Sabtu, 31 Julai 2010

Bungkuslah Kesedihan Itu


"Cikgu...sy tidak boleh belajar. Sy nak lupakan dia,tp tak boleh. Hubungan kami dh jauh,ckg. Dia berjanji tidak akan tinggalkan sy,tp skrang tanpa sebab dia minta sy melupakan dia. Sy tak tahu nak mengadu dgn siapa,ckg. Sy benar2 sedih", suara Eka masih tergiang2 di cuping telinga sy. Suaranya yg bgetar,menjadikan hati sy terheret sama merasai ksedihannya. Kalau ikutkan rasa marah, hendak saja sy menempelak dia semula tp,ketika dia bhadapan saat2 ksedihan sperti itu, tak sampai hati sy hendak mengeluarkan kata2 yg boleh menambah kelukaannya walaupun hakikatnya sy agak marah juga.Mengapa dia mensia-siakan masa dengan bercinta yg belum pada waktunya.

Musibah Bercinta

Ketika mengajar, sy sering menyelitkan peringatan kepada pelajar2 tentang musibah bercinta di alam persekolahan. Rasanya,semua pelajar tidak akan suka apabila sy menyentuh bab maruah di dalam kelas. Sy tahu, hampir 100 peratus pelajar sy mempunyai pasangan masing2.Jadi,apabila sy bcakap soal yg berkaitan dgn cinta, silap2 hari bulan akan terkena ke batang hidung mereka. Sebenarnya, demi Allah, sy tidak berniat  unt mengenakan sesiapa melainkan dgn tujuan mengingatkan mereka agar mjauhkan diri daripada bahana  cinta yg belum pada waktunya di mana akhirnya mbawa mereka ke lembah penzinaan. Sy harus berhati2 dlm mengeluarkan kata2 dan 'nawaitu' yg ikhlas kerana sy juga mpunyai anak2 remaja. Tersilap niat di hati, perkara2 begini akan berbalik kepada diri sendiri. Nauzubillah.....

"Kamu patutnya bersyukur,Eka. Kamu dah nampak siapa dia sbelum kamu berkahwin. Cuba bayangkan dia buat hal setelah kamu berkahwin dgnnya?" Ujar saya merangsang dia berfikir. Dia tetap menangis. Kata2 sy seolah2 tidak didengarinya. Kepalanya hanya digeleng2kan  sbagai tanda tidak dapat menerima nasihat sy. Mungkin dia mahu sy mcari jalan bagaimana hendak merapatkan semula  hubungan kekasihnya. Ketika itu, sy rasakan diri sy benar2 tidak berguna kerana tidak dapat meredakan perasaannya yang sedang gundah gulana.

" Ya Allah....apalah yg hendak sy katakan agar ia dapat meredakan hati pelajar sy yg berada di dalam kesedihan." Sy bermonolog sendiri. Sy memegang tangan dia agar rasa sedih itu dapat sy redakan dgn perkongsian jiwa.

Tidak Terkejut

"Sy tahu, ckg. Dia memang tak baik. Tp, sy dah rosak kerana dia. Sy dah bagi apa sj yg dia hendak. Sy takut sgt kehilangan dia, ckg..." Suara Eka tersekat2 menahan kesedihan. Sy menarik nafas panjang. Kesal sangat tapi,sy tidak terkejut lagi mendengar pengakuan sebegini. Telinga sy dah beratus kali mendengarnya drp berpuluh2 pelajar. Dah lali. Dan,bukan setahun, dua sy menjadi guru. Masalah pelajar yg terlibat dengan pkara sebegini, tidak terhitung dengan jari. Disebabkan mata dan telinga sy sering melihat dan mendengar perkara yg sama, sedikit sebyk ia membantutkan sy utk memperoleh cahaya mata yg ramai. Sy tsgt takut.....takut tidak mampu mendidik anak2 supaya menjadi anak tahu yg menjaga maruah diri.

Sy tahu siapa boyfriendnya. Pelajar dari sekolah ini juga. Sebaya dengannya cuma berlainan kelas. Otak sy sakit mcari kata2 untuk merasionalkan dia. Dalam masa yg sama, sy memohon kepada Allah agar memberi sy idea utk berkata2 agar dapat meredakan hatinya ketika itu. Tiba2, sy teringat bagaimana sy mengatasi kesedihan yg melanda sy suatu ketika dahulu. Sy tpaksa berkongsi pengalaman sy dengannya agar dia dpt mengikut cara sy menyelesaikan masalah.

"Eka,masa ckg kat Universiti dulu, ckg pernah mengalami kesedihan yg teramat sgt. Entah berapa hari ckg menangis ketika itu. Masa tu, minggu exam. Ckg tak dpt tumpukan pada study kerana kesedihan yg ckg alami. Orang di sekeliling ckg pun gagal meredakan perasaan ckg. Kamu tahu kenapa? Kerana kesedihan itu ada di dalam hati kita.Dan...kamu tahu apa yg ckg buat?"
Panjang lebar sy bercerita dengannya. Rasanya,ini pertama kali sy berkongsi cerita dengan pelajar sy tentang kisah hidup sy. Sebenarnya sy tidak suka bercerita kisah lama.Semua cerita lama, akan merosakkan hati sy tp sy terpaksa bercerita juga dgn Eka dgn harapan dia boleh meniru cara sy.

"Apa yg berlaku masa tu,ckg?" Tanya Eka yg masih basah pipinya dek air mata. Sy memegang tangannya.
"Masa tu,orang yg hampir2 nak jadi suami ckg meninggal dunia. Pada masa yg sama, ckg ada exam. Mcm mana nak jawab soalan kalau hati dan perasaan ckg tidak tenteram? Cuba kamu bayangkan, Eka?" Hati sy terasa sayu mengingatkan kembali kenangan itu. Sy cuba menahan rasa sedih ketika itu.

"Bagaimana ckg mengatasi rasa sedih itu? Ckg buat apa?" Dia seolah2 berminat untuk mengetahu kisah sy. Sy rasa lega apabila melihat air matanya mula kering di pipi. Mungkin, dia terlupa kesedihan yg dialami.

 Bungkuslah Kesedihan Itu

"Kamu nak tahu apa ckg buat???? " Tanya sy sambil tersenyum. Dia hanya mengangguk2kan kepala.
"Kamu mesti janji dgn ckg yg kamu juga akan buat perkara yg sama seperti ckg buat,ok?" Sy meminta dia berjanji sambil menghulurkan tangan sy. Perlahan2 dia menyambut tangan sy.
"Eka, masa tu ckg tak tahu nak buat apa. Kalau ckg gagal dalam exam, itu bermakna ckg gagal dlm mencorakkan masa depan ckg.Jadi, ckg bentangkan kain batik dan ckg cuba bungkus kesedihan itu di dalam kain batik yang telah dibentangkan. Ckg sebut berkali2 dlm diri: ini bukan masanya utk aku bersedih. Kemudian, ckg ikat kain batik itu dan menyimpannya ke dalam almari. Ckg nekad masa tu. Dan kamu tahu, ckg dpt menumpukan fikiran ckg pada exam minggu itu. Alhamdulillah....ckg berjaya juga. Habis saja exam, ckg buka bungkusan itu kembali. Kesedihan itu datang kembali. Dan masa tu, ckg cuba berfikir secara rasional. Yang hidup pasti akan pergi juga, kan??? Apa yg ingin ckg katakan di sini, masa ni kamu tak boleh berfikir dgn baik.  SPM dah dekat. Simpan dulu kesedihan kamu tu. Tumpukan dulu pada study. Biarkan kesedihan itu tersimpan dulu. Insyallah, bila kamu dah boleh berfikir,kamu buka semula bungkusan itu dan pada masa itu kamu harus cuba  menyelesaikan dan menanganinya."

Bersinar Kembali 

Panjang lebar sy bercerita dengannya. Sy merenung matanya. Jelas kelihatan matanya mula bersinar kembali. Sy melihat Eka tersenyum kecil. Hati sy lega.
"Boleh ke kamu lakukan, Eka?" Tanya sy. Dia tidak menjawab. Sy mengulangi semula pertanya sy. Dan, perlahan-lahan dia bersuara......"sy cuba, ckg."

Dia keluar dari bilik seni sy. Sy yakin dia sedang berazam untuk mencuba seperti apa yg sy lakukan. Tanpa sy sedari, air mata sy pula yg mengalir. Sy pun tak pasti untuk apa sy menitiskan air mata......


Jumaat, 30 Julai 2010

Selamat menyambut ulang tahun,kak....


29 Julai, genap umurnya 47 tahun. Alhamdulillah Allah memberinya kesihatan yang baik. Dia ialah seorang sahabat,kakak,saudara, atau apa sahaja bagi sy dan keluarga. Tahun ini genap 20 tahun sy mengenalinya. Satu jarak masa yang sangat panjang….dan mustahil sy tidak mengenal hati dan budinya. Kalau anak yang baru dilahirkan seusia perkenalan kami,pasti anak itu cukup dewasa ketika ini.

Sepanjang perkenalan dan perhubungan ini, byk peristiwa suka duka kami tempuh bersama. Daripada peristiwa yang lucu, hinggalah peristiwa sedih, kami pernah melaluinya. Sukar untuk sy nyatakan bagaimana hubungan kami seakrab ini. Dan sy tidak pasti peristiwa apakah yg berlaku shingga termeterainya hubungan ini dengan satu hubungan yang sukar difahami.

Sy pernah menumpang kasih pada keluarganya. Sy pernah merasakan betapa indahnya hidup mempunyai saudara mara. Rasa gembira ini, sy kongsikan bersama anak2 kerana anak2 sy mula mengenal panggilan ‘acik’ melalui sahabat sy ini. Dia seorang yg sgt prihatin dan menjaga kebajikan serta perasaan sy persis sbagai adik manja. Dia tidak boleh mendengar cerita kesusahan sy….dan tanpa diminta, bantuan dalam apa jua segera dihulur bagi meringankan masalah yg bersarang di kepala. Sesungguhnya, sy bersyukur kehadratNya kerana menemukan sy manusia sperti ini.

Hubungan kami semakin akrab kerana ketika itu dia masih belum bersuami. Anak sulung sy mempunyai hubungan jiwa yg sangat rapat dengannya ketika itu. Malah, adakalanya, anak sy keliru yang mana ibunya. Pernah suatu ketika ketika anak sulung sy berumur 4 tahun,  dia bertanya kepada sy, yang mana satu ibu yang melahirkannya. Persoalan itu lahir kerana sy selalu memarahinya manakala aciknya tidak pernah meninggikan suara. Anak sy selalu mdapat pembelaan jika sy memarahinya. Hubungan anak sy dengannya, tidak dapat diungkai dengan kata-kata. Hubungan yg sukar difahami oleh manusia biasa. Kasih syg yang diberikan kpd anak sy melebihi sifat seorang ibu. Dan, peristiwa yg tidak dpt sy lupakan ketika  menyaksikan khancuran hati anak sulung sy tatkala ‘acik’nya berumahtangga. Anak sy tidak dapat menerima kenyataan ini. Puas dipujuk dan akhirnya kedewasaan mematangkannya.

Kini, hubungan kami masih terjalin seperti dahulu cuma, sy dan anak2 terpaksa menerima hakikat bahawa sahabat sy ini sudah mempunyai keluarga sendiri. Begitu pantas masa berlalu…..dan kini anak sulung sy, sudah pun berumur 19 tahun. Apa yang mengagumkan , anak sy tidak pernah lupa detik2 manis semasa dia bersama ‘acik’ nya. Dan….begitu juga sy. Dia terlalu istimewa di mata sy. Ya,terlalu istimewa!!!!! Hubungan kami kini, hanya ada pertautan rohani. Sy akur keadaan ini. Dan sy harus membenarnya keadaan ini terjadi kerana sgala-galanya yg sy perolehi sebelum ini, adalah atas keizinan Allah swt. Dan, apabila DIA berkendakkan begitu, sy harus pasrah dan redha.

“Selamat Hari lahir,kak. Semoga sepanjang hidup akak akan diberkati olehNya. Percayalah, kehadiran akak dalam hidup Nora, tidak pernah ada penggantinya. Akak tetap lain dari yang lain. Mengenali akak, walaupun adakalanya terluka,tapi Nora tetap merasakan Nora mjadi adik yg manja. Akak tahu,kan???Akaklah orang pertama yang memanjakan Nora. Terima kasih atas segala pemberian akak sama ada dalam bentuk kewangan dan perkongsian perasaan. Terima kasih atas segala-galanya.”




Rabu, 28 Julai 2010

Jagalah Hati



Sy tidak pernah mnyaksikan manusia yg mempunyai hati sekering dia....sungguh tidak pernah. Sukar hendak melenturkannya walaupun sudah berkali2 dicuba. Bukan setakat sy, malah rakan di sekeliling juga 'angkat tangan' bila berurusan dengan dia. Malah ada dh ke tahap benci sangat, hingga menyebut namanya pun mereka tidak sudi. Sy pun ada perasaan yg sama sperti teman2 yg lain cuma, perasaan benci itu cepat2 sy kikis krn sy sangat takut akan balasan 'cash' drp Allah. Islam mendidik kita supaya tidak melampau2 membenci seseorang. Tinggalkan sedikit ruang untuk orang2 seperti ini.Dan.....sy akur itu.

Sy tidak tahu mengapa dia begitu sukar menerima kebenaran??? Dan mengapa begitu sukar dia melafazkan perkataan 'maaf' pada orang yg disakitinya. Dia juga sukar menerima teguran dan dari pengamatan sy dia menolak perbincangan...Memang sukar berurusan dengan dia.

Dia seorang manusia biasa. Cuma sikapnya sahaja yg Allah beri kan luar biasa. Mungkin juga lahirnya manusia seperti ini hanya sekadar untuk menguji ksabaran kita sebagai seorang guru. Di sebabkan guru itu juga manusia biasa, kadang kala kesabaran itu berada dihujung kepala.....termasuk jugalah sy. Pernah tangan sy singgah ke pipi dia. Cuma, kualiti yg ada pada sy, perasaan dendam mmg tidak wujud dlm diri sy. Sungguh!!!!Sy tidak ada perasaan dendam. Terima Kasih Tuhan kerana tidak melahirkan perasaan itu pd sy. Syukur.....

Keletihan tatkala sy berbicara dgn dia. Setiap psoalannya  yg sy ajukan, dia seolah2 sudah menyediakan smula psoalan yg perlu sy jawab. Agaknya otak dia sentiasa ligat berfikir bagaimana hendak mengenakan semula sesiapa sahaja yg cuba menasihatinya. Dia tidak mahu fokus terhadap teguran yg diberi, malah dia akan mengaitkan topik yg sedang dibicara dgn cerita2 lain agak alasan yg dia berikan boleh berdiri dengan kukuh. Hatinya benar2 keras. Sekeras kerikil......namun, inilah tanda kebesaran Allah yg mjadikan manusia berbagai-bagai, dan berwarna-warni.


Bagi sy, tidak ada apa yg boleh manusia lakukan agar dia menjadi seperti acuan yg kita inginkan. Serahkan sahaja pada takdir kerana Dialah yg menjadikannya sedemikian rupa. Sebagai khalifah di bumi Allah ini, tugas kita hanya menasihati dan menegur kesalahan yg dilakukan. Namun, untuk mengubahnya menjadi yg lebih baik atau tidak, itu bukan kerja kita. Biarlah Allah menentukan segala-galaNya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap kejadian. Jangan diragu tentang setiap takdir itu. Peranan kita sbagai guru, hanya boleh berdoa agar dia menjadi lebih baik daripada hari ini....

Kepada dia, sy berharap agar dia berubah menjadi manusia yg tahu memanfaatkan kelebihan yg ada pada diri ke arah yg Allah redhai. Semoga Allah mengubah pegangan hidup yg dijadikan prinsip diri untuk dilihat gah oleh rakan2 yg berada di sekelilingnya. Mungkin dia ingin menjadi hero di kalangan rakan2 sebayanya....alangkah kasihannya dia, kerana tanpa disedari, dia sebenarnya menjadi mangsa.