Sabtu, 24 November 2012

Kongsi bersama

Tajuk seoalan PSV tahun ni,agak sukar....tetapi agak menarik jika dpt direalisasikan dalam bentuk visual.
Di sini, sy kongsikan bersama beberapa gambar yang boleh student sy jadikan panduan.

Soalan No 3: Karya Saofie Bachok

Soalan no 3: Hasil karya Mohd Redzuan Daud




Ni, soalan nombir 1 Cuma tambahkan di bahagian belakangnya
yang diperbuat daripada cengkerang


Soalan no 2. Catan ni ialah hasil seni cikguAbdul  RaoofAli.




Ok....setakat ni sahaja yg dpt sy kongsikan bersama.....Maaf sy juga tak banyak masa dalam waktu cuti ni. Bagi student yg tidak mahir melukis figura, dinasihatkan jangan membuat soalan tersebut spt soalan nombor 5. Bagi yg berminat dengan lukisan alam benda, pastikan anda mahir dalam perspektif. Dan fokus dengan jelas jalinan yg boleh diperoleh daripada tapak kasut dan sbgnya.

Semoga berjaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 19 November 2012

Kedua-duanya Merupakan Ujian Allah



"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu dia dimuliakanNya dan diberikan kesenangan. Maka dia akan berkata: Tuhanku telah memuliakanku"
(surah Al-Fajr, ayat 15) 

Ayat di atas jelas menerangkan bahawa tabiat kebanyakan manusia yg akan menilai bahawa kekayaan dan kesenangan yg diperoleh dari aspek kebendaan, kesenangan, kemewahan dan sebagainya merupakan satu kemuliaan yg Allah kurniakan kepada mereka sedangkan situasi tersebut juga merupakan ujian buat mereka.

Mengapa sy menulis  entri  spt ini?
Jawapannya, sy rasa terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca tatkala sy berada dalam satu kelompok manusia yg sedang rancak berbual petang tadi tentang keberuntungan si Polan yg memperoleh kesenangan dan kemewahan dalam pelbagai aspek. Seperti biasa, jika sy berada dalam satu kelompok manusia yg kurang sy kenal, maka sy mengambil pendekatan utk berdiam diri. Itu lebih selamat daripada suka menyampuk perbualan yg sedang rancak berlangsung. Tak mengapalah, perbualan mereka ptg tadi,  belum sampai ke arah mengumpat org lain.


Sebenarnya kita semua lupa, sama ada kita berada dalam kemewahan dan  kegembiraan atau pun kemisikinan dan  kedukaan, itu juga adalah bentuk ujian drp DIA. Ramai di antara kita hanya merasakan bahawa si Malang sahajalah yg sedang diuji Tuhan. Dan ramai juga yg lupa   bahawa kesenangan, kemewahan, kegembiraan juga merupakan ujian yg paling hebat untuk kita. Kenikmatan yg kita peroleh sedemikian rupa inilah yg menyebabkan kita terleka dengan kebesaran Allah kerana lazimnya kita hanya mengingati Allah tatkala kita dilanda musibah.

Apabila diberi kekayaan dan kedudukan oleh Allah,lazimnya ramai yg gagal menjadikan dirinya sebagai Muslim sempurna yang dijadikan khusus oleh Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Bertepatan dengan perkara ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan datang suatu zaman atas umatku, bahawa mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang berlainan dengannya. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan manusia dan melupakan Tuhan Penciptanya.” – (Riwayat Bukhari).

Dalam hadis lain pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dengan harta benda dan kekayaan menyebabkan banyak di antara manusia tergelincir daripada prinsip dan akidah Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai Muslim bermaruah tinggi dan berakhlak mulia.

Sebenarnya, sy bukanlah bijak sangat untuk membicarakan hal2 yg berkaitan dengan agama tetapi mungkin disebabkan sy pernah terbaca dan bergaul dengan orang2 yg agak bijak berbicara soal ini, maka sy menzahirkannya dalam bentuk penulisan  supaya ia dpt dikongsi bersama. Sekurang2nya sy dapat mengingatkan diri sy juga. Maklumlah, org seperti sy memang terlalu byk kekurangannya dlm aspek2 seperti ini. Dan sentiasa mengharapkan ada insan2 lain yg sentiasa mengingatkan sy jika ada sesuatu yg sy lakukan  bercanggahan dengan syariat.

Konklusinya, sama ada kekayaan, kesenangan, kegembiraan atau kemiskinan, kedukaan, kedua-duanya merupakan ujian dariNya terhadap manusia. 

Seandainya kekayaan, kesenangan dan kegembiraan itu digunakan sebaik2nya, maka ia boleh menjadi pendorong  kpd ketakwaan kepada Allah SWT. Dan seandainya kemisikinan dan  kedukaan  itu juga diterima dengan redha maka ia juga boleh mendorong manusia supaya sentiasa insaf dan ingat kepadaNya dan bergantunglah kepadaNya sepanjang masa. Nabi Muhammad SAW juga amat suka berdampingan dengan golongan ini kerana ia boleh melembutkan hati dan menyuburkan sifat tawaduk dan rendah diri.




Sabtu, 6 Oktober 2012

Home Sweet Home....selamanya

Alhamdulillah.....
Walaupun rumah sy kecil dan tak semewah rumah kawan2 yg lain, tetapi anak2 sy selalu rindu untuk balik ke rumah. Anak sulung sy walaupun berada di Pahang, kerap balik. Begitu juga anak kedua sy, boleh dikatakan setiap minggu akan bersama kami. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memasukkan rasa rindu dan gembira di hati anak2 sy untuk kerap bersama keluarga.

Sesekali, bisikan hati menggugat rasa ceria sy. Adakah anak2 sy dapat mengekalkan sikap sayangkan ibu bapa dan rasa tanggungjawab mereka kepada kami dapat diteruskan apabila mereka memasuki fasa berumahtangga nanti. Adakah isteri dan suami anak2 sy memahami kasih sayang yang kami pupuk itu harus diteruskan sampai bila2 walaupun sy dan suami tidaklah mengharapkan mereka kerap pulang untuk bersama kami. Memang tak mampu nak fikir dan akhirnya serahkanlah sahaja kepada ketentuan Allah kerana segala-galaNya adalah dariNya jua. Sebagai ibu bapa, sy hanya mampu berdoa agar anak2 tidak mengecilkan hati kami kerana sy takut secara tidak sengaja mereka akan menjadi 'derhaka' bila sy dan suami berkecil hati. Biasanya semakin umur bertambah, semakin tinggi pula rasa sensitif pada anak2. Perasaan itu normal kepada semua ibu bapa.

Ingin juga sy berkongsi dgn ibu bapa di luar sana agar situasi 'gembira' bersama ibu bapa ini harus dipupuk sejak anak2 kecil kerana jika erat kasih syg yg kita pupuk dan kerap pula kita baja rasa itu, inshaAllah anak2 akan merasai kasih syg itu smpai bila2.

Ibu bapa jangan keliru dalam memupuk rasa kasih itu kepada anak2. Sayang bukan bererti mesti dibelai selalu. Sayang mestilah dipupuk dengan adunan pelbagai teknik walaupun adakalanya amat menyakitkan anak2 pada masa itu. Walau apapun, jangan lari daripada ajaran agama. Dan jgn bertindak membelakangkan agama. 

Okeylah, rasanya tidak salah kalau sy menitipkan rasa terima kasih buat anak2 sy yang sentiasa meletakkan rasa kasih syg mereka pada sy dan suami. Maklumlah, masing2 belum berpunya dan dipunyai buat masa ini. Dan sy juga mengharapkan anak2 sy juga memiliki pasangan yang menyanyangi mereka sama spt ayah mereka menyanyangi sy. Sy berdoa semoga anak2 sy memperoleh bakal isteri dan bakal suami yang memahami erti kasih sayang dan memanfaatkan rasa yang Allah kurniakan itu dengan sebaik2nya. Seandainya semua pihak dan individu tahu memanfaatkan anugerah 'berkasih sayang' itu berdasarkan cinta mereka kpd Allah swt, nescaya tidak ada masalah dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan sampai beberapa generasi yg akan dtg.