Selamat Hari Jadi buat diri aku sendiri.
Menyambut kelahiran setiap tahun, bererti kita semakin hampir menemuiNya. Dan setiap kali pertambahan usia,bererti kita semakin tua. Agak2, berapa tahun lagi la kita boleh menghirup udara milik Allah ini? Bila mengingati Kehidupan yg hakiki, barulah sy tersedar betapa hidup ini terlalu singkat rupanya. Apabila sy menoleh ke belakang, barulah sy sedar begitu byk sy teralpa. Menikmati kehidupan ini dengan penuh nafsu. Menangguh-nangguhkan apa yg dituntut hingga sukar untuk mengejarnya kembali. Terlalu jauh untuk tangan menggapainya semula. Semuanya salah sy sendiri. Lupa,leka dengan keseronokan dunia.
Pada hari ini, sy menjadi ibu yg paling sibuk sekali. Sering mengingatkan anak2 supaya tidak menjadi sperti sy yg terpesona dengan keindahan dunia. Ia menjadi cabaran yg paling hebat apabila sy tidak rela anak2 menjadi sy yang sering terlupa dan terleka. Sy tidak peduli apa kata orang keliling kerana sy tidak mahu anak sy rugi spt sy. Sy mahukan anak sy bijak mengisi kehidupan dengan perkara2 yg tidak merugikannya kelak. Selebihnya, sy serahkan padaNya kerana sy sedar perancangan manusia tidak sehebat mana. Namun, sy tahu, dalam Islam, berusaha dan merancang adalah suatu perkara yg dituntut.
Terima kasih pada suami yg tidak pernah lupa akan kehadiran hari penting sy ini. Terima kasih juga kepada anak2 tersayang yg setiap tahun mendoakan kesejahteraan sy dunia dan akhirat. Terima kasih kepada sahabat2 yg tidak lupa pada tarikh ini. Terima kasih juga pada anak2 didik sy yg mendoakankan perkara2 yg baik buat sy. Sesungguhnya doa-doa itu penting buat sy untuk meneruskan kehidupan yg entah bila akan berakhir. Dan harapan untuk diri sy sendiri, semoga sy akan menjadi lebih baik dari hari ini dan sebelumnya. Semoga Allah memberi sy taufik dan hidayahNya kerana sy benar2 mengharapkan dua perkara itu dalam hidup sy.