Khamis, 9 Jun 2011

Tanggungjawab Siapa????

Lihat, inilah situasi anak2 didik sy ketika berhadapan dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang baru sahaja selesai pada 26 Mei 2011. Untuk pengetahuan semua, mereka ini adalah murid2 Tingkatan Lima. Semua orang tahu, tahun ini mereka berhadapan dengan peperiksaan yang menentukan hala tuju mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.

10 minit pertama      

15 ninit berikutnya
Ada 3 kemungkinan yang boleh sy simpulkan mengapa situasi seperti ini boleh berlaku:

i.   Mereka tidak berminat untuk pergi ke sekolah tetapi disuruh atau dipaksa oleh ayah dan ibu mereka
ii.  Mereka suka pergi ke sekolah sebagai medan bersosial dengan kawan2 tetapi tidak berminat untuk belajar
iii. Mereka langsung tidak tahu hendak jawab soalan peperiksaan, so lebih baik ZZZZZZzzzzz...... (for yr information, bukan paper ni je yg mereka tidur, tapi boleh dikatakan semua subject)
* Kalau subjek ni saja yg mereka tidur, boleh lah kita katakan cikgu subjek ni tak pandai ajar. Masalahnya, semua paper macam ni. Siapa nak jawab ni?????

Siapa yang harus mengambil tindakan untuk menangani masalah ini??????
1. Saya
2.Pihak Sekolah
3. Ibu bapa/PIBG
4. PPD
5. JPS/JPN
6. Kementerian
7.??????????????????????????????

Apa akan terjadi pada 4,5,6 7......tahun akan datang  jika inilah situasi yg melanda kepada anak2 bangsa kita????????


p/s: Cikgu2 sekarang, bukan tak mahu menangani masalah ini, tapi ibu bapa sekarang lebih bijak drp cikgu2 yg ada. Silap hari bulan, cikgu2 kena saman.Jangan pulak kata, cikgu2 makan gaji buta sbb tugas mereka mengajar sahaja dan bukannya mendidik.  So??????

Jumaat, 3 Jun 2011

Cinta

 Pengenalan

Dari gumpalan awan malam
Cahaya senyuman purnama
Membelai hati yang sedang mencari
Nur kasih yang abadi

Sajak I

Di atas banir cemara
Seorang aku duduk bersendiri
Mendengar suara lalu berkonklusi
Nyanyian pungguk mendayu-dayu
Merayu pada indahnya purnama
Agar kasihnya diterima
Namun, purnama tetap membisu
Membuat pungguk terasa sayu

Sajak II

Di atas hamparan usang
Fikiran mula melayang
Ramahnya aku menyapa hati
Apa sebenarnya yang ingin dicari
Lantas,
Hati pun berbisik
"Aku ingin mendekatkan diri
Kepada Allah Rabbulizzati "
Namun,
Pelbagai alasan duniawi
Engkau berikan padaku
Hingga menolak pencarian hati yang murni

Wah......
Marahnya hati kepada ku
Kesibukan dunia dan kekangan masa
Yang membantutkan pencarian hati
Maka membentaklah hati dengan suara yang tinggi
"Sukar benarkah untuk melaksanakan apa yang dituntut?
Mengapa terlalu berat untuk menjadi insan islami?
Yang seiring luaran dan naluri
Tidakkah kepingin merasai nikmat syurgawi
Apabila cinta dilabuhkan kepada yang hakiki
Yang kita ketahui kebesarannya
Yang kita tidak ragui kasihnya
Yang kita akui kehebatannya"

Sajak III

Wahai pungguk,
Jangan mengharap pada yang tidak sudi
Jangan menanti jika tidak pasti
Inilah kehidupan
Yang penuh berwarna-warni
Namun kesudahannya
Warna kelam akan menjelma
Jika terlalu cintakan sesama manusia

Wahai hati,
Teruskan niat yang murni
Mencari sesuatu yang hakiki
Keagungan yang tidak diragui
Cinta pada yang Hak
Pasti engkau berjaya
Merasai kedamaian cinta
Daripada Maha Pencipta

Rabu, 1 Jun 2011

Doa pada 29 Mei

29 Mei, tarikh yg menyatukan sy dan suami,dan menghalalkan ikatan kami sbagai suami isteri yg sah. Spanjang melayari bahtera kehidupan, begitu byk ranjau yg terpaksa sy tempuh. Dengan anugerah daripadaNya, alhamdulillah ikatan perkahwinan kami akhirnya berusia 21 tahun. Terima kasih, ya Allah kerana mengurniakan apa yg sy miliki pada hari ini. Sesungguhnya, Engkau Maha di atas segalanya.

Tidak berniat untuk bercerita sepanjang laluan yg ditempuhi kerana semuanya itu adalah asam garam,pahit manis, suka duka dalam berumah tangga. Kali ini, sy hanya ingin memohon padaMu ya Allah agar di usia perkahwinan kami ini, kabulkanlah sesuatu yg mjadi harapan sy, suami dan anak2. Malam 29 Mei, kami meraikannya dalam satu suasana yg sederhana. Maka, sy meminta anak sulung sy membacakan doa untuk kami. Tanpa banyak bicara, permintaan sy dituruti. Kami semua menadah tangan untuk mengaminkan  doa yang dibaca olehnya. Doa2 yang dibaca tentu merupakan harapan anak sy dan sepotong doa dan harapan itu, telah menyentuh hati dan perasaan sy...

........" Ya Allah, Kau satukanlah kami di alam sana......."

Terima kasih, anakku Amal  kerana antara bait2 doa ini, sy mula memikirkan sesuatu, mcari sesuatu  dan berusaha untuk menggapainya agar 'kita' dpt bersama ke satu dunia lain. Terima kasih juga buat anak gadisku Liyana dan anak bongsuku Didi yang mengaminkan doa2 tersebut. 
(Tiada ayat yg boleh ditemui dan dicipta oleh pujangga dan penyair hebat sekalipun  bagi menggantikan rasa ini terhadapa kalian bertiga...hanya Allah sahaja yg tahu akan rasa ini)

"Ya Allah, bawalah kami ke satu destinasi yg mendekatkan diri kami kepadaMu."