sensitif", jawab sy.
"La.....sejak bila pulak aku ni sensitif? Engkau mcm tak kenal aku?"
"Oklah....tp apa yg aku ckp ni, sekadar perkongsian ilmu tau.Nanti engkau rujuklah dengan orang yg lebih arif."
"Ok, ok...apa pendapat engkau dgn kenyataan aku tadi?" Nampaknya kawan sy benar2 inginkan jawapan drp sy. Spontan ketika itu juga, sy memikir2 apakah ayat yg paling sesuai untuk sy zahirkan agar tidak disalahertikan.

"Macam nilah....aku sekadar beri pendapat yg engkau minta,ok? Aku tahu engkau gunakan produk Syurah. Mungkin betul engkau cakap. Kalau dh dpt kelulusan halal, maka kita terimalah bahannya tu halal. Tapi, engkau yakin ke yang bahan itu tidak menutup lapisan rambut dan kulit kepala? Serupa juga kalau cat terkena kat tangan kita. Bahan tu mungkin halal tetapi tidak sah wuduk kita jika cat itu telah menutup lapisan kulit hingga tidak mampu ditelusi air." Jawab sy sekadar memberi pandangan berdasarkan apa yg pernah sy baca.

"Tapi Nora, kalau nak ambik wuduk, memadai kita basahkan 3 helai rambut sahaja,"jawabnya  menyangkal pendapat sy.
"Macam mana pula kalau engkau nak mandi  hadas? Bukankah  kita harus meratakan air ke seluruh tubuh, bulu dan rambut?" Tanya sy kembali. Kali kawan sy terdiam. Sy cuba membawa dia berfikir pula kepada kenyataannya tadi....'biar kelihatan muda di mata suami'.

"Tentang engkau nak kelihatan muda di mata suami tu, betul tapi selain drp apa yg aku cakap tadi cuba engkau tengok sekarang. Engkau bukan sahaja nak kelihatan muda di mata suami, tapi engkau nak kelihatan muda di mata semua orang. Sebab tu, engkau pakai selendang yg masih menampakkan rambut,kan?" Sy cuba mengusik dia. Tiba2 je terhambur derai tawa kawan sy. Sy tahu, dia tak dpt menjawab usikan sy. Kami sama2 ketawa besar. Inilah keistimewaan dia sejak dari dulu lagi. Dia jarang melenting sejak dari sekolah berbanding dengan sy yg terlalu byk kelemahan dari aspek menahan sabar.

" Betul juga ek? Ai...aku slender nak jawab ni!!!" Kawan sy mengangkat kedua2 tangannya.
"Aku bukannya nak bertanding. Mcm mana ada kalah, menang ni? Tadi, bukan ke engkau tanya pendapat aku? So, ini  hanya pandangan peribadi je. Apapun, engkau rujuk juga pada mereka yg lebih arif. Aku pun bukan bagus pun. Pakai tudung pun masih pendek lagi tp, kita sama2lah berusaha ke arah yg lebih baik." Risau juga sy kalau kata2 sy menyebabkan dia terasa. Inilah masalah sy, selalu rasa bersalah setelah memberi pendapat. 

"Sori ya kalau aku menyinggung perasaan engkau. Sumpah aku tak niat apa2 cuma aku memberi pendapat   yg engkau minta. Aku minta maaf, tau". Sy mula merasa bimbang. 
"Wei, Nora....aku sikit pun tak terasalah. Kan aku yg tanya pndapat engkau tadi? Tp, engkau ni dari dulu memang ada prinsip tersendirilah. Sumpah aku tak tersinggung pun malah apa yg engkau cakap tu, betul jugak." Leganya hati sy mendengar pengakuannya. Alhamdulillah....

Kami menyambung lagi cerita2 yg berlaku pd zaman sekolah hingga tidak sedar jam dah pun menunjukkan ke pukul 5.00 petang. Seronok berjumpa dgnnya yang  sejak tamat tingkatan 5 kami tidak pernah berjumpa. 

Untuk panduan:


p/s : Ya Allah.....berikanlah aku hidayahMu kerana aku adalah insan yg terlalu byk melakukan dosa di muka bumi ini.