Inilah keluarga bahagia saya.....
Harapan saya, smoga kami bahagia selamanya. Sayangnya suami sy tidak ada dalam foto ni, sebab dia yg ambil gambar ni. "Maaflah ya, bang...susah betul kita nak dapat gambar satu family".
Bila melihat anak2 yg dah kian dewasa, tiba2 je hati sy menjadi sayu. Manakan tidak, suatu ketika dahulu, sy bukan tergolong dalam gadis2 yg berhemah dan lemah lembut. Sy kurang suka memakai baju kurung dan tidak bertudung. Dunia sy simple dan bukan dari kalangan gadis bersopan santun. Dan, jauh sekali pandai memasak.
Tak sangka, dlm keadaan sy yg bukan seperti gadis2 lain, sy mampu juga membesarkan anak2 dgn cara dan teori sy sendiri.Dan yg penting, untuk setakat ini, syukur alhamdulillah kerana anak2 tidak memeningkan kepala sy. Kadang2, sy rasa mcm tidak percaya dengan apa yg sy ada sekarang. Apa pun, semua yg sy miliki ini adalah anugerah dari DIA juga. Sesungguhnya, Sy bersyukur atas anugerah yg tidak ternilai ini. Biarlah sy tidak mewah dengan harta benda tetapi yang penting kami bahagia dengan cara hidup kami yang sederhana.
P/s : Lihatlah saya semasa remaja dahulu. Gonjeng je nampaknya bukan? Pakai tudung pun nampak jambul. Lengan baju dilipat sampai ke pangkal. Ha ha ha...kelakar!!!!!
Sekarang baru perasan ye.....syukur alahamdulliah. Wa.....aku betul-betul happy. Inilah berkat kesabaran dan sesuatu yang hendak DIA berikan kepada kamu. Betullah....setiap kejadian mesti tertulis sesuatu disebaliknya. Hanya kita tidak tahu apa sebenarnya yang DIA mahukan. Sekarang kita nampak kan. " Kau Tem"
BalasPadamwahai 'tanpa nama berkata.....'
BalasPadamNampaknya,awak pun dah boleh jadi penulis sekarang. Susunan bahasa agak baik sekali. Tahniah jg.
Jadi, sama2 lah kita bersyukur dengan apa yg kita miliki sekrang. Mungkin apa yg terjadi sama ada pada awak atau sy, tentu ada hikmah disebaliknya. Insyaallah....