Isnin, 30 April 2012

Pulangkah...

Sana sini kawan2 sy bercakap soal seorang bekas pljr lelaki di sekolah sy yg dah jadi 'perempuan' tika ini. Di Facebook juga, sy terbaca luahan perasaan marah rakan2 pljr ini. Anak2 sy juga,marahnya tak boleh nak cerita. Suami sy,apa lagi???? Membebel tatkala melihat gambarnya yg begitu gah menayangkan hampir kesemua bentuk dan susuk tubuh badannya dengan pakaian2 yg hampir kesemuanya menggiurkan. Ya Allah....sy sendiri, terkejutnya bukan kepalang. Maklumlah, seorang pelajar yg telah sy angkat menjadi 'anak' sy dan membenarkan dia memanggil sy 'mama', telah hilang panduan hidup. Atau,mungkin juga dia sudah hilang identiti diri atas desakan2 tertentu. Siapa tahu??? Keperitan hidup yg dilalui, memaksa diri boleh bertukar menjadi apa saja demi mencari erti kesenangan hidup. Namun, walau apa saja alasan, perbuatan yg salah, tetap salah walaupun terkandung niat yg suci disebalik setiap perbuatan tersebut.

Sejujurnya, sy sayang dengan pelajar ini. Sy tahu asal usulnya dan mengenali keluarganya. Hubungan mesra ibarat ibu dan anak ini mula terbentuk setelah dia memberitahu sy yang dia telah diliwat oleh keluarga angkat tempat dia tinggal ketika itu. Disebabkan trauma yg melanda pelajar ini, sy membawanya tinggal bersama-sama sy hinggalah dia tamat Tingkatan 6.Sepanjang dia tinggal bersama sy, dia seorang yg ada asas agama yg baik dan tidak pernah meninggalkan solat. Rasa sayang sy terhadapnya semakin kuat, apabila sy mengunjungi keluarga kandungnya di pantai timur. Dia berasal dari keluarga yg benar2 susah.Dan azam pelajar ini, tidak pernah luntur dari mulutnya bahawa satu masa nanti dia akan membela nasib keluarganya.Kerana azamnya itulah, maka sy, suami dan anak2 sentiasa 'support'nya dari belakang agar dia terus berjaya dalam hidup.

Sesungguhnya, dia berjaya membuatkan sy menyanyanginya sama spt sy sayangkan anak2 sy sendiri. Anak2 sy juga sgt manja dengan pelajar ini yg sememangnya pandai mengambil hati ketiga2 anak sy. Suami sy juga mula menerima kehadirannya. Maklumlah setiap ptg, pelajar ini akan menyediakan minum petang untuk kami satu keluarga. Tatkala sy tidak berkesempatan memasak, dia akan menyediakan juadah tengahari atau malam tanpa disuruh. Memang dia seorang yg pandai membawa diri. Memang kami semua akui yang kami sgt sayangkannya cuma status bukan muhrimlah yg sentiasa membatasi hubungan ini.

Kini, kasih sayang kami semakin tergugat tatkala kami dikejutkan dengan gambar2 seksinya di Facebook. Dia benar2 menyerupai wanita malah lebih berani mempamerkan setiap inci anggota tubuhnya tanpa rasa bersalah lebih2 lagi dengan Allah. Dia bukan 'anak' sy yang dahulu. Tiada ayat untuk sy nyatakan di sini melainkan berdoa agar dia pulang kepangkal jalan. Semoga Allah mendengar doa sy ini untuknya.

Isnin, 23 April 2012

Hati oh Hati....

Hari ini sy membeli sbuah buku Ibnu Qayyim Al-Jauziyah yang bertajuk 'Bahagiakan Hatimu'. Bagus buku ini dan sy sarankan rakan sy di luar sy membaca buku ini. Bahasanya yg digunakan begitu mudah dan boleh difahami dengan sekali baca sahaja.Isi kandungannya juga bagus kerana ia begitu dekat dgn manusia2 seperti kita. Kebanyakan antara kita, memang tidak seiring antara hati dan kata-kata. Hati kata lain, lidah pula kata lain. Jadi, tidak salah jika kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Dan tidak salah juga jika kita mengaku bahawa kita sering dikuasai hati. Hati pula, jarang sekali bersih. Sering dikuasi oleh nafsu.Apa saja yg terkandung di dalam hati, biasanya akan dizahirkan dgn perbuatan tanpa kita sengaja,. Sifat amarah, bermasam muka, tidak bertegur sapa, berdendam, berburuk sangka tidak dapat dielakkan bila hati tidak dipelihara dengan baik. Dan untuk menjadikan hati ini baik, bukanlah semudah yg disangka. Terlalu sukar menjaga hati dan terlalu sukar juga untuk membahagiakan hati. So, marilah kita sama-sama mendidik hati dengan membaca buku ini. Tak salah rasanya mempromosikan sesuatu yg baik dan memberi manfaat bersama.Marilah kita sama-sama mencuba untuk membahagiakan hati tanpa berprasangka.

"Wahai hati yang tenang,kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati dan diredhainya disisi Tuhanmu"
(Surah al-Fajr, ayat 27-28)
 

Isnin, 16 April 2012

Kuatkan Semangat Saya

Keluarga saya......ayah,mama,amal,nana dan didi. Semoga kebahagian itu kekal dalam hidup kami
Semalam, sy rasa sedih sangat, tapi apakan daya kesedihan itu hanya boleh dikongsi dengan anak2 sahaja. Setelah pergi ke hospital, sy dimaklumkan oleh pembantu perubatan yang tekanan darah suami sy sangat tinggi. Kena masuk wad selama 3 jam. Jadi, sy dan anak2 terpaksa menunggu di hospital hingga pukul 3.50 pagi. Bukan mengeluh cuma sedih mengenang nasib diri. Kadang2, sebagai manusia kita perlukan seseorang untuk menjadi penguat semangat. Adat manusia biasa, sentiasa memerlukan sokongan untuk membina kekuatan.Sy memerlukan "orang2 itu" tetapi sy tak ada yang itu.Malah, hendak bermimpi untuk memiliki 'orang2 itu' pun, mustahil bagi sy. Mungkin telah ditakdirkan begitu.

Salah sy juga. Suka mengharapkan sesuatu yang sy tahu tidak akan berjaya. Itu pun adat manusia biasa juga. Yang tak dapat itu lah, yg kita suka. Sepatutnya belajar terima qada dan qadar yg telah ditakdirkan. 

Kawan?????
Ya, semua akan kata, sy beruntung kerana sy ramai kawan. Nampaknya memang begitu tetapi hakikatnya sy bukan seperti yang disangkakan. Bukan semua kita boleh berkongsi dengan kawan. Ada kala,kita perlukan  'orang2 itu' juga. Apatah lagi sy sukar untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Serik, kerana sy mengalami kesukaran untuk mendapat kawan yg boleh dijadikan sahabat.

Tak mengapalah. Sy yakin Allah menguji memang kena pada orangnya. Sy berdoa, semoga Allah permudahkan urusan sy. Walau sesukar mana, sy harus mengadu pada DIA. Sy harus pasrahkan segala-galanya pada DIA dan meletakkan segala-galanya pada ketentuan DIA juga. Allah maha perancang yg baik
Semoga sy semakin kuat menghadapi segala yang mendatang dengan tidak berprasangka buruk pada Tuhan.
"Sesungguhnya dalam penciptan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabbana, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka""