Jumaat, 15 Oktober 2010

Anakku, Belajar Redha Dengan Ketentuan Ilahi

Sy antara pgemar mbaca blog anak sulung saya,Qamarul Iqmal Abdullah. Pada dasarnya, anak sy ini nampak happy dan menghiburkan hati sy dan keluarga. Tetapi sbenarnya, anak sy ni sgt sensitif orgnya. Biasalah, org lelaki tidak suka dikatakan sensitif. 
Kadang2, anak sy ni kelakar orgnya. Adakalanya, dia juga bjaya membuat sy tidak berhenti2 membebel dgn sikap buruknya yg suka mghadap komputer spanjang hari. Soal mandi juga mnyebabkan sy selalu naik angin dgnnya kerana 'mandi' merupakan perkara yg tidak penting bagi anak sy.
Baru2 ini, sy sgt terkejut apabila mengetahui anak sy ada masalah mata. Sbenarnya sy sgt sedih tetapi sy terpaksa tidak menunjukkan rasa itu krn tidak mahu mngganggu emosi anak sy. Sy tahu, dia juga sedih kerana  masalah ini sedikit sbyk menggugat course yg diambil. Namun, apakan daya, takdir Allah tidak siapa yg dpt menghalangnya.


Itulah nasihat sy padanya suatu ketika apabila kecacatan pd mata ini mganggu juga kondusi hariannya sbg seorang pelajar. Sy ingatkan padanya ada lebih ramai insan di luar sana yg bhadapan dgn pelbagai masalah. Dia hanya ada mslah mata dan dpt juga diatasi dengan memakai hard contact lense wpun memakainya sy tahu tidak selesa. Redhalah dgn ketentuanNya kerana ada byk lagi kenikmatan yg Allah pinjamkan kepada kita. 

Sy tahu, dgn sedikit asas agama yg anak sy miliki, dia pcaya dgn qada dan qadar Allah. Namun, sbg manusia biasa yg serba lemah ini, dia tidak dapat lari dgn rasa sedih di hati. 
"Amal, percayalah...stiap kejadian itu tidak pernah 'free'. Sbg ibu, mama sgt mngerti apa yg anak2 mama rasai. Mama sygkan anak2 mama tidak ada plambangan di dunia ini. Sgt luas, ibarat lautan tidak bertepi. Amal, Nana dan Didi kena percaya fakta itu".....
Di bawah ini, sy 'copy smula entri yg ditulis oleh anak sy. Maaf, Amal kerana mama tidak minta izin terlebih dahulu. 

Saya OKUNN

Dalam byk2 nikmat panacaindera yg Allah s.w.t bg kt setiap manusia, bg sy nikmat mata adlah nikmat yg paling berharga..kenape ye cik zaitun?

Cik Zaitun : Bg saye lah kan, mate ni la yg boleh buat kite melihat keindahan dunia ni..lg2 kite ni org pompuan kan! mesti kite nak tengok muka anak yg kite lahirkan..itu contoh aje la ye!

Sy tiba-tiba mcm teringin nk mencari publisiti dgn ingin memberitahu kpd anda semua bahawa sy adalah pengidap penyakit KERATACONUS
apakah itu?



inilah dia condition mata sy sekarang..corneanye terjojol sikit (gambar atas ni lg hardcore).

Doktor berkata : Qamarul, u tau x? mata org normal mcm bola sepak..tp mata u mcm bola ragbi..u punye mate masih boleh tolong lg..dgn memakai hard contact lense..astigmatism u skrg sgt tinggi disbbkan penyakit ni..after u buy the lenses, u must wear it at least 12 hours in a day..kalau tidak.....cornea u akan continue memanjang kehadapan..sampai satu tahap, lapisan kulit di cornea tu boleh koyak..u understand?

Saya : Urmm...paham tuan doktor

Doktor : Oh! one more thing, sebelum I terlupa

Saya : Apa dia doktor

Doktor : Saranghaeee!

Saya : ..... (terkelu)

Pada mulanya respon saya = Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...aku dh o.k.uuuuuuuuu
Selepas dirationalkan = Alhamdulillah..kalau nk compare, mereka yg menghidap sakit kronik lg kesian....

Jadi sebagai pengakhirnya, sy masih lg boleh melihat..malah lg terang benderang sejak pakai contact lense yg keras ni..habis nampak semua jerawat yg bertabur kt muka..cis~byk jerawat aku selama ni..


*OKUNN = Org Kurg Upaya Ngade-Ngade

Jumaat, 1 Oktober 2010

Terima Kasih Buat Suami



Hari ini sy terbaca bgaimana erti sayang suami kepada isterinya yg sebenar. Kusyuk jg sy membaca artikel tersebut tp sygnya sy tidak tahu siapa penulisnya kerana sy hanya membaca artikel itu di satu helaian yg telah koyak sebahagiannya. Walau bagaimanapun, sy bersyukur kerana Allah memberi ilmu itu kepada sy wpun sy hanya dpt membaca sebahagiannya sj.

Antara ayat yg masih sy ingat:
Seorang suami yg kasih dan syg akan isterinya haruslah sering mengingatkan isterinya agar mentaati suami selagi tidak bercanggah dgn ajaran Islam. Ini jelas kerana ramai wanita masuk ke neraka kerana berdosa kepada suaminya. Asiyah sendiri mentaati suaminya Firaun selagi tidak bertentangan dgn Islam.Apatah lagi para isteri2 hari ini harus lebih mentaati para suami kerana suami2 hari ini tidaklah sekejam Firaun.

Sejenak sy memikirkan diri sendiri. Adakah suami sy byk terluka dgn sikap,perbuatan dan kata2 sy? Lantas sy terus mendapatkan suami dan bertanya adakah sy byk melukakan hatinya. Jawapan suami melegakan hati namun sy masih takut apa sebenarnya yg ada di dalam hati. Sy manusia biasa yg sgt lemah. Tentu ada kalanya amarah mengatasi akal fikiran sy. Tatkala itulah sy pasti meninggikan suara. Kadang2 sy tidak sengaja melukakan hati suami. Maklumlah, penat bekerja sepanjang hari,scara tidak sengaja emosi menguasai diri.

Sy berpesan pada suami. Tegurlah sy jika sy terkasar bahasa. Ingatkan sy jika terlanjur gurau senda. Kadang2, ujian yg datang tidak sy duga. Disebabkan kurang ilmu, sy melenting terlebih dahulu. Beberapa minit berlalu, baru sy beristigfar berkali2 agar sedar diri. Ya Allah....

Terima kasih,ya Allah kerana menggerakkan hati sy untuk membaca cebisan artikel tersebut walaupun hanya sebahagian sahaja. Ilmu yg sy peroleh itu, walaupun tidak banyak tapi sudah cukup membuatkan hati sy terusik. Hakikatnya, sy sgt menyanyangi suami sy kerana sy tahu Allah telah pun menetapkan jodoh sy sejak azali lagi. Sepanjang perkongsian hidup bersamanya, sy dapat merasakan erti kasih sayang yg tidak mungkin sy peroleh dari mana2 lelaki. Dia suami yg baik buat sy....

Seorang isteri yang baik dan solehah akan sentiasa mencari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk tidak menyusahkan dan membangkitkan kemarahan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya. Namun, sampaikan sy ke darjat itu? Insyallah............

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab." 

 "Abg pun ada juga melukakan hati nora. Jadi, biasalah adat suami isteri macam tu. Kalau abg terlalu baik,nanti nora syg sgt kat abg ".

Itu kata2 suami sy tatkala sy memohon maaf jika sy byk melukakan hatinya. Benar juga kata suami sy. Jika sy tidak pernah terluka, tentu sy akan menjadi sangat syg kepadanya hingga melebihi rasa kasih kepada Allah SWT. Begitu juga sebaliknya. Begitulah adat hidup berumahtangga. Kecewa, terluka, berkecil hati adalah perkara biasa. Bila sedar akan kesilapan diri, segeralah memohon maaf agar rasa kasih itu segar kembali.

Terima kasih kerana menjadi suami sy..........
Terima kasih kerana memahami sy...............
Terima kasih kerana sering menghiburkan sy.............
Terima kasih kerana setia mendengar luahan hati sy..........
Terima kasih atas segala-galanya.....