Rabu, 9 Jun 2010

Bicara saya suatu ketika dahulu.....

Saya pernah  berbicara kepada anak2 sy dan mengharapkan bicara ini diingati sampai bila2:
"Semua ibu bapa kat dunia ni, sayangkan anak2nya....tp cara menunjukkan sayang itu berbeza2. Masing2 dengan cara mereka sendiri. Ada ibu bapa,menunjukkan rasa sayang itu dgn memberi kemewahan kepada anak2, ada pula yang memanjakan anak2, ada juga yg sentiasa mengucapkan ungkapan sayang dan pelbagai cara lagilah mengikut cara masing2"

"Habis, bagaimana mama tunjukkan rasa sayang mama pada anak2?"
Tanya anak sulung saya yg ketika itu berusia 11 tahun. Anak sulung sy memang bijak. Setiap penerangan sy, tentu saja ada soalan yg dikemukan di akhir bicara. Apa yg saya banggakan, setiap kata2 sy, akan diingat hingga dewasa. (Terima kasih,amal...kerana sgt menghargai nasihat mama dan selalu mengaplikasikannya dlm pelbagai situasi.)

" Sayang mama kepada anak2, mama lahirkan dlm bentuk didikan. Mama akan cuba mendidik anak2 mama supaya tahu menghargai khidupan. Mungkin ada ketikanya, mama sgt garang, tp itulah nilai sayang mama. Mungkin skarang amal tak nampak, tp suatu hari nanti, amal akan tahu betapa sayang mama pada amal dan yg lainnya tidak ada batasan dan tidak bertepi"
Sy tidak pasti sjauh mana kanak2 berusia 11 tahun memahami kata2 saya ketika itu. Tp, apa yg pasti anak sulung sy mengingati sbahagian drpd ungkapan tsebut "....... Semua ibu bapa kat dunia ni, sayangkan anak2nya....tp cara menunjukkan sayang itu berbeza2".

Hari ini, anak gadis sy ,  cuba menguji kasih syg saya dgn persoalan yg  pernah sy jawab 8 tahun yang lalu. Dia mbandingkan sy dengan ibu rakan2nya. Antara ayat2nya yg mempertikaikan kasih sayang sy:
1.Kawan Nana semua ada handphone. Nana sorang je yg tak ada. Semua kawan Nana tahu, Nana berkongsi hp dengan mama.
2.Mama, Nana jeles dgn *&%$#@. Dia boleh keluarkan duit simpanannya untuk membeli apa sy kemahuannya. Hari tu, dia keluarkan duit nak beli baju...best betul la jadi dia. Duit simpanannya dia pegang sendiri tapi duit simpanan Nana, mama yg pegang.
3.Kawan2 Nana bawa duit ke sekolah,punyalah banyak. Kalau Nana tengok dompet diorang, byk gila. Nana rasa, Nana je belanja paling sikit.(Sy memberi anak sy belanja RM 2.00 sehari)
4. Emak2 kawan Nana, tak kisah kalau anak2 diorang keluar dengan kawan2. Nana je yang tak boleh keluar sesuka hati. 

Wah...betapa byk la dalil2 yg anak gadis sy beri bagi membuktikan kasih sayang ibu2 kawannya berbanding dengan sy. Tergamam sy seketika. Diam seribu bahasa. Gagal memberi respon semerta. Rupa2nya anak gadis sy tidak dapat menilai erti kasih syg yg sebenar.Apa yg harus sy jawab apabila terlalu byk perbandingan yg dikemukakan antara sy dgn ibu2 yg lain? Sy tidak boleh memaksa anak sy  spy menerima rasional sy  mengapa sy tidak memberinya hp ketika masih di alam persekolahan ,tidak membenarkan dia mengeluarkan duit simpanannya sekarang,tidak memberinya duit belanja yg berlebihan dan tidak membenarkan dia keluar sewenang2nya dengan kawan2. Cuma pada hari ini sy menjawab persoalannya dengan satu baris ayat:
"Nana, cuba Nana cari ibu2 kawan Nana yg Nana rasa suka cara dia mendidik anak.Nanti, bila Nana jadi ibu, didiklah anak Nana sperti mereka mendidik kawan Nana sekarang"

Anak gadis sy terdiam. Sy biarkan saja dia berfikir. Sy tidak boleh memaksa dia berfikir sama sperti anak sulung sy berfikir. Sy percaya, suatu hari nanti dia sendiri dapat menjawab stiap persoalan yg bersarang di kepalanya dan sy juga yakin, bahawa suatu hari nanti dia akan tahu erti kasih sayang saya terhadapnya. 
Seperkara, sy sangat menggenggam erat sepotong  hadis :
Dari Abu Hurairah  Rasulullah S.A.W bersabda,
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi,”  
  
Dan, melentur buluh, biarlah dari rebungnya...


(Ya Allah...sesungguhnya sy bukan drp golongan orang yang banyak ilmu agamanya tetapi sy amat takut anak2 sy terjerumus ke dunia yg membawa mereka ke neraka. Lindungi mereka dan berikanlah kami semua hidayahMu, ya Allah)

Sabtu, 5 Jun 2010

Susahnya Menjaga Hati Jiran


Allah swt berfirman dalam al-Quran yang bermaksud;
“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. “

(Surah an-Nisa’ : ayat 36)
 
Rasulullah s.a.w. juga sering memperingatkan kita dalam beberapa hadisnya supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran dan sentiasa berbakti serta memuliakan mereka. Hubungan akrab di antara jiran sesama jiran sangat diutamakan di dalam ajaran Islam. Antara pesanan Nabi Muhammad.s.a.w. seperti mafhum Hadis di bawah ini;
“ Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk diwarisi ( mendapatkan harta pusaka).”
Jangan menyakiti jiran kerana perbuatan itu menjejaskan keimanan kita.Sehubungan dengan itu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
“ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”

Banyak hadith Rasulullah SAW menuntut kita menjaga adab dengan jiran :
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berbuat baiklah kepada jiran nya
(Muttafaqun Alaih)
Telah bercerita sekalian manusia kepada Rasulullah tentang seorang perempuan mengenai banyak solatnya dan puasanya, kata mereka lagi : akan tetapi dia menimbulkan masalah kepada jiran dengan lidahnya (percakapannya), Rasulullah SAW bersabda : Dia di neraka.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)
 Begitulah besarnya peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat. Dek kerana tahu serba sedikit peranan jiran dalam Islam, saya selalu membodohkan diri dengan isu remeh temeh. Kadang-kala hati saya terguris juga dengan perbuatan jiran yg betul2 bhampiran dgn sy. Tak sangka juga,di awal pkenalan, dialah jiran yg paling ramah dan prihatin. Kbetulan pula dia tidak berkerja dan usianya jauh lebih tua daripada sy, maka sy amat menghormatinya sebagai seorg kakak.Biarlah sy mgelarkannya 'kakak jiran' saja. Dia seorang balu tetapi mepunyai  ramai anak.


Selang beberapa bulan, sy mula nampak pkara yg tidak sewajarnya dilakukan. Ketika itu kakak jiran sy  mengadakan kenduri kahwin anak perempuannya. Di sebabkan saya jiran yg paling hampir, sudah tentulah kawasan hadapan rumah sy akan dijadikan tempat untk para jemputan mjamu selera. Tanpa berkata sepatah pun,jauh sekali nak minta izin, kakak jiran sy ini telah memasang khemah di hadapan rumah sy. Majlis kenduri kahwin hari Sabtu, dan sy tidak mnyangka khemah dipasang pada hari Rabu. Terlalu awal bagi sy. Tp itu bukanlah satu isu yg hendak sy utarakan.  Di sebabkan khemah sudah terpasang, laluan unt masuk ke rumah sy tertutup hingga mnyebabkan sy terpaksa mengundur  semula kereta  melalui jalan lain.Sy cuba memujuk hati sy, dgn beranggapan mungkin kakak jiran sy tidak sempat memberitahu kpd sy kerana kesibukannya menguruskan perkara2 yg lain.

Berlangsungnya hari perkahwinan, jiran sy mengadakan karaoke. Bermula dari pukul 9 pagi, penyanyi yg tidak profesional ni pun mula mnyumbangkan suaranya. Silih berganti penyanyi2 menyanyi hinggalah ke petang tanpa bhenti. Bayangkan betapa sukarnya kami jiran2 sbelah menyebelah hendak menunaikan sembhyang zohor? Sy sendiri berulang kali membaca surah kerana suara penyanyi sgt menganggu konsentrasi. Namun sy cuba mnyabarkan diri.Mungkin segala yg belaku tidak disengajakan.

Isu lain pula,kakak jiran sy sgt suka memelihara kucing. Sy pun suka juga dengan kucing2 ni. Entah kenapa, ketika kakak jiran sy tiada di rumah, sy melihat anak kucing ksayangannya mati berdarah seolah2 didigigit oleh binatang. Sy tak dapat membuang bangkai kucing tsebut,kerana pagar rumah jiran sy dikunci. Sy tahu, anak kucing itu mrupakan ksayangan kakak jiran sy ni. Keesokkannya, ketika kakak jiran sy berada di luar, sy pun mngulas semula tentang anak kucingnya yg mati berdarah. Dengan sedih, dia mberitahu sy,kemungkinan anjing2 liar mgigit anak kucingnya semasa dia tiada di rumah tempohari. Memang kawasan rumah kami byk anjing2 yg bertuan dan tidak bertuan. Sy mlihat kesedihan di wajah kakak jiran sy ni.

Selepas kjadian itu, sy dapati dia mengurung semua anak2 kucing yg dipeliharanya. Mungkin langkah berhati2 agar tidak digigit anjing lagi.Namun, sikap kakak jiran sy mula berubah, tidak mesra sperti selalu. Persoalan demi persoalan bersarang dalam fikiran sy. Kenapa dia berubah?? Terlalu ketara....
Akhirnya, persoalan sy terjawab apabila cucunya yg suka bertandang di rumah sy memberitahu yg neneknya begitu marah dengan kucing jantan peliharaan sy yg kononnya menggigit anak kucingnya hingga mati. Punyalah sy terkejut beruk sekali lagi....terkedu sy seketika....tak sangka, rupa2nya, kakak jiran sy bgitu marah dgn kami sekeluarga.

Sy yakin,kucing jantan sy tidak mungkin  melakukan sperti yang didakwa tp sy tidak ada bukti pula nak mempertahankan kes ini. Kalau benar sekalipun, sy tak jangka kakak jiran sy bgitu marah dan berkecil hati dgn sy dengan pkara yg melibatkan kucing saja. Aduh.....bagaimana sy nak mengatasi masalah ni? So, sy mngambil pendekatan 'buat bodoh' dan buat macam tak tahu walaupun sy tahu punca sebenar kakak jiran sy ni mula berubah..................

Dua minggu lepas, anak bongsu sy yg berumur 12 tahun bermain bola di hadapan rumah. Kebetulan sy berada di dalam bilik dengan tingkap yg terbuka luas. Sedang sy menjenguk anak sy dari tingkap bilik, sy melihat kakak jiran sy terjenguk2 memandang ke arah rumah sy. Dia seolah2 memastikan sy atau suami sy tiada berhampiran kawasan itu. Apabila dia pasti kami tiada, dgn beraninya dia menengking anak sy yg sedang bmain bola dgn mendakwa anak sy berbuat bising hingga mengejutkan anak kecil yg dijaganya dari tidur. (kakak jiran sy skarang mengambil upah menjaga seorang baby). Kesian anak sy....Manalah anak sy tahu baby peliharaan kakak jiran sy ini sedang buat apa. Atau, wajarkah anak sy duduk diam sahaja di rumah sendiri????? Sepatutnya, kakak jiran sy boleh meminta kerjasama daripada anak sy supaya tidak bermain bola pada waktu itu kerana baby yg dijaganya sedang tidur.
Aduh!!!!!susahnya nak menjaga hati jiran....atau jiran sy tidak mahu menjaga hati orang lain.

So, apa sy nak buat sekarang?????? Sy boleh buat bodoh tp masalahnya kakak jiran sy begitu marah sekali??? Bagaimana sy nak mengaplikasikan tuntutan agama supaya berbaik2 dgn jiran?

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء
“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

Pss:Kalau macam ni, lbih baik juga sy duduk dlam hutan....berjiran dgn monyet. Pasti tak berkecil hati...dan tidak berdosa dengan jiran







Jumaat, 4 Jun 2010

Apa yg berlaku hari ini adalah untuk masa hadapan....maafkan cikgu!

Pang!!!!!!!!!!!!!!!!!
Singgah juga tangan sy ke pipi pelajar ni. Memang sy marah sangat. Memang kerap sangat pelajar ni menipu kerana tidak mahu masuk ke kelas. Bukan sekali malah berkali2 sejak tingkatan 3 lg. (skrg pljr ini brada dlm ting.5) Sy tidak peduli apa tanggapan cikgu2 lain pada sy...yang penting, sy ingin menyedarkan pelajar ini bahawa apa yang dia lakukan adalah salah sama sekali. Sy pernah memujuknya  sebelum ini, tp kata2 sy ibarat mencurahkan air di daun keladi. Sedikit pun tidak berbekas di hatinya.....Hari ini,sy sudah hilang sabar. Sudahlah tak masuk ke kelas,dia berbohong pula dengan memberitahu sy dia sedang mengambil peperiksaan kertas geografi. Bila sy pergi ke kelasnya,nyata dan pasti dia sedang berbual2 dgn pelajar yg tidak ambil mata pelajaran pendidikan seni. Pelajar lain dah hampir 80 % siap folio pendidikan seni sedangkan pelajar ini hanya siap 15 % sahaja....mahu tak saya mengamuk????

Kalau melibatkan aktiviti ko kurikulum,dialah yg ke hadapan. Tapi,yang bkaitan dgn pelajaran,pelajar ini benar2 bermasalah.....tiada satu subjek pun dia berminat. Sy dah 'survey' dgn guru2 yg mengajar kelas ini, rata-rata memberi maklumat yg sama. Sy tertanya sendiri....apa yg guru2 lain buat ke atas pelajar ini??? Mengapa mereka tak se'tention' saya????Boleh biarkan sahajakah pelajar tidak mbuat nota,latihan dan sebagainya? Atau sy yang menyibuk sgt thadap pelajar yg tidak membuat kerja2 yg telah sy beri?? Mengapa tidak sy biarkan sahaja???

Sy biarkan sahaja pelajar ini menangis. Biar dia rasa btapa sakit nya hati dan perasaan saya. Memang seolah2 sy  bgitu emosional. Tak kisahlah,lbh baik emo dlm hal ini drp sy membutakan mata dgn apa yg terjadi dan melibatkan anak bangsa sy sendiri.Kenapa sy pula yg risaukan akan hal ini,sedangkan dia yg akan menduduki SPM. Folio seni,wajib dibereskan,kalau tidak sia2 saja dia mengambil subjek elektif ini. Stelah dia reda,sy bertanya tentang masalah yg dihadapi. Kenapa dia tidak berminat masuk ke kelas. Tiada jawapan kukuh  drpnya yg boleh sy terima,melainkan madah berhelah yg diberikan pada saya.

Di ruang ini,sy ingin mjawab sgala psoalan ini.
Pelajar seperti ini, tidak akan nampak apa yg saya nampak berkaitan dgn masa hadapannya, Kalau sy biarkan dia terleka pada hari ini, sudah tentu dia akan menerima akibatnya pada masa akan datang.
Dia tidak merasakan apa yg saya rasa kerana remaja seperti dia hanya menuntut keseronokan pd usia mudanya tanpa memikirnya apa yg terjadi padanya ketika usia remaja berganjak pergi. Sy perlu mnyedarkan dia sekarang dgn satu tamparan.....biar pun cara sy tidak betul,tp niat sy benar2 untuk menyedarkannya...
Bagaimana sy ingin melakukan semua ini tanpa sokongan rakan2 seperjuangan? Ada guru yg tidak ambil peduli di mana pelajar mereka  semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.  Tidakkah dapat mereka bayangkan yang ponteng itu adalah anak mereka  sendiri? Bukankah anak2 mereka akan terlepas peluang untuk menimba ilmu pd usia seperti ini?

Samalah  kesnya dgn anak2 kecil yg tidak disuruh mengaji. Adakah anak kecil itu sedar kepentingan mengaji atau tuntutan Islam supaya belajar mengaji jika tidak disuruh atau dipaksa oleh ibu bapa? Anak yg kecil tentu leka dgn dunia kanak2nya. Jadi, sbg ibu bapa, kitalah yg memandu pjalanan hidupnya pada masa akan dtg.

Sy memujuk pelajar itu kembali...
Sy cuba merasionalkannya kenapa sy begitu marah dia tidak masuk ke kelas sy pada hari itu. Alhamdulillah...nampaknya dia terima alasan sy tetapi sejauh mana dia menerimanya,sy tidak pasti.
Sy juga berharap,jika semua rakan2 seperjuangan sy ambil tahu dan mngenakan tindakan terhadap pelajar yg 'terleka' ini, sudah tentu anak bangsa kita tidak hanyut sampai bila2....Sy tidak meminta mereka ikut cara sy, tp byk pendekatan yg boleh dilakukan utk mnyedarkan pelajar sperti ini. Selebihnya, kita serahkan saja pada dirinya sendiri daripada kita tidak berbuat apa-apa. Cuba kita lihat di luar sana, bukankah anak2 melayu yg merempat,menganggur,rosak akhlaknya,terlibat dgn dadah dan sebagainya? Bukankah semua ini terjadi kerana kita gagal mnyekatnya dari awal lagi??? Sesungguhnya, sama ada suka atau tidak, kita juga turut mnyumbang kepada fenomena ini....

Ya...sy juga antara yg turut terlibat mnyumbang kpada masalah ini kerana adakalanya sy juga terlepas pandang, dan kadang kala rasa bosan,benci dan sebagainya dgn anak bangsa sendiri yang tidak sedar2 diri.