Jumaat, 8 November 2013

Anda Dalam Kategori Mana?

Kawan-kawan di sekeliling kita memang ada pelbagai peringkat.Kepelbagaian  inilah yg menyebabkan kita dapat melihat di mana kategori kawan-kawan kita .Yang pertama, kawan yg hanya boleh diajak  berbual-bual sahaja. Gelak-gelak,gurau senda dan bergembira. Yang kedua, kawan yang boleh kita bawa berbincang dalam hal-hal biasa kerana mereka tidak pandai menyelam hingga ke dasarnya dan yang ketiga kawan yg sangat memahami walaupun perkara yang dibincangkan itu begitu abstrak sekali untuk difahami. Ada juga kawan yang akan hilang di saat kita menghadapi musibah dan memerlukannya sebagai saksi untuk menegakkan kebenaran walaupun dia tahu kita tidak bersalah. Mereka takut untuk melibatkan diri dalam masalah yang kita hadapi. Dan, anda pula dalam kategori mana sepanjang anda bergelar kawan kepada orang lain.

Begitulah yang telah Allah jadikan kita di muka bumi ini.Tidak sunyi dari pelbagai ragam manusia. Kalau semua manusia sama pemikirannya,pandangannya,sikapnya, tentu kita tidak dapat kepelbagaian jenis kawan. Jadi, secara rasionalnya, logiklah kita semua menghadapi kawan-kawan sedemikian rupa dan kitalah yang berhak memilih kawan seperti mana yang kita suka berkawan.

Sepetang sy bersama Kak Mun,  banyak membincangkan kepelbagaian kawan2 yg berada di sekeliling. Kak Mun memang gemar membaca buku dan hasil dapatan yg dibaca, dia akan membincangkannya semula dgn sy. Suka atau tidak, secara tidak langsung sy akan jadi seorang pemikir dengan isu yg dia bawa. Tidak terasa langsung berlalunya masa selama dua jam setengah ketika bersamanya.

Melalui salah satu buku yang kak Mun baca, memang ramailah kawan2 yg sukar untuk 'dibaca ' melalui sikap luarannya. Nampak mcm baik tapi sebenarnya hipokrit. Mereka terpaksa jadi hipokrit kerana kehendak manusia sendiri. Tahu mengapa? Kerana terlalu ramai antara kita yg tidak suka berkawan dgn orang2 yg telus dan tulus dalam berbicara. Kebanyakan dari kita memang suka dengan kawan2 yang meng'iya'kan saja kata2 kita walaupun dia tahu apa yg kita katakan itu tidak benar. Jadi, untuk tidak menibulkan kontradik dalam pendapat, dan tidak mahu berlakunya perselisihan faham yang menjurus kepada persengketaan, maka ramailah antara kita yang menjadi hipokrit. Depan cakap lain, belakang pula cakap lain.Kawan yg hipokrit ini,  memang ramai kawan kerana mereka boleh bertukar dalam byk keadaan mengikut masa dan  kesesuaian. Dan, ramai juga antara kita yang sukar mengesan kawan yg seperti ini kerana mereka tidak ada kemahiran untuk menilai sesuatu yg abstrak.
( Boleh faham ke ayat sy ni?....Kalau tak faham baca dua kali. Kalau tak faham juga, nasib la....)
 

Banyak isu yang kak Mun kupas tentang kawan-kawan yang ada di sekeliling kita. Memang banyak benarnya dengan apa yang kak Mun kata. Terlalu sukar untuk mencari kawan yang sanggup bersama-sama ketika kita sangat memerlukannya. Kategori kawan yang paling ramai ialah kawan yang suka bergelak tawa,bergembira dan hadirnya hanya sekadar hiburan santai semata2. Dan kebanyakan daripada mereka ini tidak sanggup melibatkan diri dalam kontroversi walaupun mereka tahu akan kebenaran itu. Walau bagaimanapun, terpulanglah pada mereka untuk jadi kawan dalam kategori mana mengikut keselesaan mereka.

Sekarang lihat pada diri anda sendiri, jenis kawan bagaimanakah anda dan berapa jenis golongan kawan yang anda ada. Kemudian, sy juga perlu lihat pada diri sendiri juga. Sy ni, jenis kawan yang macam mana pula??? Walau apapun, berusahalah menjadi kawan yang baik kerana kawan yg baik ini sgt tinggi nilainya.

p/s: Kak Mun kata, antara saya dan dia, sangat terlalu byk beza. Kami tak ada langsung titik persamaan dalam byk keadaan baik dari aspek bakat, keseniaan, kepekaan,minat,sikap dan byk lagi. Tapi yg menemukan satu titik persamaan antara kami ialah cara kami berfikir tentang perkara-perkara yang abstrak ini.
(Ya ke Kak Mun???)

Sabtu, 2 November 2013

Insan-Insan Yang Saya Sayang

Saya sayang mereka.......

Miszalin...lin...lin...lin



Cinta Hati Saya
Hai Kak Sarimah    

Sayang buat kak Mun 
Arwah kak Biah....Al-Fatihah 

Ahad, 13 Oktober 2013

Pentingnya Cara Kita Bertutur

Memang sukar menjaga tutur dan kata. Silap berkata-kata, maka buruklah padahnya.
Memang pada awalnya kita semua akan 'respect' pada seseorang apabila melihat seseorang melalui penampilan luarannya  tetapi percayalah, melalui tutur kata jugalah seseorang itu dihormati atau sebaliknya. Biarpun penampilan seseorang biasa-biasa sahaja, tetapi jika ia sentiasa berhemah dalam tutur dan kata, inshaAllah orang akan hormat  padanya sampai bila-bila. Benarkah kenyataan saya ini?????


Jawapan daripada persoalan tersebut sebenarnya berdasarkan pengalaman sy juga. Memandangkan sy ini tergolong dalam kalangan orang yang biasa-biasa dalam berpenampilan  dan banyak kurangnya dalam serba serbi dah tentulah memandang tinggi pada seseorang yang begitu sempurna penampilan dan sahsiahnya tapi dlm masa yg sama,  betul juga kata pepatah Inggeris ' Don't judge the book by its cover' . Sy akur dengan pepatah itu. Adalah satu kesilapan jika sy tetap memandang remeh kepada orang yang berpenampilan biasa2 sahaja dan memandang sangat tinggi kepada seseorang yang berpewatakan seperti muslimah sejati.

Ya, sy terima juga jika ada yg kata ' jangan kaitkan cara seseorang berpakaian dengan tingkah laku' tetapi persoalannya topik yg sy bincangkan ini adalah berkaitan dgn rasa hormat seseorang kepada seseorang. Jika kita ingin dihormati oleh orang lain, kita harus menjaga tutur kata bukan menjaga penampilan luaran sahaja. Waallahualam...
Kenapa sy begitu terpanggil untuk menulis isu ini?
Petang semalam, sy bersantai bersama anak-anak di salah satu tempat rekreasi di Shah Alam. Saya melihat seseorang yang bergitu sempurna cara dia berpakaian. Berhijab labuh hitam, berjubah hitam dan berpurdah hitam. Pada masa itu, sy bertanya pada anak perempuan sy, bila kita nak berpakaian seperti itu. Tiba2 rasa hormat saya begitu tinggi dengan perempuan tersebut. Bagi sy , wanita sepertinya berjaya membatasi diri dari menikmati kecantikan luaran untuk dipandang oleh menusia lain. Hebat, bukan ? Sy melihatnya duduk di atas bangku sambil matanya memandang ke arah tasik. Sungguh, sy memang tertarik. Dalam masa sy berkata2 tentang wanita berpurdah itu, sy melihat pula seorang lelaki dan seorang wanita datang menghampiri wanita berpurdah tersebut. Sy tidak pasti apa yg diperkatakan oleh lelaki tersebut kerana suaranya terlalu perlahan dan hampir tidak kedengaran.

Saya dan anak2 terkesima dan kerkejut apabila mendengar suara wanita berpudah itu dengan jelas kedengaran.

" Awak tak payah nak beri salam  pada sy..dan sy tak ingin pun nak menjawab salam awak.Awak memang jantan tak sedar diri. Mana anak2 sy?? Awak ni memang jantan dayus. Sy tak mahu dengar apa2 dari awak.Bla...bla...bla...."

Melihat keadaan itu, sy mengajak anak2 sy  beredar dari situ kerana sy rasa situasi tersebut tidak begitu  sesuai untuk ditonton oleh anak2 sy. Memang sy tahu perempuan berpurdah itu marah tapi walau dia tidak bersalah sekalipun, dia tetap tidak dapat mengawal rasa amarahnya hingga terlupa sikapnya itu dilihat oleh orang2 yg berada di situ. Sy tidak tahu siapa lelaki dan perempuan itu, tetapi apa yg penting rasa hormat sy hilang secara tiba-tiba melalui tutur dan kata wanita berpurdah itu.

Hari ini, sy berkesempatan melihat satu program''Cinta Ilmu" di TV al-Hijrah. Sy tidak pasti apa topik yg dibincangkan tetapi sy tertarik satu ulasan yg dinyatakan oleh Dr. Zulkifli. Menurut beliau, kita jangan menilai baik dan buruknya seseorang itu dengan hanya memandang zahirnya sahaja kerana adakalanya orang yang kita rasa tak baik itu, jauh lebih baik dari kita yang selama ini kita rasa kitalah yang paling baik. Begitu juga sebaliknya, Sesungguhnya baik atau tidak seseorang itu bukan setakat apa yg kita pandang luarannya tetapi ia merentasi sampai ke peringkat yg dalam. Tak sangka juga , kejadian semalam ada 'link' pula dengan topik Cinta Ilmu pada petang ini.

Ok, itu sahaja yg ingin sy kongsikan di sini tetapi jangan pula ada yg berkata macam ni " Alah, aku tak tutup aurat, tidak semestinya aku jahat dan orang bertudung lingkup tu, tidak semestinya dia tu baik sangat" .Orang-orang di luar sana, memang bijak mencipta falsafah sendiri untuk back-up diri sendiri yang byk kekurangannya. Ingat, tutup aurat dengan bersikap baik atau sebaliknya adalah dua perkara yang berbeza. Kita semua tahu, tutup aurat itu wajib dan diharapkan bila kita menutup aurat, secara automatiknya kita akan jadi baik Sy tidak menekankan di sini tetang menutup aurat dan bersikap baik atau sebaliknya cuma apa yg ingin sy kongsikan di sini , ' rasa hormat kita pada seseorang akan terbit melalui cara seseorang itu bertutur dan rasa itu inshaAllah akan berpanjangan lebih2 lagi dihiasi dengan penampilan Islamiknya.'  Waallahualam...