Ahad, 31 Julai 2011

Kasih Ramadhan

Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Alhamdulillah, sy bertemu lagi dgn Ramadhan tahun ini, dapat berpuasa bersama anak-anak dan suami. Bulan berpuasa bukan bererti kita menahan lapar dan dahaga sahaja, malah kita menahan diri kita dari sebarang melakukan perkara yg tidak berfaedah malah mendatangkan dosa. Sebagai contoh, menahan nafsu drp memandang perkara2 yg mungkar lebih2 lagi melakukannya. Menahan diri drp suka mengumpat (kalau sbelum ini memang suka mengumpat) dan menahan diri dari sifat amarah. Sebaiknya kita perbanyakkan amalan kerana belum tentu tahun hadapan kita berjumpa lagi dgn Ramadhan.

Kalau tahun lepas kita tidak byk melakukan solat tarawih, tahun ni cuba berazam untuk melengkapkannya, atau.....lebih byk drp tahun lepas. Perbanyakkan solat sunat yang lain. Kuatkan semangat untuk membaca al-Quran  pada setiap malam atau pagi. Jangan dari awal kita mengaku kalah. Alangkah ruginya jika kita tidak melakukan amalan2 yg mampu kita lakukan pada bulan ini kerana Allah swt telah mengangkat bulan ini sebagai bulan yg istimewa. Jadi, tentu pahalanya akan berlipat ganda.

Insyallah, jika kita berazam ke arah yg baik, Allah akan mempermudahkannya. Terima kasih ya Allah kerana memberi kesempatan kepada sy, suami dan anak-anak untuk bersama-sama mengerjakan rukun Islam yang ketiga ini dan smoga kami smua dpt menikmati kasih ramadhan pada tahun ini.



"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." 
– 185, SURAH Al Baqarah.

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu, dibukakan segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan." 

(HADITH RIWAYAT. An Nasai dan Al Baihaqi)


Khamis, 28 Julai 2011

Kebenaran Itu Adalah Hak

"Kebenaran itu adalah hak dan tidak perlu diperjuangkan.....lambat atau cepat, kebenaran itu akan terserlah juga". Itulah sebaris kata2 daripada sahabat saya tatkala sy menyesali tiada pembelaan dalam hidup ini. Menurut sahabat sy lagi, kata-kata itu adalah kata-kata yang lahir dari bicara Hamka ketika menghuraikan salah satu ayat yg terkandung dalam al-Quran.Biarpun ayat itu ringkas, tapi sahabat sy berjaya meredakan kesedihan yang sy rasai. Sy memahami hakikat hidup ini kerana setiap apa yg berlaku itu tidak ada yg diberi percuma oleh DIA.

Banyak perkara tidak mampu diluahkan dengan perkataan. Pendekatan berdiam diri,akhirnya memberi kesan yg sangat mendalam di dalam hati. Berapa ramai di dunia ini yang suka mendengar masalah? Kebanyakan daripada kita, hanya suka berkongsi cerita gembira. Terlalu sedikit yang boleh menjadi pendengar setia tentang cerita2 duka. Dan tidak ramai yg ingin terlibat dengan penyelesaian masalah orang lain. Dan di saat2 ini, pada siapa lagi kita bergantung harap kalau tidak kepadaNya?

Hari ini, sy didatangi oleh seorang pelajar. Seperti biasa, sy akan mendengar masalah yg dihadapi oleh mana2 pelajar yg ingin meluahkannya kepada sy. Walaupun masa tidak mengizinkan, namun sy mencari juga ruang untuk mendengar masalah pelajar ini kerana sy tidak mahu pelajar ini menjadi seperti saya yg tidak mampu menzahirkannya, malah menunjukkannya dengan riak wajah pun tak berjaya. Sy sentiasa dikenali dengan orang yg ceria walaupun hakikatnya sy sarat menanggung duka. Jadi, sy harus mendengar masalah yg dihadapi oleh pelajar ini agar sedikit sebanyak sy mampu meredakan sedikit apa yg ditanggungnya selama ini.

Benarlah kata orang. pengalaman banyak mengajar dan mematangkan kita. Disebabkan pengalaman sy hampir sama dgn masalah pelajar tersebut, maka mudahlah bagi sy memberi idea. Dan di antara kata2 yg sy berikan padanya, samalah seperti kata2 yg pernah sy terima  daripada sahabat sy dahulu berkaitan dengan
' kebenaran yang akan terserlah juga suatu hari nanti kerana kebenaran itu adalah hak'. 

Di bawah ini, sy sertakan doa bagi mereka yang ingin menegakkan kebenaran .

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

Maksdunya:
  "Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"
(Al-A'raaf : 89)
,

Rabu, 27 Julai 2011

Anak-anak Didik Saya.....semoga menjadi anak yang soleh dan solehah

Anak-anak yg manis dan manja: 3 KRK
Inilah kelas 3 KRK- Kelas saya la tu...
5 sains 1 2010- sayang dan rindu dengan mereka
Kenangan ketika saya menjadi Guru Pengawas
Kumpulan  Nasyid Nahwan- versi 2010&2011-memang best
Kenangan terindah....
Bekas anak2 saya 3 KRK 2009-sekarang mereka ni dah Tingkatan 5






Anak-anak yang manja walaupun banyak kali kena marah....Marah tu tanda sayangkan???