Isnin, 7 Mei 2012

Semoga Cepat Sembuh,Kak Biah.

Dari kiri: kak Sarimah,Shuaimi, kak Biah dan saya

" Sedap bubur yg nora masak. Habis kak Biah makan. Terima kasih,nora"
Itu ayat pertama yg keluar dari mulut sahabat sy, kak Biah tatkala sy sampai ke wad HDW di hospital Selayang,semalam. Luluh hati sy melihat wajah kak Biah yg baru sahaja menjalani pembedahan membuang sebahagian hatinya yg rosak dan batu di dalam hempedu.
"Nora, doktor kata, dia suspek ketumbuhan yg ada pada hati kak Biah tu, kanser tp tak tahu jenis apa", kata Kak Biah lg.
Semakin meruntunlah jiwa sy ketika itu. Sy benar2 kehilangan kata2. Air mata bila2 masa je nak mengalir tapi sy kena kuat depan kak Biah.
"Syyyyhhhh....kak Biah jgn cakap byk2. Nanti kak Biah sakit," pujuk sy agar kak Biah tidak lagi menceritakan tentang sakitnya. Sy sgt sedih ketika itu. Dan dapatlah sy membayangkan betapa beratnya bahu kak Biah menanggung ujian itu. Sy lihat,leher kak Biah ditebuk. Tak tahu untuk apa. Tp, yg pasti setiap kali kak Biah byk bercakap, sy dapat merasakan kesakitan di lehernya itu.

Ya Allah...besarnya nikmat sihat. Betapalah kita wajib mensyukuri kenikmatan sihat ini. Kata-kata sy tidak langsung diendahkan. Kak Biah terus saja bercerita walaupun sy tidak berapa dengar apa yg dikata. Suaranya sgt perlahan. Sesekali, sy dpt menangkap kata2nya berdasarkan gerak bibirnya. Sungguh menyedihkan sy.

6 tahun lalu, sy byk masa bersama dengan kak Biah. Dia antara kawan yg sgt memahami sy. Selalu sedia menghulur bantuan tatkala sy memerlukan. Betullah kata seorang pujangga, " seseorang kawan itu, kita tidak boleh mengangkat darjatnya sebagai seorang sahabat selagi belum diuji dgn satu peristiwa getir yg menguji kesetiaannya bersama kita". Dan, sy berani berkata bahawa kak Biah telah pun melepasi ujian itu. Mudah sj sy membuat kesimpulan tentang kak Biah...."Dia seorang yg sangat baik dan sy menyanyanginya".

Sebelum bertolak sy memeluk dan mencium pipi dan dahi kak Biah. Sy berbisik ke telinganya.
"Kak Biah, Nora hanya boleh ckp je walaupun belum tentu Nora sekuat kak Biah. Kak Biah cuba redha ya. Jgn berburuk sangka pada Allah. Jangan lupa berdoa. Kita buat sama2 ye. Nora sayang sangat kak Biah tp tak mampu nak tolong ringankan kesakitan kak Biah."

" Kak Biah pun sayangkan Nora dan bertuah sgt dapat kawan mcm Nora yg sentiasa ada bersama kak Biah dalam apa juga keadaan", balas kak Biah. Sy menutup mulutnya supaya dia tidak byk berkata2 lagi. Senyuman pahit kak Biah menghantar sy keluar dari bilik itu. Sy ingin lebih lama bersama kak Biah tetapi memandangkan wad tersebut terhad kepada pelawat yg hadir, sy terpaksa memberi laluan kepada saudara mara kak Biah.

Sesungguhnya sy sangat mengaguminya. 4 kali sy datang melawat kak Biah sebelum ini, beliau tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika itu rusuknya ditebuk untuk mengeluarkan bendalir kuning yg terkandung pd hatinya. Dan pada hari itu, kak Biah tetap menjaga auratnya dengan menutup kepalanya dengan kain putih kerana tudungnya tiada bersama di bilik tersebut.

Ya Tuhan, jika ada sedikit ruang untuk sy berdoa......" Sembuhkan kak Biah. Dan ketumbuhan di hatinya itu, bukan kanser seperti yg dijangka oleh doktor. Sy sayangkan dia sebagaimana dia menyanyangi sy. Namun sy akur, kasih sayangMu ya Allah, lebih tinggi buat kak Biah jika dibandingkan kasih syg sy."

Jumaat, 4 Mei 2012

Cuba Redha

Rupanya tak semudah itu kita nak aplikasikan konsep redha dalam diri biar pun lidah berulang kali boleh menyebut perkataan tersebut. Kita boleh kata kita redha hanya di bibir tapi bukan dalam hati. Buktinya, kalau kita redha, kita tak kan menyesali apa saja musibah yg melanda diri. Kita tak kan merungut dengan bala yg menimpa. Kita tak kan mengeluh dengan sakit yg dihidapi. Kita tak kan kecewa mendengar berita sedih. 

Siapalah antara kita yang berani mengatakan dia boleh mencapai tahap makam redha yg hakiki? Bukan tak ada, tapi tidak ramai antara kita yg benar2 redha dengan segala bentuk ujian yg Allah beri. Kalau nak ditanya soalan ini kepada sy, sy hanya mampu menjawab : Sy dalam proses mencuba tp tak tahulah dapat mencapainya atau tidak.Sy sentiasa berdoa, agar sy boleh menjadi manusia yg 'cool' setiap kali menerima pelbagai dugaan hidup. Ya, sy akan cuba. Dan,untuk peringkat awal ini, sy belajar untuk  tidak melenting atau melatah setiap kali sy mendengar kawan2 menyampaikan cerita si Kiah, si Joyah atau siapa saja mengata dan mengumpat sy. Sy akan ambil pendekatan 'ada aku kisah' walaupun hati sy meronta2 untuk membela diri jika fakta yg mereka lemparkan tidak benar mengenai sy. 
Sebenarnya, memang tidak rugi pun jika orang-orang di sekeliling memandang kita tidak sempurna. Mengapa kita mesti berusaha untuk mendapat pujian drp orang lain  tatkala kita melakukan kebaikan? Bukankah penilaian manusia itu tidak penting? Memang ramailah manusia yg suka melempar pelbagai tanggapan walaupun mereka tahu adakalanya tanggapan itu boleh menjadi fitnah jika ia tidak benar. 

Jika hendak difikirkan 2,3 kali, seronok juga jika ada org2 seperti ini. Barulah hidup berwarna-warni.Jika tidak ada cik Kiah dan cik Joyah, maka hidup ini statik dan tidak ada klimaks. Mesti boring juga.Manusia tidak berperang dalam diri. Ujian tidak dapat dinikmati kerana semua manusia hidup dalam alam yg harmoni.

Teringat juga dengan berita yg disampaikan oleh cik Timah pagi tadi. Oh tidak....memang dusta sama sekali. Tapi disebabkan nak belajar  menge'cool'kan diri, maka sy tidaklah berusaha nak membela diri. Sy memang dh tahu siapa cik Kiah dan cik Joyah. Memang suka mengumpat .Bukan sy sahaja, malah org2 yg pernah dimusuhinya akan turut menjadi mangsa. Cik Kiah memang sgt berkemahiran menarik audien utk bersimpati mendengar ceritanya dan sekaligus terpaksa memanipulasikan org lain sbg penguat faktanya.  Bukankah seronok apabila ada orang2 seperti ini agar tidaklah manusia di muka bumi ini seacuan sahaja. 

Mengapa Allah menjadikan manusia ini pelbagai sikap dan perangai? Jawapannya, Allah ingin kita sentiasa menganalis situasi dan diri. Otak harus berfungsi untuk mencari siapa kawan, dan siapa lawan. Samalah seperti para saintis yg harus mengkaji apa saja  yg ada di sekeliling mereka kerana tanpa ada kajian  mereka tidak tahu rupa-rupanya ada benda2 di sekeliling ini boleh dijadikan penawar sesuatu penyakit. So, hidup kena sentiasa menganalis dan adakala kita pula dianalisis.

Kesimpulannya: Belajarnya redha  apabila mendengar sesuatu yg tidak benar mengenai kita walaupun sukar , namun apabila berjaya mencapainya, kita akan menjadi tenang. Belajar juga memaafkan orang2 yg suka berburuk sangka dengan kita, kerana apabila  kita berjaya mencapainya, kita  akan berada dalam situasi yg damai. Dan, yang paling penting kita mampu mengeluarkan perkataan 'maaf' andainya kita rasa,kita dah pun melukakan hati seseorang walaupun tanpa niat.

p/s : Mudahnya memaafkan orang lain jika kita redha dengan segala ketentuanNya
 

Isnin, 30 April 2012

Pulangkah...

Sana sini kawan2 sy bercakap soal seorang bekas pljr lelaki di sekolah sy yg dah jadi 'perempuan' tika ini. Di Facebook juga, sy terbaca luahan perasaan marah rakan2 pljr ini. Anak2 sy juga,marahnya tak boleh nak cerita. Suami sy,apa lagi???? Membebel tatkala melihat gambarnya yg begitu gah menayangkan hampir kesemua bentuk dan susuk tubuh badannya dengan pakaian2 yg hampir kesemuanya menggiurkan. Ya Allah....sy sendiri, terkejutnya bukan kepalang. Maklumlah, seorang pelajar yg telah sy angkat menjadi 'anak' sy dan membenarkan dia memanggil sy 'mama', telah hilang panduan hidup. Atau,mungkin juga dia sudah hilang identiti diri atas desakan2 tertentu. Siapa tahu??? Keperitan hidup yg dilalui, memaksa diri boleh bertukar menjadi apa saja demi mencari erti kesenangan hidup. Namun, walau apa saja alasan, perbuatan yg salah, tetap salah walaupun terkandung niat yg suci disebalik setiap perbuatan tersebut.

Sejujurnya, sy sayang dengan pelajar ini. Sy tahu asal usulnya dan mengenali keluarganya. Hubungan mesra ibarat ibu dan anak ini mula terbentuk setelah dia memberitahu sy yang dia telah diliwat oleh keluarga angkat tempat dia tinggal ketika itu. Disebabkan trauma yg melanda pelajar ini, sy membawanya tinggal bersama-sama sy hinggalah dia tamat Tingkatan 6.Sepanjang dia tinggal bersama sy, dia seorang yg ada asas agama yg baik dan tidak pernah meninggalkan solat. Rasa sayang sy terhadapnya semakin kuat, apabila sy mengunjungi keluarga kandungnya di pantai timur. Dia berasal dari keluarga yg benar2 susah.Dan azam pelajar ini, tidak pernah luntur dari mulutnya bahawa satu masa nanti dia akan membela nasib keluarganya.Kerana azamnya itulah, maka sy, suami dan anak2 sentiasa 'support'nya dari belakang agar dia terus berjaya dalam hidup.

Sesungguhnya, dia berjaya membuatkan sy menyanyanginya sama spt sy sayangkan anak2 sy sendiri. Anak2 sy juga sgt manja dengan pelajar ini yg sememangnya pandai mengambil hati ketiga2 anak sy. Suami sy juga mula menerima kehadirannya. Maklumlah setiap ptg, pelajar ini akan menyediakan minum petang untuk kami satu keluarga. Tatkala sy tidak berkesempatan memasak, dia akan menyediakan juadah tengahari atau malam tanpa disuruh. Memang dia seorang yg pandai membawa diri. Memang kami semua akui yang kami sgt sayangkannya cuma status bukan muhrimlah yg sentiasa membatasi hubungan ini.

Kini, kasih sayang kami semakin tergugat tatkala kami dikejutkan dengan gambar2 seksinya di Facebook. Dia benar2 menyerupai wanita malah lebih berani mempamerkan setiap inci anggota tubuhnya tanpa rasa bersalah lebih2 lagi dengan Allah. Dia bukan 'anak' sy yang dahulu. Tiada ayat untuk sy nyatakan di sini melainkan berdoa agar dia pulang kepangkal jalan. Semoga Allah mendengar doa sy ini untuknya.