Sabtu, 21 Januari 2012

Cerita Sahabat part II

":Baik betullah engkau ni....boleh bagi kawan pinjam kereta?"
Itulah reaksi kawan2 sy bila mendapat tahu sy pergi ke sekolah dgn menumpang kawan2. Baik ke  sy????? Tidak pernah terfikir pulak tentang perkara ini. Bagi sy, sebagai seorang sahabat, sudah tentu kita harus membantu sahabatnya yg mengalami kesusahan.Sahabat sy, memang mengalami kesulitan ketika ini kerana dia mengalami kemalangan hingga menyebabkan keretanya rosak teruk. Dan, sy sbg sahabat pula, sudah tentulah  bertanggungjawab membantunya. Dan yg menghairankan sy, mengapa hal ini merupakan sesuatu yg pelik bagi org2 yg berada di sekelilingi sy?

Mungkin bagi mereka pelik kerana mereka tidak ada sahabat baik. Orang yg tidak ada sahabat baik, sudah tentu tidak memahami dan menghayati  erti perhubungan dengan org lain Mungkin mereka  hanya menjaga hubungan mereka dgn suami/isteri, anak2 dan saudara  mara mereka sendiri. Mungkin juga bagi mereka hubungan dgn orang lain, tidak perlu ada dlm hidup mereka. Mungkin......mungkin....mungkin....segala kemungkinan. 

Bila ada orang yg bertanya pada sy akan hal ini, sudah tentu jawapan sy akan menambahkan rasa hairan mereka kepada sy. Tak kisahlah kerana sy memahami apa yg mereka rasa kerana mereka tidak pernah merasai apa yg sy rasa.

Percaya atau tidak........ :-
-Sy pernah menerima kereta Toyota drp seorang kawan apabila kereta proton sy dicuri org, suatu ketika dahulu.
-Sy pernah menerima RM 2000.00 ketika sy menyambung pelajaran ke Universiti
-Sy pernah dipinjamkan laptop sepanjang tempoh pengajian sy di Universiti
Itu adalah antara peranan sahabat baik sy ketika sy memerlukan semua perkara2 tersebut . So, apalah sangat jika sy hanya meminjamkan kereta sy hanya dalam tempoh yg sangat singkat pada seorang sahabat ketika dia memerlukannya.

Memiliki seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Kadang-kala, bersama sahabat amat melelahkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan semakin kukuh dan sgt bernilai.Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
p/s: Erti sahabat sangat tinggi nilainya.....so,peliharalah jika kita sudah memilikinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan