Sabtu, 6 Oktober 2012

Home Sweet Home....selamanya

Alhamdulillah.....
Walaupun rumah sy kecil dan tak semewah rumah kawan2 yg lain, tetapi anak2 sy selalu rindu untuk balik ke rumah. Anak sulung sy walaupun berada di Pahang, kerap balik. Begitu juga anak kedua sy, boleh dikatakan setiap minggu akan bersama kami. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memasukkan rasa rindu dan gembira di hati anak2 sy untuk kerap bersama keluarga.

Sesekali, bisikan hati menggugat rasa ceria sy. Adakah anak2 sy dapat mengekalkan sikap sayangkan ibu bapa dan rasa tanggungjawab mereka kepada kami dapat diteruskan apabila mereka memasuki fasa berumahtangga nanti. Adakah isteri dan suami anak2 sy memahami kasih sayang yang kami pupuk itu harus diteruskan sampai bila2 walaupun sy dan suami tidaklah mengharapkan mereka kerap pulang untuk bersama kami. Memang tak mampu nak fikir dan akhirnya serahkanlah sahaja kepada ketentuan Allah kerana segala-galaNya adalah dariNya jua. Sebagai ibu bapa, sy hanya mampu berdoa agar anak2 tidak mengecilkan hati kami kerana sy takut secara tidak sengaja mereka akan menjadi 'derhaka' bila sy dan suami berkecil hati. Biasanya semakin umur bertambah, semakin tinggi pula rasa sensitif pada anak2. Perasaan itu normal kepada semua ibu bapa.

Ingin juga sy berkongsi dgn ibu bapa di luar sana agar situasi 'gembira' bersama ibu bapa ini harus dipupuk sejak anak2 kecil kerana jika erat kasih syg yg kita pupuk dan kerap pula kita baja rasa itu, inshaAllah anak2 akan merasai kasih syg itu smpai bila2.

Ibu bapa jangan keliru dalam memupuk rasa kasih itu kepada anak2. Sayang bukan bererti mesti dibelai selalu. Sayang mestilah dipupuk dengan adunan pelbagai teknik walaupun adakalanya amat menyakitkan anak2 pada masa itu. Walau apapun, jangan lari daripada ajaran agama. Dan jgn bertindak membelakangkan agama. 

Okeylah, rasanya tidak salah kalau sy menitipkan rasa terima kasih buat anak2 sy yang sentiasa meletakkan rasa kasih syg mereka pada sy dan suami. Maklumlah, masing2 belum berpunya dan dipunyai buat masa ini. Dan sy juga mengharapkan anak2 sy juga memiliki pasangan yang menyanyangi mereka sama spt ayah mereka menyanyangi sy. Sy berdoa semoga anak2 sy memperoleh bakal isteri dan bakal suami yang memahami erti kasih sayang dan memanfaatkan rasa yang Allah kurniakan itu dengan sebaik2nya. Seandainya semua pihak dan individu tahu memanfaatkan anugerah 'berkasih sayang' itu berdasarkan cinta mereka kpd Allah swt, nescaya tidak ada masalah dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan sampai beberapa generasi yg akan dtg.


Khamis, 20 September 2012

Siasatlah Dulu Cerita Itu

Adakah antara kita suka melihat kawan2 bermasam muka?
Ha..siapa agaknya nak menjawab soalan2 macam ni? Kalau sy open soalan mcm ni, tentu kawan2 akan menjawab macam ni, " Mestilah tak suka. Kita kan sesama Islam. Buat apa nak bermasam muka."
Tapi apa yg berlaku, tidak sama seperti ayat di atas sebabnya ada di antara kita suka menyampaikan cerita yg boleh menyebabkan kawan kita bermasam muka. Yang lebih malang lagi, tiada siasatan yg dibuat, terus sahaja terima bulat2 cerita dari sepencerita. Terlupa pula mereka kepada pesan Nabi junjungan kita bahawa apabila kita mendengar sesuatu perkhabaran, siasatlah terlebih dahulu.

Memang hairan betul melihat orang2 yg suka menyampaikan cerita ni. Kadang2, cerita yg disampaikan, tak betul, tak pasal2 terbit permusuhan antara cik Peah dan cik Gayah angkara cerita yg disampaikan oleh cik Kiah. 

Contoh paling mudah, cik Kiah terbaca entri yg cik Gayah tulis. Memang cik Gayah suka menulis hasil dari pemerhatian peribadi beliau tentang perkara yg berlaku disekelilingnya lalu cik Gayah menulis situasi tersebut di  dlm blog peribadinya  hanya bertujuan untuk pembaca dan diri sendiri bermuhasabah diri. Masalahnya, cik Kiah yg baca entri cik Gayah, terus sahaja beritahu cik Peah yg cik Gayah menulis cerita tentangnya. Si cik Peah pula tanpa usul periksa, terus je bermasam muka dengan cik Gayah. Siapa yg bersalah dalam soal ini? Bagi sy tentulah kesalahan besarnya terletak pada cik Kiah kerana suka menyampaikan cerita yg belum tentu sahihnya. Kesalahan seterusnya dah tentulah pada cik Peah kerana bersikap 'tak cerdik' tatkala mendengar satu perkhabaran drp cik Kiah  terus sahaja percaya. Yang menjadi mangsa, mestilah cik Gayah kerana dituduh berniat memalukan cik Peah melalui mata pena. Subhanallah.....bukankah ini juga dinamakan fitnah? Bukankah ini juga berdosa besar kerana mewujudkan pergaduhan antara kawan2.
(Kroniknya nak bagi contoh.....boleh faham ke?)

Konklusinya, sebagai manusia yg beragama Islam, fikirlah baik2 sebelum menjadi penyampai cerita yg boleh mendatangkan pergaduhan antara sesama manusia. Kalau cerita yg ingin disampaikan itu boleh mendatangkan sesuatu yg positif, bolehlah kita sampaikan dlm bentuk yg berhemah tetapi jika mendatangkan keburukan, lupakan saja untuk menjadi penyampai cerita tersebut. Mereka semua kawan2 kita juga. Sedih melihat ada antara kita berbalah dek kerena termakan cerita yg disampaikan yg belum tentu benarnya. Bukankah lebih baik kita merapatkan hubungan sesama kita daripada bermusuhan?

Insyallah, sy akan cuba perbaiki diri sy yg sememangnya banyak kelemahan ini. Merasakan diri byk kekurangan sentiasa menyedarkan sy untuk mengatasinya sedikit demi sedikit kerana sy sentiasa mengingatkan diri hidup di muka bumi Allah ini tidak panjang.

Rabu, 12 September 2012

Malang Memang Tidak Berbau

Malang memang tidak berbau.
Jadi, konklusinya kita semua hendaklah sentiasa beringat bahawa bahaya, bencana atau apa saja boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT semoga Allah melindungi kita dari segala bentuk bencana ini. Sesungguhnya bencana dan mala petaka dapat dielakkan dengan berdoa kehadratNya kecuali mati.


2 minggu lepas, rakan sekerja sy mengalami trauma kerana terlibat dalam satu kemalangan. Alhamdulillah, semua yang ada dalam kereta kancil itu terselamat walaupun seorang daripadanya mengalami kecederaan yg agak serius juga. Syukur, ketika ini keadaannya beransur pulih.

Pada 10 September baru2 ini, sy bersama suami dan anak bongsu pula terlibat dlm satu kemalangan. Kereta kami terbabas melanggar pembahagi jalan dan kemudian berpusing melantun ke arah besi penghadang jalan. Pada ketika itu, hanya Allah sahajalah tempat kami memohon perlindungan. Dan selepas kjadian itu , sy pula mengalami trauma yg serius kerana membayangkan perkara2 yg tidak diingini berlaku. Kalaulah ada kenderaan lain dari belakang semasa kereta kami berpusing atau tidak ada besi penghadang di bahagian tepi jalan, tak tahulah apa yg akan terjadi. Memang sgt mengerikan.

Terdetik dihati sy, semuanya selamat kerana disebabkan Allah telah menentukan pada hari itu kami selamat. Dan berdoa sebelum melakukan sesuatu sgt penting. Semoga dengan berdoa dan memohon perlindungan daripadaNya, kita semua berada dibawah lindunganNya jua dan terselamat dari segala bencana.

Bermain2 diminda sy, kalaulah sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas sy dan suami, ke mana anak2 sy akan pergi? Puas melayan perasaan ngeri yg berlegar2 di minda, akhirnya sy mengambil pendekatan untuk menerima dan yakin pada fakta bahawa, " Allah mentakdirkan sesuatu itu, betul pada tempatnya. Dia maha mengetahui akan hamba2Nya." 

Terima kasih Tuhan kerana melindungi kami pada hari itu. Terima kasih kerana menyedarkan sy bahawa sesuatu yang berlaku itu semua atas keizinanNya jua. Terima kasih kerana memberi kami kesempatan untuk bermuhasabah diri. Terima kasih juga kerana memberi kami peluang untuk cuba memperbaiki diri.

Allaahumma innaa nas'alukal 'afwa wal'aafiyata fiadiini waddun-yaa wal-aakhiroh.

Maksudnya : Ya Allah ! Kami memohon keampunan dan kesejahteran dalam agama, di dunia dan akhirat

Ayat di bawah, merupakan ayat yg boleh kita baca untuk melupakan trauma yg kita alami.